Assalamualaikum Wr.wb
   
  Selain randai, dan lagu rasasayange, mungkin tulisan berikut (tampaknya 
penulisnya orang M'sia) nan ambo forwardkan dari milist STAN di bawah ko bisa 
menambah "wawasan tentang bagaimana Malaysia Mengaku-aku" ... 
   
  Jangankan Randai yang "cuma" kesenian rakyat, lagu wajib pun tampaknya hasil 
"impor" juga
   
  Untuak sanak nan lah pernah mambaco (artikel ko lah banyak beredar di 
internet dari Agustus yll), maaf kalau iko berarti ulangan.
   
  Riri (45+)
   
   
  
---

Catatan dari Malaysia] Lima Puluh Tahun Terang Bulan Terbarai
- By:Hishamuddin Rais

Ha ha ha.... Semuanya sedang terbarai. Retak, pecah akhirnya terbarai.
Ketika saya menulis ini muzik latar yang mengiringi ketikan jari saya di
lap top ialah putaran muzik Memula Moon versi paling terbaru. Ini versi
rap rock parodi counter culture yang cool lagi menggiurkan. Tiga helai
bulu ari dan tiga helai janggut untuk anak muda yang merekonstruksi
Memula Moon.

Memula Moon a.k.a Terang Bulan a.k.a Negaraku a.k.a Negara Kuku kini
menjadi top hit yang hampir mencecah satu juta pendengar dan puluhan
ribu memberi komen. Angka-angka ini kelihatan terus melonjak. Ratusan
ribu Mak Cik Felda dan Pak Cik Teksi , di seluruh negara - dari Perlis
hingga ke Mersing yang tidak 'connected' sedang tertanya-tanya - Negara
Kuku itu apa? Tiga helai lagi bulu ari untuk Namewee.

Saya telah lupa entah berapa kali saya telah menulis tentang lagu Terang
Bulan ini. Semenjak saya di Universiti Malaya dalam tahun 70'an lagi
saya telah menulis dan menerangkan apakah dia si Terang Bulan. Saya
tidak akan lupa bagaimana Concorong Republik Indonesia Bung Karno telah
memainkan lagu Terang Bulan ketika Konfrontasi (1963-64).

Terang Bulan dimainkan di concorong. Concorong? Apa jadahnya concorong
ini?
Untuk mereka yang lahir pada zaman Firaun concorong adalah perkataan
Melayu untuk radio. Perkataan ini telah saya pelajari sebelum saya
belajar sains dan maths dalam Bahasa Inggeris.

Bung Karno memainkan lagu Terang Bulan di Radio Republik Indonesia untuk
memperlekehkan Tengku Abdul Rahman seorang budak suruhan Inggeris yang
tidak berupaya membuat lagu kebangsaan sendiri. Memang tepat anggapan
Bung Karno ini. Bagaimana sebuah negara yang mengelar diri mereka -
merdeka - tetapi lagu kebangsaan pun di ciplak.

Ha ha ha. Selama 50 tahun penjiplakan ini telah disorok di bawah kopek
United Malay National Organisations. Betapa besar pun kopek Rafidah dan
kopek Sharizat, penjiplakan ini akhirnya diketahui umum. Memula Moon
akhirnya tertonjol keluar apabila kopek-kopek United Malay National
Organisations yang semakin mengecut.

Pada satu ketika dahulu lagu Terang Bulan opps... Negara-ku ini
dimainkan di panggung wayang. Ini pun ketika saya belum belajar sains
dan maths dalam Bahasa Inggeris. Awalnya Terang Bulan dimainkan sebelum
filem bermula. Kami kanak-kanak seperti biasa dibuli agar bangun berdiri
- kunoon -sebagai contoh rakyat patriotik. Kemudian, entah apa berlaku
Terang Bulan dimainkan apabila filem selesai diputar. Akhirnya hingga ke
hari ini satu hampeh pun tidak ada lagi. Warga telah bosan dengan Terang
Bulan.

Sebenarnya pada ketika itu dalam panggung wayang tidak sesiapa yang
ambil pot apabila Terang Bulan berbunyi dan bendera Star and Stripes
opps salah lagi... apabila bendera Tanah Melayu berkibar. Kami anak-anak
sekolah sahaja yang berdiri kerana takut (sic) kalau-kalau cik gu ada
sama di dalam panggung. Pak Cik, abang dan kakak langsung tidak ambil
pot apabila Terang Bulan berbunyi.

Semua ini berlaku ketika beberapa tahun sesudah British meninggalkan
Tanah Melayu. Ini di era Firaun belum menjadi Firaun. Ini di zaman surat
beranak Mahathir masih di tulis son of Kutty. Ini sebelum Razak Hussein
dapat berkenalan dengan Sarimah. Ini pada zaman ada joget lambat selepas
perkahwinan anak wakil rakyat Pas.

Zaman yang saya katakan ini ialah zaman sebelum kita semua boleh
menggoogle.
Zaman sebelum Mahazalim dan Mahafiraun menjadi santapan bacaan. Zaman
sebelum blog wujud dan menyusahkan Utusan Malaysia dan RTM.

Kini kita telah memasuki zaman pasca moden. Semuanya boleh. Naratif
induk tentang dunia ini di wujudkan oleh tuhan dalam masa tujuh hari
telah dipersoalkan. Meta naratif tentang Adam dan Hawa hanya dilihat
sebagai metafora.

Semua naratif boleh di persoalkan. Semua naratif telah berkecai dan
terbarai. Tidak wujud lagi pemusatan hegemoni naratif yang menjadi
ikutan umat manusia. Kita semua telah 'connected' - manusia pasca moden
hanya perlu menggoogle untuk mengetahui apa sahaja maklumat dalam dunia
ini.

Kerana itu saya dapat mengetahui bahawa Terang Bulan, Negara-ku, Negara
Kuku berasal dari lagu Memula Moon. Jika tidak percaya apa yang saya
tulis sila google perkataan Memula Moon. Tidak percaya lagi? Sila google
perkataan Negara-ku. Masih was was , sila lawati YouTube. Di sini dapat
dilihat bukti-bukti sahih tentang asal usul Negara Kuku. Bukti ini boleh
kita semua dapati tanpa perlu berhubung dengan Ghani Patail atau
merasuah sesiapa untuk mendengar alunan gesekan biola Memula Moon.

Ha ha ha. Lima puluh tahun Projek Malaysia telah terbukti semakin gagal.
Apa yang sedang kita semua lihat dan baca hari ini adalah manifestasi
dari kegagalan Projek Malaysia. Projek Malaysia ini tidak bertiang,
tidak berpaksi dengan kebenaran. Projek Malaysia tidak berdiri di atas
fakta sejarah. Projek Malaysia berdasarkan kong kali kong dan klentong
demi klentong. Tutup lubang gali lubang.

BUKTI PERTAMA - Malaysia BUKAN 50 tahun. Hari Malaysia BUKAN 31 Ogos.
Projek Malaysia bermula pada 16 September 1963. Sila google untuk
kesahihan fakta ini. Jika TIDAK percaya sila pergi tanya Mat Sabah atau
Minah Serawak. Dua wilayah ini memasuki Malaysia pada 16 September 1963
BUKAN 31 Ogos 1957.

BUKTI KEDUA - Tuntutan MERDEKA adalah projek dan tuntutan Persatuan
Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Merdeka BUKAN projek United Malay
National Organisations. Projek United Malay Organisations ialah - HIDUP
Melayu. ( macamlah Tanah Melayu tak ada oksigen)

BUKTI KE TIGA - Kemerdekaan di capai tanpa tumpah darah. BOHONG.
Penyokong dan anggota Parti Komunis Malaya, PKMM, Angakatan Pemuda Insaf
(API), Angkatan Wanita Sedar ( AWAS), Hisbul Muslimin, Malayan
Democratic Union adalah di antara ribuan anak bangsa yang telah
mengangkat senjata melawan penjajah British.

BUKTI KE EMPAT - Lagu Negara-ku bukan lagu hasil ciptaan warga Tanah
Melayu.
Lagu ini adalah ciptaan penyair dan komposer Perancis yang bernama
Pierre Jean Berager yang lahir pada kurun ke 19. Beliau yang menulis
muzik lagu Memula Moon a.k.a Negara-ku.

BUKTI KE LIMA - Warna bendera Malaysia yang wujud hari ini tidak ada
sangkut paut dengan budaya dan asas bumi ini. Bendera yang ada pada hari
ini adalah ciplakkan dari bendera Amerika Syarikat. Bendera Langkasuka
tamadun Melayu di Lembah Bujang ialah Merah Putih. Warna merah putih ini
berkibar sebagai bendera negara Indonesia, Singapura dan di pakai oleh
United Malay National Organisations sendiri.

Ha ha ha. Semuanya terbarai kerana kita semua boleh menggoogle, membaca,
menulis dan menonton laman-laman web tanpa disaring oleh hegemoni
daulah.
Terima kasih Ronald Reagan yang telah menghadiahkan internet kepada
dunia.
Tiga helai bulu ari untuk arwah Ronald Reagan.

Justeru jangan hairan kenapa bendera Malaysia hari ini tidak berkibar.
Di rotan, di paksa dan disaman pun orang ramai TIDAK ambil pot. Rakyat
telah muak dengan pembohongan demi pembohongan. Projek Malaysia yang
penuh dengan klentong telah kelihatan gagal. Naratif Malaysia kini
sedang di cabar oleh
maklumat- maklumat yang bergantang-gantang keluar dari internet.

United Malay National Organisations yang terus bersikap esklusif dan
possesive tentang Merdeka kelihatan terpencil bersendirian. Mereka
memukul gendang maka mereka sahajalah yang berjongeng. Sikap dan
perangai United Malay National Organisations yang eksklusif dan tidak
demokratik ini pasti akhirnya akan membosankan rakyat Sabah dan Serawak.

Tidak menghairankan satu ketika nanti rakyat Sabah dan Serawak akan
menghidupkan kembali cita-cita asal perjuangan mereka untuk menubuhkan
negara merdeka Kalimantan Utara - penyatuan Sabah Serawak dan Brunai.
Fakta Kalimantan Utara ini juga telah cuba disurukkan di bawah kopek.
Tetapi dengan wujudnya internet semua fakta akan muncul dengan bantuan
Pak Cik saya yang bernama Lebai Google bin Mat Yahoo.

Bila rap Terang Bulan terus berputar di lap top saya tersenyum puas.
Saman?
Tangkap anak muda yang mengkonstruk Memula Moon? Rotan dia? Masukkan
dalam penjara? Poorah. Hanya seorang sahaja yang berhak menyaman iaitu
manusia yang bernama Pierre Jean Berager. Saman dari kaum keluarga Jean
Beranger wajib disampaikan kepada sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang
masih menganggap lagu Memula Moon ini sebagai lagu Negara-ku.
sorry.. here's the article.

Apakah saya seorang pengkhianat bangsa kerana menulis perkara-perkara
ini ?
Apakah saya tidak patriotik? Sila google dan baca apa kata Mark Twain
tentang patriotik. Pengkhianat bangsa? Dalam negara yang penuh dengan
klentong, penipuan dan pembohongan bercakap benar adalah tindakan yang
revolusioner.


Ahmad Islami <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
  
SUDAHKAH RANDAI DIPATENKAN...???


 __________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 
--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
=============================================================== 
Website: http://www.rantaunet.org 
=============================================================== 
UNTUK SELALU DIPERHATIKAN: 
- Hapus footer dan bagian yang tidak perlu, jika melakukan reply. 
- Posting email besar dari >200KB akan di banned, sampai yang bersangkutan 
menyampaikan komitmen akan mematuhi Tata Tertib yang berlaku. 
- Email attachment, DILARANG! Tawarkan kepada yang berminat dan kirim melalui 
jalur pribadi.
=============================================================== 
Jika anda, kirim email kosong ke >>: 
berhenti >> [EMAIL PROTECTED] 
Cuti: >> [EMAIL PROTECTED] 
digest: >> [EMAIL PROTECTED] 
terima email individu lagi: >> [EMAIL PROTECTED] 

Webmail Mailing List dan Konfigurasi keanggotaan lihat di: 
http://groups.google.com/group/RantauNet/subscribe 
Dengan terlebih dahulu mendaftarkan email anda pada Google Account di
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke