Adat Perpatih
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: navigasi, gelintar
Adat Perpatih berasal dari tanah Minangkabau, Sumatera, diasaskan oleh seorang 
pemimpin Minang bernama Sutan Balun yang bergelar Dato' Perpatih Nan Sabatang. 
Adat ini adalah amalan dan peraturan hidup yang ditentukan bagi masyarakat 
Minangkabau yang rata-ratanya adalah petani ketika itu. Tidak ada tarikh yang 
tepat dicatatkan bila adat ini diwujudkan. Tetapi Adat Perpatih telah dibawa ke 
Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) oleh perantau-perantau 
Minangkabau pada abad ke 14 Masehi.

Di Malaysia, Adat Perpatih ini masih lagi wujud dan diamalkan oleh masyarakat 
Melayu di Negeri Sembilan dan sebahagian dari Melaka terutamanya Masjid Tanah. 
Majoriti mereka adalah keturunan Melayu Minangkabau.


[sunting] Struktur Masyarakat Adat Perpatih
Masyarakat Adat Perpatih terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu Perut, Suku 
dan Luak. Perut adalah unit sosio-politik yang terkecil di mana anggota sesuatu 
perut itu adalah berasal daripada moyang (keturunan perempuan) yang sama. 
Mereka ini sangat rapat dan lazimnya tinggal di sesuatu perkampungan atau 
kawasan yang sama. Setiap perut mempunyai seorang ketua yang digelar Buapak. 
Buapak ini dipilih oleh anak-anak buah di dalam sesuatu perut berkenaan. 
Kumpulan yang kedua ialah suku. Suku dibentuk oleh beberapa perut yang 
menjadikan keluarga berkenaan semakin besar. Suku diketuai oleh seorang ketua 
yang digelar Dato' Lembaga. Kumpulan ketiga ialah Luak. Luak adalah unit 
kawasan pentadbiran dari segi adat di mana ada empat luak utama iaitu Rembau, 
Sungai Ujung, Johol dan Jelebu. Setiap luak diketuai oleh seorang Undang. 
Selain daripada empat luak utama ini ada satu lagi luak yang kelima dipanggil 
Luak Tanah Mengandung. Luak Tanah Mengandung ini adalah terdiri daripada lima 
luak kecil di Seri Menanti iaitu Luak Inas, Luak Ulu Muar, Luak Gunung Pasir, 
Luak Terachi dan Luak Jempol. Setiap luak kecil ini ditadbirkan oleh seorang 
ketua yang bergelar Penghulu Luak.

Adat Perpatih ini diwariskan dari generasi ke generasi melalui kata-kata 
perbilangan. Ia merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuk soal 
harta pusaka, perlantikan pemimpin, hukum nikah kahwin, amalan bermasyarakat, 
sistem menghukum mereka yang melanggar adat atau melakukan kesalahan dan 
pelbagai aspek lagi. Setiap peraturan atau adat itu ada perbilangannya dan 
setiap peraturan itu ada rasional atau sebab-sebab terjadinya hukum atau adat 
itu.

Perlantikan pemimpin, misalnya, banyak yang menyamakan sistem Adat Perpatih 
dengan amalan demokrasi. Contohnya ialah perlantikan Yang DiPertuan Besar 
Negeri Sembilan di mana bukannya melalui keturunan dari bapa ke anak tetapi 
adalah melalui pemilihan oleh Undang Luak yang empat iaitu Undang Rembau, 
Undang Sungai Ujung, Undang Johol dan Undang Jelebu. Empat undang ini akan 
bermesyuarat untuk melantik salah seorang keturunan dari raja Pagar Ruyung 
untuk menjadi Yang DiPertuan. Undang Luak pula dilantik oleh Dato'-Dato' 
Lembaga di luak (daerah) masing-masing. Dato' Lembaga ini pula adalah 
pemimpin-pemimpin yang dilantik secara muafakat oleh pemimpin-pemimpin keluarga 
yang digelar Buapak. Oleh itu secara keseluruhannya kuasa melantik pemimpin itu 
sebenarnya berada di tangan rakyat biasa.Inilah satu sistem Adat Perpatih yang 
ada persamaan dengan demokrasi.


Prinsip-prinsip Adat Perpatih
Adat Perpatih mempunyai lima prinsip utama.

(1) Keturunan dikira melalui nasab ibu: Adat Perpatih memberi keistimewaan 
kepada perempuan yang dianggap bonda kandung iaitu ibu yang melahirkan 
anggota-anggota masyarakat. Seseorang individu itu adalah anggota suku ibunya 
dan bukan anggota suku bapanya. 
(2) Tempat Kediaman adalah di kawasan ibu isteri: Apabila berlangsungnya 
sesuatu perkahwinan, si lelaki akan meninggalkan kampung halamannya dan menetap 
di kawasan ibu isterinya sebagai orang semenda. Pada zaman dahulu si lelaki 
akan mengusahakan tanah keluarga isterinya. 
(3) Perempuan mewarisi pusaka, lelaki menyandang saka: Hanya lelaki sahaja yang 
berhak menyandang saka (jawatan-jawatan dalam adat) manakala perempuan adalah 
mewarisi harta pusaka keluarga ibunya. 
(4) Perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang: Dalam sesuatu perut dan 
suku, hubungan adalah rapat dan si lelaki menganggap perempuan dalam perut atau 
sukunya adalah saudara perempuannya. Begitu juga sebaliknya. Oleh itulah 
perkawinan sesama suku ini adalah terlarang. Perempuan yang berkahwin sesama 
suku akan hilang haknya untuk mewarisi harta pusaka ibunya manakala lelaki pula 
akan hilang hak untuk menyandang sebarang jawatan dalam adat. 
(5) Orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku: Untuk tujuan perkahwinan atau 
waris mewarisi, dibenarkan orang luar untuk menjadi ahli sesuatu suku dengan 
cara melalui upacara berkedim. Dalam upacara ini seseorang itu akan bersumpah 
taat setia dan bersaudara dengan ahli-ahli suku yang akan disertainya.


Pembahagian harta
Selalu menjadi topik perdebatan hangat mengenai Adat Perpatih adalah mengenai 
pemberian harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada perempuan. Inilah 
satu-satunya isu dalam Adat Perpatih yang selalu disalah fahamkan. Sebenarnya, 
pemberian pesaka yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat. 
Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu 
keluarga. Sebabnya tanah adat ini diberikan kepada perempuan ialah semata-mata 
untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita Adat Perpatih. Maksudnya, 
seorang wanita Adat Perpatih walau betapa miskin dan papa pun, dia tidak akan 
merempat atau menjual maruahnya untuk hidup. Jika dia pulang ke kampungnya dia 
sudah ada tanah kampung dan sawah untuk dikerjakan sebagai penyambung rezeki. 
Manakala anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu untuk terus berusaha 
untuk hidup (survival). Akan harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta 
sepencarian maka pembahagiannya adalah menurut hukum faraid (tidak ada kena 
mengena dengan tanah adat yang hanya untuk perempuan sahaja).


-----Original Message-----
From: [email protected] [mailto:[EMAIL PROTECTED]
Behalf Of loyang
Sent: Tuesday, November 06, 2007 5:18 AM
To: RantauNet
Subject: [EMAIL PROTECTED] Tapak Minangkabau di Negeri Sembilan



Silo lah lihat gambar2 tapak minangkabau di Negeri Sembilan di Muko
depan RantauNet (klik File).


--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
===============================================================
Website: http://www.rantaunet.org
===============================================================
UNTUK SELALU DIPERHATIKAN:
- Hapus footer dan bagian yang tidak perlu, jika melakukan reply.
- Posting email besar dari >200KB akan di banned, sampai yang bersangkutan 
menyampaikan komitmen akan mematuhi Tata Tertib yang berlaku.
- Email attachment, DILARANG! Tawarkan kepada yang berminat dan kirim melalui 
jalur pribadi.
===============================================================
Jika anda, kirim email kosong ke >>:
berhenti >> [EMAIL PROTECTED]
Cuti: >> [EMAIL PROTECTED]
digest: >> [EMAIL PROTECTED]
terima email individu lagi: >> [EMAIL PROTECTED]

Webmail Mailing List dan Konfigurasi keanggotaan lihat di:
http://groups.google.com/group/RantauNet/subscribe
Dengan terlebih dahulu mendaftarkan email anda pada Google Account di
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke