*Amalan Puasa Bulan Zulhijjah*

*بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

Kita perlu menghayati *‘Roh Haji’* walaupun *tidak ke Tanah Suci* supaya
beroleh ganjaran yang disarankan pada *10 hari pertama bulan
Zulhijjah.*Allah Yang Maha adil dan Maha Penyayang tetap mahu seluruh
umat Islam dapat
manfaat di atas keutamaan jemaah yang telah dijemput khusus di Tanah Suci.

Kepada yang tidak dapat ke sana, Allah tidak pernah melupakan. Kita tetap
diberi keutamaan. Kita masih tetap *dituntut* oleh Allah SWT supaya
menghayati *‘Roh Haji’*, kerana Allah tetap mahu *mengurniakan pahala dan
rahmat-Nya* dengan syarat kita kekal mematuhi perintah Allah dan menjauhi
larangan-Nya.

.

Pada sepuluh hari pertama Zulhijjah disamping memperbanyakkan berzikir,
istighfar, doa dan sedekah, digalakkan juga mengerjakan puasa. Berpuasa
setiap hari daripada 10 Zulhijjah seolah-olah berpuasa setahun dan berdiri
mengerjakan solat setiap malam daripadanya sebanding dengan solat di malam
Lailatulqadar.

.

Rasulullah SAW bersabda: *“Tiada sebarang hari pun yang lebih disukai Allah
dimana seorang hamba beribadat di dalam hari-hari itu daripada ibadat yang
dilakukannya di dalam 10 hari Zulhijah. Puasa sehari di dalam hari itu
menyamai puasa setahun dan qiamulail (menghidupkan malam) di dalam hari itu
seumpama qiamulail setahun.”*

.

Diriwayatkan dari Ibn Abbas r.a.,  Rasulullah SAW bersabda:* “Tiada amal
soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada
hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bulan Zulhijjah).”* (Hadith
Riwayat al-Bukhari)

.

Dalam hadis yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari
isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW:  *“Sesungguhnya Rasulullah SAW
melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Zulhijjah, di Hari Asyura dan
tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis
yang berikutnya.”* (Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa’ie)

.

Rasulullah SAW bersabda: *“Celakalah orang yang tidak mendapat bahagian
kebaikan dalam hari-hari sepuluh, jagalah terutama berpuasa pada hari
kesembilan Zulhijjah sebab ia mengandungi kebaikan (keuntungan) yang lebih
banyak dari apa yang dapat dihitung oleh ahli hitung.” *(Riwayat Abu
Dardaa.)

.

.

*Puasa 1 – 10 Zulhijjah*

.

*HARI*

*PERISTIWA*

*KELEBIHAN PUASA*

*1 Zulhijjah*

Allah mengampuni Nabi Adam di Arafah.

Sesiapa yang berpuasa pada hari ini, Allah mengampuni dosanya.

*2 Zulhijjah*

Allah telah mengabulkan doa Nabi Yunus dan mengeluarkannya dari perut ikan
nun.

Sesiapa berpuasa pada hari ini, maka seperti orang yang beribadah dan
berpuasa setahun tanpa melakukan maksiat.

*3 Zulhijjah*

Doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah,

Sesiapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengabulkan doanya.

*4 Zulhijjah*

Nabi Isa dilahirkan.

Sesiapa berpuasa pada hari itu, Allah akan menghilangkan kesusahan,
kemelaratan dan kefakirannya serta pada hari kiamat bersama orang yang
baik, mulia dan terhormat.

*5 Zulhijjah*

Nabi Musa a.s. dilahirkan dan memuliakan munajatnya.

Sesiapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta
seksa kubur.

*6 Zulhijjah*

Allah membukakan pintu kebaikan untuk Nabi-Nabi-Nya.

Sesiapa berpuasa pada hari itu akan dipandang Allah dengan penuh rahmat dan
kasih sayang serta tidak akan diazab.

*7 Zulhijjah*

Pintu neraka jahanam akan dikunci dan tidak dibuka sebelum berakhir hari
ke-10 Zulhijjah.

Sesiapa berpuasa pada hari ini, Allah menghindarkannya daripada 30 pintu
kemelaratan dan kesukaran serta membuka 30 pintu kemudahan dan kesenangan.

*8 Zulhijjah*

Hari ini dinamakan  “Tarwiyah” (Hari berfikir).Nabi Ibrahim bermimpi
mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian
ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan.

.Sesiapa berpuasa pada hari itu ia akan akan mendapat pahala yang tidak
terhingga banyaknya kecuali Allah.

*9 Zulhijjah*

Hari ini dinamakan “Hari Arafah” (Hari tahu). Arafah bermakna tahu atau
memahami.1. Di tempat inilah Nabi Adam a.s. mengerti jati dirinya.2. Pada
hari ini Allah memberitahu Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak
itu adalah perintah dari-Nya bukan dari syaitan.3. Pada hari ini juga
turunnya ayat al-Quran terakhir.

.Sesiapa berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang
lalu dan setahun yang akan datang.

*10 Zulhijjah*

Hari Raya Aidiladha, dinamakan juga Raya Korban dan hari “Nahar”
(menyembelih).

Haram berpuasa pada hari ini.Sesiapa berkorban dengan satu korban, maka
setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu, Allah akan
mengampuni semua dosanya dan dosa ahli keluar-ganya.Dan sesiapa memberi
makan orang mukmin atau bersedekah dengan satu pemberian, maka Allah akan
membangkitkannya pada hari kiamat dengan selamat dan timbangannya pun
menjadi lebih berat daripada Bukit Uhud..

.

.

*Puasa Arafah*

Puasa Hari Arafah ialah puasa pada hari ke 9 Zulhijjah yang disunatkan bagi
mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Mereka boleh memanfaatkan
kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan melakukan
amalan-amalan sunat lain.

Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar,
sebagaimana sabda Rasulullah SAW: *“Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di
sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang
selepasnya.”* (Hadis riwayat Muslim).

Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.; Rasulullah SAW ditanya tentang
berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: *“Ia menebus dosa setahun
yang telah lalu dan setahun yang akan datang.”* (Hadith Riwayat Imam Muslim)

.

Rasulullah SAW juga bersabda: *“Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9
Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah
menuliskannya sebagai orang yang taat.”*

.

.

*Niat Puasa Hari Arafah;*

*نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى***

*Daku berniat puasa hari Arafah, sunat  kerana Allah Ta’ala.*

.

Rasulullah SAW. bersabda lagi: *“Tiada hari yang paling ramai Allah SWT
melepaskan hamba-Nya dari api neraka melainkan pada Hari Arafah. Dan
sesungguhnya Allah Azzawajalla menghampiri (hamba-hamba-Nya) dan berbangga
dengan mereka di kalangan para malaikat serta bertanya; Apa yang
dikehendaki oleh mereka?”*

.

Manakala bagi *mereka yang melakukan ibadah haji* pula adalah disunatkan
untuk* tidak berpuasa* pada hari Arafah dan adalah menyalahi perkara yang
utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu.

Diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith:* “Ramai di kalangan
sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari Arafah
sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa
kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di Arafah
lantas Baginda meminumnya.”* (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Juga daripada hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: * “Sesungguhnya
Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari Arafah bagi mereka yang berada
di Arafah.”* (Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari
Aisyah r.ha.).

.

.

*Pendapat Ulama Tentang Puasa Arafah*

1.   Al-Imam as-Syaf’ie rh berpendapat; “Disunatkan puasa pada hari ‘Arafah
bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji. Adapun bagi yang
mengerjakan ibadah haji, adalah lebih baik untuknya berbuka agar ia kuat
beribadat di ‘Arafah.”

2.  Dari pendapat Imam Ahmad rh pula; “Jika ia sanggup berpuasa maka boleh
berpuasa, tetapi jika tidak hendaklah ia berbuka, sebab hari ‘Arafah
memerlukan kekuatan (tenaga).” Begitu juga dengan para sahabat yang lain,
lebih ramai yang cenderung untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah ketika
mengerjakan ibadah haji

3.  Ulama Syafi’iyyah membenarkan untuk berpuasa pada hari tasyrik hanya
untuk keadaan tertentu seperti bersumpah, qadha puasa di bulan Ramadhan
serta puasa kifarah (denda). Puasa tanpa sebab tertentu pada hari-hari ini
(puasa sunat) adalah ditegah.

.

.

*Haram Berpuasa*

Adapun berpuasa pada hari Aidiladha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari Tasyrik
(11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah diharamkan berdasarkan hadis yang
diriwayatkan dari Umar ra:  *“Bahawasanya Rasulullah SAW melarang berpuasa
pada dua hari, iaitu Aidil Adha dan Aidil Fitri.”* (Hadith Riwayat Imam
Muslim, Ahmad, an-Nasa’ie, Abu Dawud)

.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW telah mengirimkan Abdullah Ibn
Huzhaqah untuk mengumumkan di Mina: *“Kamu dilarang berpuasa pada hari-hari
ini (hari Tasyrik). Ia adalah hari untuk makan dan minum serta mengingati
Allah.”* (Hadith Riwayat Imam Ahmad r.a.).

.

.

*Puasa Tambahan*

Disunatkan juga berpuasa pada hari ke *8 Zulhijjah* di samping berpuasa
pada *Hari Arafah* (9 Dzulhijjah) sebagai langkah *berhati-hati* yang mana
kemungkinan pada hari ke 8 Zulhijjah itu adalah hari yang ke 9 Zulhijjah
(Hari Arafah). Bahkan adalah disunatkan *berpuasa lapan hari*, iaitu dari
hari yang pertama bulan Zulhijjah hingga ke hari yang ke lapan sama ada *bagi
orang yang mengerjakan haji atau tidak mengerjakan haji,* bersama-sama
dengan Hari Arafah.

.

Hadis riwayat Ibni Abbas: *“Siapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah
dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50
tahun melakukannya.”*

 .

Bertapa besarnya keistimewaan dan kelebihan puasa yang terdapat di dalam
bulan Zulhijjah ini. Jadi marilah kita di tanah air merebut peluang dan
kesempatan ini dengan melakukan puasa 1-9 Zulhijjah, atau setidak-tidaknya
berpuasa pada Hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijah yang amat besar pahala dan
manfaatnya dengan melakukannya seikhlas hati.

.

*Wallahu A’alam Bissawab*

.*
*
*والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته*

.

-- 
.
* Posting yg berasal dari Palanta RantauNet, dipublikasikan di tempat lain 
wajib mencantumkan sumber: ~dari Palanta R@ntauNet~ 
* Isi email, menjadi tanggung jawab pengirim email.
===========================================================
UNTUK DIPERHATIKAN, yang melanggar akan dimoderasi:
* DILARANG:
  1. Email besar dari 200KB;
  2. Email attachment, tawarkan & kirim melalui jalur pribadi; 
  3. Email One Liner.
* Anggota WAJIB mematuhi peraturan (lihat di http://goo.gl/MScz7) serta 
mengirimkan biodata!
* Tulis Nama, Umur & Lokasi disetiap posting
* Hapus footer & seluruh bagian tdk perlu dlm melakukan reply
* Untuk topik/subjek baru buat email baru, tdk mereply email lama & mengganti 
subjeknya.
===========================================================
Berhenti, bergabung kembali, mengubah konfigurasi/setting keanggotaan di: 
http://groups.google.com/group/RantauNet/
--- 
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "RantauNet" dari Grup 
Google.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim 
email ke rantaunet+berhenti [email protected] .
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/groups/opt_out.

Kirim email ke