Iko versi barunyo sanak,
-------------------------------------------------------
Kenapa MH370 "membawa diri" jauh ke lautan yang sangat dalam paling sunyi dan
terpencil di dunia untuk bersemadi?.
Dapatkan kronologi kejadian dan motif dalam artikel ini.
Adakah anda pernah mendengar teori konspirasi mengenai kehilangan MH
370? Perkara ini berlaku seperti ini:
Amerika telah keluar daripada Afghanistan, salah satu sistem kawal dan perintah
(command and control system - CNC) mereka (yang digunakan untuk mengawal Drone
tanpa pemandu) telah dirampas oleh Taliban ketika konvoi pengangkutan Amerika
sedang bergerak ke bawah dari salah satu pangkalan di atas bukit. Taliban
menyerang hendap konvoi tersebut dan membunuh 2 kakitangan Navy Seal Amerika,
merampas peralatan/senjata, termasuk CNC yang beratnya 20 tan dan dimasukkan ke
dalam enam peti. Peristiwa ini berlaku lebih kurang sebulan yang lalu pada
Februari 2014.
Tiada liputan dalam peristiwa ini.
http://america.aljazeera.com/articles/2014/2/23/taliban-ambush-killsscoresofafghantroops.html
Apa yang Taliban mahu ialah wang. Mereka mahu menjual sistem CNC tersebut
kepada Rusia atau China.
Rusia terlalu sibuk dengan urusan di Ukraine. China pula amat dahagakan
teknologi sistem ini. Bayangkan jika China dapat menguasai teknologi di
belakang sistem CNC ini, semua Drone Amerika akan tidak berguna lagi. Oleh itu
China telah menghantar lapan saintis pakar pertahanan mereka untuk memeriksa
sistem yang dirampas tersebut dan bersetuju untuk membayar jutaan dollar untuk
itu.
Sekitar awal Mac 2014, lapan saintis China tersebut bersama 6 peti melakukan
perjalanan mereka ke Malaysia, dengan berpendapat laluan ini adalah yang
terbaik untuk mengelakkan dari dikesan. Kargo ini kemudian disimpan dalam
Kedutaan China di Malaysia di bawah perlindungan diplomatik.
Sementara itu, Amerika dengan bantuan perisikan Israel, bersama-sama merangka
pelan untuk memintas dan menawan semula kargo tersebut.
China berfikiran adalah lebih selamat untuk mengangkut kargo tersebut
menggunakan pesawat awam untuk mengelakkan syak wasangka. Lagipun penerbangan
terus dari KL ke Beijing mengambil masa hanya 4 jam setengah, dan Amerika
dipercayai tidak akan merampas atau memudaratkan pesawat awam itu. Jadi MH370
adalah pilihan yang terbaik.
Terdapat 5 agen Amerika dan Israel, yang sudah biasa dengan operasi Boeing 777
di dalam pesawat ini. 2 warga "Iran" dengan pasport curi kemungkinan
diantaranya.
Sebaik sahaja MH370 meninggalkan ruang udara Malaysia dan melapor diri kepada
kawalan udara Vietnam, satu pesawat AWACS Amerika telah menyekat isyarat
komunikasi mereka (jammed the signal), mematikan sistem kawalan juruterbang dan
menukar kawalan kepada mod kawalan jauh (remote control). Pada ketika itu
pesawat hilang ketinggian secara tiba-tiba untuk seketika.
Bagaimana AWACS boleh melakukannya? Ingat peristiwa 911? Selepas peristiwa itu,
semua pesawat Boeing (Airbus dan mungkin semua) dipasang dengan sistem kawalan
jauh untuk menentang rampasan pesawat oleh pengganas. Sejak itu semua Boeing
boleh terbang dengan kawalan jauh oleh menara kawalan di daratan. Sistem
kawalan jauh yang sama digunakan untuk mengawal pesawat pengintip tanpa pemandu
dan Drone.
Seterusnya, 5 agen Amerika dan Israel mengambil alih kawalan pesawat, mematikan
transponder dan sistem komunikasi yang lain, mengubah laluan dan terbang ke
arah barat. Mereka tidak terbang timur, ke Filipina atau Guam kerana Laut China
Selatan dan keseluruhan ruang udaranya diawasi sepenuhnya oleh radar dan
satelit pengawasan China.
Radar tentera Malaysia, Thailand dan India sebenarnya telah mengesan pesawat
yang tidak dikenali itu tetapi seperti dijangka mereka bertindak balas secara
tidak profesional.
Pesawat itu kemudian terbang ke atas Sumatra Utara, Anambas, India Selatan dan
kemudian mendarat di Maldives (beberapa penduduk kampung menyaksikan pendaratan
pesawat), mengisi minyak dan meneruskan penerbangannya ke Deigo Garcia,
Pangkalan Udara Amerika di tengah-tengah Lautan Hindi. Sebaik mendarat, kargo
dikeluarkan dan kotak hitam ditanggalkan. Penumpang disenyapkan (dibunuh)
melalui kaedah secara semula jadi, iaitu kekurangan oksigen. Mereka percaya
hanya orang mati sahaja yang tidak akan membocorkan rahsia. Pesawat MH370
dengan penumpang yang sudah mati sekali lagi berlepas dan diterbangkan dengan
kawalan jauh menuju selatan Lautan Hindi, untuk menjadikan orang percaya bahawa
pesawat kehabisan minyak dan akhirnya terhempas ke lautan, dengan menyalahkan
kapten dan pembantu juruterbang yang degil.
Amerika telah melakukan persembahan yang baik. Pertama, mereka mengalihkan
semua perhatian dan usaha carian di Laut China Selatan padahal MH370 terbang ke
arah barat ke Lautan Hindi. Kemudian mereka dengan bantuan media-media mereka
telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah dan bukti-bukti untuk
mengelirukan dunia. Australia memainkan peranan sebagai pembantu pelakon.
Jika dilihat usaha yang dibuat oleh China, dari segi bilangan pesawat carian,
kapal dan satelit, mula-mula mencari di Laut China Selatan, kemudian di Selat
Melaka dan Lautan Hindi, ini agak luar biasa. Ini menunjukkan bahawa China amat
prihatin, bukan kerana ramainya penumpang awam China, tetapi lebih kepada nilai
tinggi kandungan pesawat dan nyawa lapan ahli-ahli sains pertahanannya.
Jangan percaya cerita?
Saya tidak mengharapkan anda untuk mempercayai tetapi mari kita tunggu dan
lihat bagaimana episod ini mendedahkan diri akhirnya nanti.
Atau mungkin ia tidak akan berlaku sehingga kemunculan Snowden (Edward Snowden
- pakar komputer US, bekas kakitangan CIA yang berpaling tadah dan mendedahkan
pelbagai program dan dokumen rahsia US).
------------------------------------------------------
Wassalam,
alhaqirwalfaqir,
anwardjambak L45+,
mudiak Pyk-Pku,
Kualalumpur,
kanakan Dt Rajo Malano(Maulana),
"Maminteh Sabalun Hanyuik.!"
Sent from my BlackBerry(R) smartphone powered by U Mobile
--
.
* Posting yg berasal dari Palanta RantauNet, dipublikasikan di tempat lain
wajib mencantumkan sumber: ~dari Palanta R@ntauNet~
* Isi email, menjadi tanggung jawab pengirim email.
===========================================================
UNTUK DIPERHATIKAN, yang melanggar akan dimoderasi:
* DILARANG:
1. Email besar dari 200KB;
2. Email attachment, tawarkan & kirim melalui jalur pribadi;
3. Email One Liner.
* Anggota WAJIB mematuhi peraturan (lihat di http://goo.gl/MScz7) serta
mengirimkan biodata!
* Tulis Nama, Umur & Lokasi disetiap posting
* Hapus footer & seluruh bagian tdk perlu dlm melakukan reply
* Untuk topik/subjek baru buat email baru, tdk mereply email lama & mengganti
subjeknya.
===========================================================
Berhenti, bergabung kembali, mengubah konfigurasi/setting keanggotaan di:
http://groups.google.com/group/RantauNet/
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "RantauNet" dari Google
Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke [email protected].
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.