Sholat Orang-Orang Yang Tertidur Dan Telupa Boleh Di-Qadha 
source
http://fiqh-sunnah.blogspot.com

Dari  Anas  bin  Malik  radhiyallahu   anhu,  Nabi shallahu  alaihi wa
sallam bersabda,

 Barangsiapa  lupa mengerjakan solat, hendaklah dia mengerjakan ketika
dia  teringat. Tidak ada kafarat (denda) baginya, melainkan hanya yang
tersebut.  (Hadis Riwayat al-Bukhari, 1/166, no. 597)

 Barangsiapa  yang lupa mengerjakan solat atau tertidur sehingga tidak
mengerjakan  solat maka kafarat (denda)  nya adalah dengan mengerjakan
solat yang tertinggal itu ketika dia teringat.  (Hadis Riwayat Muslim,
1/477, no. 684)

Orang  yang  tertidur dihukumkan sama dengan orang yang tidak sedarkan
diri  selama  tiga  hari  atau kurang. Pendapat itu telah diriwayatkan
dari  Ammar,   Imran  bin Hushain, dan Samurah bin Jundab radhiyallahu
 anhum.  (Rujuk:  asy-Syarhu  al-al-Kabir,  Ibnu  Qudamah,  3/8.  Juga
al-Mughni, 2/50-52)

Ada  pun  jika  masa  tidak  sedarkan  diri tersebut melebihi had masa
tersebut, tidak ada kewajiban baginya untuk meng-qadha kan-nya. Kerana
orang  yang  tidak sedarkan diri dalam waktu lebih dari tiga hari sama
dengan  orang  yang  tidak  waras  dan  hilang  akal.  (Lihat: Majmuu 
al-Fatawa  Samahatus  Syaikh  Abdul  Aziz  bin  Abdullah bin Baaz yang
disusun  oleh Abdullah ath-Tahyyar dan Syaikh Ahmad bin Abdul Aziz bin
Baaz, 2/457)

Pengertian Ringkas meng-Qadha  solat:

Melaksanakan  solat  yang tertinggal atas sebab lupa atau tertidur. Ia
dilakukan dengan niat solat sebagaimana biasa.

Sebagimana  Nabi  shallahu  alaihi wa sallam menunaikan solat subuh di
luar  waktunya  ketika mana berada di dalam suatu perjalanan yang amat
meletihkan. Solat qadha  boleh dilakukan secara berjama ah sebagaimana
solat   seperti   biasa,   cuma   yang   membezakannya   adalah  waktu
dilaksanakannya  iaitu  ketika  mana  kita tersedar atau sebaik-sahaja
kita  teringat  ada solat yang belum ditunaikan setelah luput waktunya
yang sebenar.

Adapun  solat  yang  dengan  sengaja  ditinggalkan,  maka tiada qadha 
baginya.  Tetapi,  adalah  taubat.  Kerana  sengaja meninggalkan solat
adalah  berdosa besar. Penghapus dosa, adalah taubat. Tiada dalil yang
menjelaskan berkenaan solat yang sengaja ditinggalkan boleh di-qadha .

Wallahu a lam.


@an-Nawawi




--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
=============================================================== 
UNTUK DIPERHATIKAN:
- Wajib mematuhi Peraturan Palanta RantauNet, mohon dibaca & dipahami! Lihat di 
http://groups.google.com/group/RantauNet/web/peraturan-rantaunet
- Tulis Nama, Umur & Lokasi anda pada setiap posting
- Dilarang mengirim email attachment! Tawarkan kepada yg berminat & kirim 
melalui jalur pribadi
- Dilarang posting email besar dari >200KB. Jika melanggar akan dimoderasi atau 
dibanned
- Hapus footer & bagian tdk perlu dalam melakukan reply
- Jangan menggunakan reply utk topik/subjek baru
=============================================================== 
Berhenti, kirim email kosong ke: [EMAIL PROTECTED] 
Daftarkan email anda yg terdaftar pada Google Account di: 
https://www.google.com/accounts/NewAccount?hl=id
Untuk dpt melakukan konfigurasi keanggotaan di:
http://groups.google.com/group/RantauNet/subscribe
===============================================================
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke