Pahlawan ke Neraka?
Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak
Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara
satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua
pihak pulang ke markas masing-masing.
Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan
tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami
itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu
kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur
dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya.
Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.
"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman,"
kata salah seorang sahabat.
Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah
golongan penduduk neraka."
Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang
yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam
neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar
jawapan Rasulullah itu.
Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas
baginda berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang
bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak
musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan
pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya.
Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."
"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan
akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan
dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang
parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah
menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."
Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan,
katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar
menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku
berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku
tidak akan berperang."
Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.
,Tulisan ini dapat dilihat di Website WWW.ksuheimi.blogspot.com
--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
===============================================================
UNTUK DIPERHATIKAN:
- Wajib mematuhi Peraturan Palanta RantauNet, mohon dibaca & dipahami! Lihat di
http://groups.google.com/group/RantauNet/web/peraturan-rantaunet
- Tulis Nama, Umur & Lokasi anda pada setiap posting
- Dilarang mengirim email attachment! Tawarkan kepada yg berminat & kirim
melalui jalur pribadi
- Dilarang posting email besar dari >200KB. Jika melanggar akan dimoderasi atau
dibanned
- Hapus footer & bagian tdk perlu dalam melakukan reply
- Jangan menggunakan reply utk topik/subjek baru
===============================================================
Berhenti, kirim email kosong ke: [EMAIL PROTECTED]
Daftarkan email anda yg terdaftar pada Google Account di:
https://www.google.com/accounts/NewAccount?hl=id
Untuk dpt melakukan konfigurasi keanggotaan di:
http://groups.google.com/group/RantauNet/subscribe
===============================================================
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---