Wa’ alaikum salam warahmatulLlah hi wabarokatuh,

   

Bapak Saaf, Sdr. Ronald Putra, Bang Duta, Mantari Sutan, Sdr. Benni
Inayatullah, Sdr. Jupardi Andi, Sdr. Hanifah Daman, Sdr. Dewis Natra, Sdr. Fitr 
Tanjuang, dan Dun sanak yang saya hormati sekalian,

   

Postingan  mengikapi
pemilu 2009 ini telah menjemput banyak tanggapan.  Kesemuanya bernas dan 
mempunyai merit.
Persoalan pokok, dalam pandangan saya, ialah bagaimana orang Minang mengikapi
pemilu 2009 memilih presiden dan juga parpol. Dalam mengikapi pemilu ini lebih
baik di utamakan bagaimana mengrealisasikan kepentingan dan perspektif yang 
mengeluruh
dan lengkap yang dapat memberi manfa’at dan menguntungkan Propinsi dan Ranah
Minang. Lebeh baik kita sorotkan kepentingan Propinsi dan Ranah lebeh dari yang
lainnya.     

   

Banyak langkah yang telah di jelaskan. Kesemua qaedah yang
di utarakan berpredikatkan majoriti orang Minang mesti mempunyai kerangka yang
menyeluruh/comprehensive mempedomankan bagaimana cara terbaik mengundi dan
memilih presiden dan juga parpol. Berdasarkan kapasiti telah menjadi warga
Minang yang tepat maklumat/ well-informed citizentry atau pengundi/ electorate
dan berpandukan pedoman yang di buat samada bersendirian atau menyandarkan
pandangan/panduan dari luar, pengundi Minang keluar mengundi dan memilih. 

   

Setiap pengundi/electorate, orang Minang atau sesiapa pun,
akan keluar mengundi. Sebelum mengundi mereka akan memikirkan bagaimana cara
terbaik untuk mengundi. Mereka akan mencari jalan dan ikhtiar mempengaruhi hak
mengundi mereka. Sudah pasti para pengundi akan mencari sebanyak mungkin
kemasukan dan ma’lumat dari usaha sendiri maupun dari luar/orang lain. Samada
bergantung di atas diri sendiri atau dari luar, kompilasi ma’lumat umumnya
adalah hasilan atau reaksi dari pengaruh luar alam sekitar. Diantaranya,
keluarga, kawan, teman, surat 
khabar dan TV, desas desus, bisekan, current affairs dan sebagainya. Selain
itu, kedewasaan, perengkat umur, latar pendidikan dan pengelaman, dan juga
kekuatan kantung atau saku/pocket or wallet power. 

   

 Para pengundi juga
berhasrat agar jalan berfikir dan hasrat mereka mengundi dapat dikongsi bersama
dengan pengundi lain yang sama sealiran atau sependapat hinggakan  menjadi satu 
aliran majoriti.yang dapat di
cerminkan dengan hasil pemilu. Ataupun sekurang kurang nya walaupun ada
plurality of reasonings yang sudah nyata dan yang akan menimbulkan perbedaan
pendapat tetapi dengan adanya kesamaan dalam matlamat dan tujuan, maka terpilih
juga calun presiden maupun parpol yang di yakini sepatutnya menjawat kedudukan
presiden atau memejang teraju pemerintahaan untuk empat tahun lagi. 

   

Bakal calun presiden dan parpol yang berpartisipasi dalam
pamilu mengerti untuk mempengaruh cara berfikir para pengundi. Strategi yang
terbaik mempengaruhi cara berfikir pengundi ialah mengidentifikasikan kerangka
cita cita dan kebijakan mereka selari, senada, bersama atau dapat dikaitkan
dengan cara berfikir dan pertimbangan pengundi. Makin ramai dan merata jumlah
para pengundi mengidentifikasikan dengan kerangka cita cita dan platform bakal
calun atau parpol semakin cerah meraih kemenangan. Isu pengenalan bersama
/identification dengan calon atau parpol sangat penting dalam strategi
berkempen dalam pemilu. Oleh kerana itu banyak ragam kaedah telah di gunakan
untuk meningkatkan darjah pengenalan bersama ini dengan bakal calun atau
parpol. Selain dari taqdir, usaha positif mestilah di teruskan agar agenda dan
platform calun presiden atau parpol mendapat perhatian, renungan dan melekat di
hati dan sanubari para pengundi dan akhirnya di yakini dan di terjemah dalam
undian nanti. 

   

Salah satu qaedah atau cara mempengaruhi logika berfikir
para pengundi ialah meminta mereka menerima betapa penting atau relevan atau
mengutamakan isu kepentingan dan kemaslahatan bersama. Dalam konteks masyarakat
Minang ini boleh di terjemahkan sebagai menggunakan hak mengundi mengundi calun
presiden dan parpol untuk mendapatkan atau menjayakan atau menggolkan senarai
keutamaan atau kepentingan atau kemahunan atau keperluan yang telah di sefakati
bersama oleh masyarakat dan Ranah Minang.  Di identifikasikan hak mengundi tadi 
dengan
persoalan besar mengangkut politik Minang jaya. Rentetan dari factor 
identification
ini, para pengundi akan menjalani/ to exercise kuasa mengundi secara amal
jamai’i/ en bloc voting atau group voting.

   

Tidak ada salahnya orang Minang menjalani kuasa mengundi
secara en bloc voting untuk memaksimalkan hasrat yang telah di sefakati bersama.
En bloc voting ini  mesti di terjemahkan
dan berfungsi bersama dengan ‘identifikasi nasional/ national or regional
identification dengan matlamat dan agenda yang telah di hasilkan dengan
semangat muafakat bersama/ political consensus masyarakat Minang.

   

National identification ini adalah satu jalan atau qaedah
mempengaruhi jalan berfikir atau logika para pengundi Minang. Kita meminta agar
para pengundi Minang bersetuju dengan cara berfikir ‘perspektif Minang’ atau
‘kepentingan Minang’ atau ‘keperluan Minang’ atau ‘actional agenda Minang’ atau
‘developmental Minang’ mengatasi yang lainnya. 


   

National identification ini meminta kesungguhan orang Minang
untuk menghasilkan atau merumuskan apa yang disebut sebagai muafakat Minang/
Minang consensus.  Membelah persoalan dan
mencari penyelesaian sudah mendarah daging dalam batang tubuh, fikrah dan
psyche orang Minang. Lembaga muafakat ini boleh di jadikan sebagai premise atau
di terjemahkan ke gelanggang politik pemilu. Dan ini bukan suatu yang baru bagi
Minang. 

   

Untuk menterjemah national identification secara baik dan
rentetan dari itu, Minang sendiri tetap melakukan permusyawaratan di antara
mereka merumus apa yang terbaik untuk agenda Minang jaya untuk di ketengahkan
sebagai electoral agenda untuk tapatan anggota masyarakatnya dan para calun
presiden dan parpol. Sudah pasti akan ada perdebatan dan perbahasan dalaman/
internal debate untuk merumus secara muktamat. Sekiranya, ada plurality of
prioritization yang tidak mampu di harmonikan ianya tidak menjadi satu
masaalah. Masyarakat Minang boleh di persembahkan dengan beberapa rumusan untuk
tatapan anggota masyarakatnya. 

   

Kehadiran rumusan ini berfungsi sebagai satu dokumen
electoral manifesto atau electoral platform merangkum apa yang saya sebut
‘actional agenda Minang’. Manifesto atau platform ini akan menjadi patokan
diantara bahan rujukan mempedomani para pengundi Minang menjalani hak kuasa
mengundinya. 

   

Diharapkan jua kehadiran naskah rumusan atau penyataan ini
dapat membantu usaha mengundi secara beramai ramai/jamai’i dan akhirnya
mengundi dan memilih calaun presiden dan parpol secara en bloc.  

   

Perumusan menayang ‘Penglihatan Minang’ ini tidak hanya
tertumpu kedalam. Ianya juga akan mempengaruhi atau di lihat atau dicemati oleh
calun presiden dan parpol.

Political manifesto dan party electoral platform selalunya
berpehak ke dimensi nasional. Kedua dua entity ini lebeh memehak/bias melihat
secara nasional. Politik (pemilu) masa depan Indonesia mau tidak mau harus
mengakomodasi dimensi atau perspective nasional dengan regional perspective
atau Penglihatan Daerah. Isu perancangan nasional, terutama perekonomian
Negara, mesti juga mengambil kira Penglihatan Daerah. Monopoly pusat dalam
perancanganan nasional mesti di lunakkan dengan penglibatan atau masukan dari
pinggir.  

   

Penjaluran Penglihatan Daerah  melalui kehadiran political manifesto dan
electoral platform dari Daerah  mesti di
galakkan sebagai satu participatory political outlet yang cukup stabil dan
berguna.

   

Kehadiran Penglihatan Daerah akan mendesak calun presiden
dan parpol  memberi perhatian yang
sewajarnya kepada pemecahan persoalan daerah. Di harapka nanti untuk mendapat
undian dari Minang, calun presiden dan parpolakan merumus juga platform
kepartaian mereka. Akhirnya nanti kita akan melihat political manifesto dan
party platform mempunyai perspective nasional dan juga pengkhususan untuk
daerah. 

   

Setelah adanya naskah perumusan sefakat dari masyarakat
Minang dan dengan adanya juga party electoral platform dari calun presiden dan
parpol, maka pengundi Minang boleh membuat keputusan yang akan mempengaruhi
undinya.  

   

Pandangan saya di atas ini berdasarkan beberapa andaian yang
sehubungan dengan isu mengudi dan memilih yang saya fikirkan relevan.

   

Salah
     satu asas communitarian democracy ala Minang, yakni, collective policy
     decision making process dengan mengutamakan muafakat sepakat 
bersama/political
     or societal consensus boleh di ketengahkan dalam mengundi dan memilih 
politik
     kepartaian.Political
     or societal consensus yang di persetujui bersama ini dapat mengarah dan
     memaksima-utamakan/ top prioritize hasrat/apirations, kehendak/wants dan
     keperluan/needs Ranah dan Propinsi Sumbar. Pengarahan secara amal jama’ii
     /berkelompok dalam hal mengundi dan memilih ini lebeh berkesan/effective 
dalam
     memfokuskan perspektif dan kepentingan Sumbar maupun Sumatra.  Tidak
     ada salahnya sekiranya anggota masyarakat Minang mengundi secara majoriti/
     kolektif memilih parpol yang mereka kirakan dapat mencerminkan kehendak,
     keperluan, keutamaan/priority dan kepentingan socio-politico-economic
     Sumbar. Selain
     dari mengambil-utamakan atau perkiraan national priority and national
     perspective dalam perumusan political or electoral manifesto, partai
     politik bersedia berhadapan dengan regional interests and needs and wants
     of localism. Perspective dari bawahan ini di harapkan meningkatkan
     keperihatinan/sensitivity dan policy responses partai politik dalam
     merangka kebijaksanaan kepemerintahan.    

  
WaalLahhu 'Alam.
 

 






--- On Mon, 7/7/08, Dr.Saafroedin BAHAR <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
From: Dr.Saafroedin BAHAR <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: [EMAIL PROTECTED] OOT: PEMILU 2009, URANG AWAK KA MAMILIAH PARTAI APO ?
To: "Rantau Net" <[email protected]>
Date: Monday, July 7, 2008, 6:29 AM






      
--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
===============================================================
UNTUK DIPERHATIKAN:
- Wajib mematuhi Peraturan Palanta RantauNet, mohon dibaca & dipahami! Lihat di 
http://groups.google.com/group/RantauNet/web/peraturan-rantaunet
- Tulis Nama, Umur & Lokasi anda pada setiap posting
- Dilarang mengirim email attachment! Tawarkan kepada yg berminat & kirim 
melalui jalur pribadi
- Dilarang posting email besar dari >200KB. Jika melanggar akan dimoderasi atau 
dibanned
- Hapus footer & bagian tdk perlu dalam melakukan reply
- Jangan menggunakan reply utk topik/subjek baru
===============================================================
Berhenti, kirim email kosong ke: [EMAIL PROTECTED]
Daftarkan email anda yg terdaftar pada Google Account di: 
https://www.google.com/accounts/NewAccount?hl=id
Untuk dpt melakukan konfigurasi keanggotaan di:
http://groups.google.com/group/RantauNet/subscribe
===============================================================
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke