http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/BeritaUtama/20081229
230829/Article

Tuanku Muhriz dimasyhur
Oleh Zainab Mohd Yatim, Hussain Said dan Norliza Wasilan
[email protected]

JENAZAH Almarhum Tuanku Ja'afar di bawa dari Istana Besar Seri 
Menanti sambil diiringi ahli keluarga dan orang ramai menuju ke Makam 
Diraja Seri Menanti Kuala Pilah, semalam.

 

Dipilih Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 

KUALA PILAH: Tunku Besar Seri Menanti, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum 
Tuanku Munawir, 60, dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri 
Sembilan ke-11 menggantikan Almarhum Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul 
Rahman, yang mangkat Sabtu lalu. 

Pemasyhuran Tuanku Muhriz yang juga anakanda saudara Almarhum Tuanku 
Ja'afar, diisytiharkan oleh Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Klana 
Petra Mubarak Dohak, pada istiadat yang berlangsung di Balairong 
Seri, Istana Besar Seri Menanti di sini, kira-kira jam 3.45 petang 
semalam. 



Tiga putera Almarhum Tuanku Ja'afar, iaitu Tunku Laxamana, Tunku 
Datuk Seri Naquiyuddin; Tunku Muda Serting, Tunku Tan Sri Imran dan 
Tunku Panglima Besar, Tunku Datuk Seri Nadzaruddin, turut menyaksikan 
istiadat yang disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen 
Malaysia (RTM). 

Hadir sama, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, tiga lagi Datuk 
Undang Yang Empat, iaitu Undang Luak Johol, Datuk Mohd Jan Abdul 
Gani; Undang Luak Jelebu, Datuk Musa Wahab dan Undang Luak Rembau, 
Datuk Muhamad Sharip Othman serta hampir 350 tetamu, termasuk kerabat 
diraja. 

Mengikut perlembagaan dan Adat Perpatih Negeri Sembilan, pelantikan 
pengganti Almarhum Tuanku Ja'afar itu ditentukan oleh Datuk Undang 
Yang Empat dengan pemilihan dibuat di kalangan Putera Yang Empat. 

 
Tuanku Muhriz 
Tuanku Muhriz adalah putera tunggal kepada Yang di-Pertuan Besar 
Negeri Sembilan ke-9, Almarhum Tuanku Munawir Tuanku Abdul Rahman. 

Ketika kemangkatan ayahandanya pada 1967, Tuanku Muhriz turut 
dicalonkan sebagai pengganti, tetapi Dewan Keadilan dan Undang 
memilih ayahanda saudaranya, Tuanku Ja'afar kerana baginda masih 
muda, iaitu 18 tahun. 

Dalam titah ucapan baginda, Tuanku Muhriz berjanji menjalankan 
pemerintahan yang adil dan saksama seperti yang ditunjukkan oleh 
Almarhum Tuanku Ja'afar, yang memerintah selama 41 tahun. 

"Beta akan menjalankan keadilan dan keselamatan sekalian hamba rakyat 
serta mereka di seluruh alam Negeri Sembilan," titah baginda. 

Sejurus selesai bertitah, Datuk Undang Yang Empat mengadap Tuanku 
Muhriz disusuli penghulu Luak Tanah Mengandung, sebelum Datuk Undang 
Luak Sungai Ujong menyembahkan Mas Manah atau surat pemasyhuran 
kepada baginda. Serentak itu tembakan meriam 21 das bergema di luar 
Balairong Seri. 

Selepas istiadat pemasyhuran yang berakhir kira-kira jam 4.15 petang, 
Tuanku Muhriz menziarahi jenazah Almarhum Tuanku Ja'afar sebelum 
memperkenankan istiadat pemakaman di Makam Diraja Seri Menanti, kira-
kira satu kilometer daripada Istana Besar. 


PROFIL: Tuanku Muhriz 



Diputerakan pada 14 Januari 1948 


Menerima pendidikan rendah di King George V, Seremban 


Melanjutkan pelajaran di Aldenham School, United Kingdom dan 
University College of Wales, Aberystwyth dalam bidang undang-undang. 


Ahli perniagaan dan pengarah Bangkok Bank. 


Berkahwin dengan Tengku Datuk Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dari 
Terengganu 


Dikurniakan tiga putera, Tunku Ali Redhauddin, 31, Tunku Zain Al-
'Abidin, 26, dan Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin, 23. 


--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
=============================================================== 
UNTUK DIPERHATIKAN, melanggar akan dimoderasi/dibanned:
- Anggota WAJIB mematuhi peraturan serta mengirim biodata! Lihat di: 
http://groups.google.com/group/RantauNet/web/peraturan-rantaunet
- Tulis Nama, Umur & Lokasi di setiap posting
- Hapus footer & seluruh bagian tdk perlu dalam melakukan reply
- Untuk topik/subjek baru buat email baru, tidak dengan mereply email lama 
- DILARANG: 1. Email attachment, tawarkan disini & kirim melalui jalur pribadi; 
2. Posting email besar dari 200KB; 3. One Liner
=============================================================== 
Berhenti, kirim email kosong ke: [email protected] 
Daftarkan email anda yg terdaftar disini pada Google Account di: 
https://www.google.com/accounts/NewAccount?hl=id
Untuk melakukan konfigurasi keanggotaan di:
http://groups.google.com/group/RantauNet/subscribe
===============================================================
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke