Dunsanak Sadonyo

Di bawah ambo kutipkan seruan daripada Jimmy Wales, dengan beberapa tujuan.

Pertama, memang ingin menyampaikan pesan daripada Jimmy Wales
Kedua, seruan ini berguna bagi dunsanak yang sedang berlatih bahasa melayu
Ketiga, iko nan paling penting. Ambo sadang surang sajo di palanta ko dari
tadi. Jadi sadang mancari kawan sabananyo ma. Jepe tadi lai nampak di FB,
tapi kini lah ilang pulo. KIni lai nampak di YM, tapi kan ndak mungkin lo
ado tulisan panjang di YM do

Miko ado di FB jo di YM, tapi sadang aniang2 nampaknyo, Bundo Nizmah adi di
FB, tapi nampaknyo sadang istirahat pulo, bitu pulo Adyan di YM.

Nah, tu ado Ajo Duta masuk ka palanta, abo cigok dulu


RIri (nan sadang mancari kawan maota)
Bekasi, L 46


 Seruan daripada Jimmy Wales, Pengasas Wikipedia [image: Jimmy
Wales]<http://wikimediafoundation.org/wiki/File:Jimmy_Appeal.JPG>

Salam sejahtera kepada semua pembaca,

Bantu dan sokong usaha Wikipedia dengan menderma. Perkara ini mungkin
was-was dalam fikiran anda: Mengapakah Wikipedia, salah satu daripada lima
laman web yang paling terkenal memerlukan sumbagan dana daripada
penggunanya?

Wikipedia sememangnya berlainan daripada laman-laman web yang terdapat dalam
*senarai 50 laman web yang sering dikunjungi*. Kami cuma mempunyai dua puluh
tiga orang pekerja yang dibayar gaji. Wikipedia merupakan sebuah
ensiklopedia bebas yang boleh digunakan oleh sesiapa jua untuk apa-apa
tujuan. Belanjawan tahunan kami menelan kurang daripada enam juta dollar
Amerika. Wikipedia dibangunkan oleh Yayasan Wikimedia, sebuah organisasi
bebas yang saya tubuhkan pada 2003.

Secara umumnya, Wikipedia dikendalikan oleh sebuah komuniti antarabangsa
yang dianggotai lebih daripada 150,000 orang sukarelawan yang mempunyai
komitmen untuk berkongsi ilmu secara meluas. Selama lapan tahun, para
sukarelawan telah menyumbang lebih darilada 11 juta artikel dalam 265
bahasa. Lebih daripada 275 juta orang telah mengunjungi laman web kami
setiap bulan untuk memperoleh maklumat dan informasi secara percuma tanpa
iklan.

Akan tetapi, Wikipedia bukan sekadar sebuah laman web bisa. Kami mendukung
impian yang sama: *Bayangkan sebuah dunia tanpa sempadan ilmu pengetahuan
dan setiap individu dapat memperolehnya tanpa sebarang halangan. Itulah
komitmen kami.*

Dermaan anda akan membantu kami. Sumbangan anda mampu membiayai kos
pengendalian teknikal yang semakin meningkan setiap tahun berikutan dengan
peningkatan pengunjung. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan mutu
perisian Wikipedia -- memudahkan carian, bacaan dan penyuntingan. Kami
bertekad untuk mengembangkan misi kami untuk berkongsi pengetahuan tanpa
sempadan melalui pengambilan sukarelawan dan membina kerjasama strategik
institusi kebudayaan serta pembelajaran.

Wikipedia sememangnya berlainan. Wikipedia merupakan ensiklopedia terbesar
dalam sejarah yang merupakan hasil kerja para sukarelawan. Kami percaya
bahawa Wikipedia haruslah bebas daripada sebarang bentuk pengiklanan. Untuk
mengekalkan prinsip ini, kami memerlukan sumbangan dan derma ribuan pembaca
seperti anda.

Saya menyeru anda untuk menyertai kami: Sumbangan anda akan membantu supaya
Wikipedia tetap bebas dan berkecuali bagi seluruh dunia.

Sekian.Terima kasih,

Jimmy Wales

MENDERMA 
ยป<http://wikimediafoundation.org/wiki/Donate/Now/ms?utm_source=2008_jimmy_letter&utm_medium=jimmy_letter&utm_campaign=fundraiser2008>
Ketahui dengan lebih lanjut

   - Bagaimanakah belanjawan kami
digunakan?<http://wikimediafoundation.org/wiki/Donate/Questions/ms#How_is_the_revenue_spent.3F>
   - Bagaimanakah Yayasan Wikimedia
dibiayai?<http://wikimediafoundation.org/wiki/Donate/Questions/ms#How_is_the_Wikimedia_Foundation_funded.3F>
   - Berapakah jumlah wang yang
diperlukan?<http://wikimediafoundation.org/wiki/Donate/Questions/ms#How_much_money_are_you_hoping_to_raise.3F>
   - Apakah misi yang ingin dicapai oleh Yayasan Wikimedia dalam tahun
ini?<http://wikimediafoundation.org/wiki/Donate/Questions/ms#What_are_the_specific_goals_you_want_to_accomplish_in_this_fiscal_year.3F>

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
=============================================================== 
UNTUK DIPERHATIKAN, melanggar akan dimoderasi/dibanned:
- Anggota WAJIB mematuhi peraturan serta mengirim biodata! Lihat di: 
http://groups.google.com/group/RantauNet/web/peraturan-rantaunet
- Tulis Nama, Umur & Lokasi di setiap posting
- Hapus footer & seluruh bagian tdk perlu dalam melakukan reply
- Untuk topik/subjek baru buat email baru, tidak dengan mereply email lama 
- DILARANG: 1. Email attachment, tawarkan disini & kirim melalui jalur pribadi; 
2. Posting email besar dari 200KB; 3. One Liner
=============================================================== 
Berhenti, kirim email kosong ke: [email protected] 
Daftarkan email anda yg terdaftar disini pada Google Account di: 
https://www.google.com/accounts/NewAccount?hl=id
Untuk melakukan konfigurasi keanggotaan di:
http://groups.google.com/group/RantauNet/subscribe
===============================================================
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke