Sent from my BlackBerry® powered by Sinyal Kuat INDOSAT -----Original Message----- From: [email protected]
Date: Tue, 1 Sep 2009 16:31:16 To: <[email protected]>; <[email protected]> Subject: Fw: [TDA-C3T] Profil Saya dan PenulisLepas.com Dimuat di Sebuah Koran Nasional Malaysia Maaf. Forward ini saya lakukan karena saya bangga teman saya dipuja oleh Media di Malaysia. Kelihatan sekali memang orang lain lebih menghargai produk kita daripada bangsa kita sendiri, selamat pak Jonru. Salam Darul Sent from my BlackBerry® powered by Sinyal Kuat INDOSAT -----Original Message----- From: Jonru <[email protected]> Date: Tue, 1 Sep 2009 21:28:20 To: TDA Milis<[email protected]>; TDA-C3T<[email protected]>; <[email protected]> Subject: [TDA-C3T] Profil Saya dan PenulisLepas.com Dimuat di Sebuah Koran Nasional Malaysia Assallamualaikum, Alhamdulillah, benar-benar di luar dugaan. Sebuah koran nasional di Malaysia memuat profil saya dan PenulisLepas pada terbitan hari ini, 1 September 2009. Artikel versi online-nya bisa dibaca di http://pendek.in/009hs Di bawah ini saya copy paste. Maaf bagi yang merasa asing dengan bahasa Malaysia :) Terima Kasih dan Salam Sukses! Jonru (*) Telp: 0852-1701-4194 / 021-9705-6247 (*) YM: jonrusaja (*) Founder & Mentor Sekolah-Menulis Online http://www.SekolahMenulisOnline.com (*) Personal blog: http://www.jonru.net ======================================================= Sastera.com: Kebebasan berkarya hak mutlak penulis laman web Oleh Nurul Farina Nazlan nfarina @ bharian.com.my LAMAN web penulislepas.com membincangkan kelebihan laman sesawang dan blog sebagai gelanggang untuk berkarya tanpa sebarang guntingan atau suntingan daripada pihak mana sekalipun sehingga ia meletakkan kebebasan sebagai hak mutlak pengkarya. Jonriah Ukur Ginting atau Jonru (gambar) selaku penulis laman terbabit, secara tidak langsung memberi maklumat kepada pembaca yang berkeinginan tampil sebagai pengarang betapa sekiranya mereka mempunyai idea boleh dikembangkan dalam bentuk tulisan secara lebih pantas dengan membina lama web peribadi. Laman terbabit melaporkan penulis Indonesia itu, memberi ruang dan pemikiran baru kepada penulis dalam memperkembangkan karya bukan saja melalui penerbitan di media cetak, tetapi juga internet ekoran perkembangan teknologi digital pada alaf ketiga. "Internet mampu menjadi wadah untuk mengalirkan idea, penulisan dan pendapat penulis, secara langsung. Dalam blog, semua orang bebas meletakkan apa juga penulisan mengikut kehendak dan cita rasa mereka kerana tiada sesiapa yang akan mengolah atau mengeditnya," Jonru dipetik sebagai berkata dalam laman terbabit. Jonru dilaporkan berkata, penulis bukan saja hanya memiliki hak untuk menulis secara bebas mengikut pandangan dan idea sendiri, tetapi turut mengibaratkan bahawa blog adalah media kepada penulis dalam menghebahkan apa saja bentuk penulisan dan pandangan seperti Jacob Oetama yang memiliki laman Kompas. "Untuk membuka syarikat media cetak memang sukar bagi seorang penulis kerana ia memerlukan modal besar. Mimpi memiliki media bagi orang kebanyakan seperti kita ini rasanya mustahil. Bagaimanapun kehadiran internet, ia bukan lagi satu mimpi kerana prosesnya sangat mudah, murah, dan cepat," Jonru dilaporkan berkata. Jonru meskipun mengakui bahawa internet mampu mempengaruhi pembaca seperti kekuatan yang dimiliki media cetak, tetapi hakikat media cetak dan sesuatu penerbitan itu masih mampu menjadi landasan berkesan menyebarluaskan idea, ideologi dan pemikiran, berpotensi besar bukan saja mempengaruhi pemikiran pembaca, bahkan gaya hidup masyarakat. "Bagi penulis, media cetak mungkin alat yang jelas digunakan untuk berkarya dan memaparkan hasil penulisan mereka. Sebab kedua, mungkin kerana media cetak masih dianggap sebagai pihak yang menterjemahkan fahaman atau falsafah seseorang penulis walaupun sebenarnya saya tidak menyetujuinya," Jonru dilaporkan berkata. Jonru dalam tulisannya, Ketika Penerbit & Media Cetak Tak Lagi Berkuasa, turut dilapor membidas sikap dan minda sesetengah penulis apabila masih berpusat pada media cetak dan penerbitan buku sedangkan pada era globalisasi, wawasan penulis perlu lebih terbuka. "Saya juga percaya dan setuju bahawa penulis yang menerbitkan 100 buku dalam setahun adalah orang yang sangat layak dipanggil penulis hebat, tetapi kita perlu sedar bahawa saat ini media dan penerbitan sangat banyak, lalu 'kekuasaan' penerbit dan media cetak tidak lagi terlalu dominan," kata Jonru dalam laman terbabit. (*) --~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~ . Posting yg berasal dari Palanta RantauNet ini, jika dipublikasikan ditempat lain wajib mencantumkan sumbernya: ~dari Palanta r...@ntaunet http://groups.google.com/group/RantauNet/~ =========================================================== UNTUK DIPERHATIKAN, melanggar akan dimoderasi: - DILARANG: 1. Email besar dari 200KB; 2. Email attachment, tawarkan disini & kirim melalui jalur pribadi; 3. One Liner. - Anggota WAJIB mematuhi peraturan serta mengirim biodata! Lihat di: http://groups.google.com/group/RantauNet/web/peraturan-rantaunet - Tulis Nama, Umur & Lokasi pada setiap posting - Hapus footer & seluruh bagian tdk perlu dalam melakukan reply - Untuk topik/subjek baru buat email baru, tidak dengan mereply email lama =========================================================== Berhenti, kirim email kosong ke: [email protected] Untuk melakukan konfigurasi keanggotaan di: http://groups.google.com/group/RantauNet/subscribe -~----------~----~----~----~------~----~------~--~---
