DERMA DARI SINGAPURA: Encik Poad (tiga dari kiri) dan Dr Fatimah disertai
pengerusi Masjid Muhajirin, Ustaz Abdul Manaf Rahmat, dan Encik Hassan (kanan
dan tiga dari kanan) serta pegawai lain dalam majlis penyampaian cek derma
kepada Mercy Relief. -- Foto JOHARI RAHMAT
Mudah cetak
E-mel
24 Okt 2009
Berita Harian Singapura
SINGAPURA
Lagi derma bagi bencana di Padang, Filipina $116,500 dihasil dalam kutipan
Jumaat di masjid oleh Yayasan Rahmatan Lil Alamin
Oleh
Safhras Khan Derma itu disampaikan kepada badan bantuan kemanusiaan Mercy
Relief dalam satu majlis di Masjid Muhajirin semalam. Cek derma itu disampaikan
pengerusi RLAF, Encik Poad Mattar, kepada pengarah Mercy Relief yang juga
Anggota Parlimen GRC Marine Parade GRC, Dr Fatimah Lateef.Dalam majlis itu,
Ketua Eksekutif Mercy Relief, Encik Hassan Ahmad, turut memberi maklumat
terkini kepada anggota Yayasan RLAF dan pemimpin masjid mengenai usaha badan
tersebut membantu mangsa bencana alam itu.Menurut Encik Poad, derma tersebut
mencerminkan sifat ihsan masyarakat Islam yang sedia membantu mereka yang
ditimpa kesusahan.Lagipun, kata beliau, mereka dapat melihat kemusnahan dan
penderitaan akibat dua bencana alam tersebut.'Kejadian buruk itu sangat
menyedihkan dan bagi meringankan penderitaan masyarakat yang dilanda musibah
itu, masjid-masjid dan masyarakat Melayu/Islam Singapura segera menghulurkan
derma.'Ini merupakan satu tanda masyarakat kita juga
mempunyai sifat tanggungjawab dan kasih sayang yang mendalam,' kata Encik
Poad.Beliau berharap wang tersebut dapat membantu Mercy Relief dalam usahanya
memberi pertolongan kepada warga dua negara jiran Singapura yang
kesempitan.Dalam ucapannya, Dr Fatimah pula berkata derma yang disampaikan itu
bukan yang pertama dihulurkan Yayasan RLAF bagi membantu Mercy Relief dalam
usaha-usaha kemanusiannya.'Bantuan seumpama ini merupakan usaha yang terus
berjalan dan ia sejajar dengan ajaran Islam yang menggalak umatnya membantu
orang lain,' kata beliau.Ketika ditemui selepas majlis tersebut, Dr Fatimah
berkata derma yang diterima itu menujukkan bahawa masyarakat masih terus tampil
membantu walaupun mereka sendiri terjejas oleh kemuraman ekonomi.'Saya melihat
murid-murid sekolah rendah, individu dan syarikat kecil menderma kepada Mercy
Relief. Saya harap semua lapisan masyarakat dan badan-badan Melayu/Islam akan
terus tampil nntuk menjaya usaha murni ini,' tambah
Dr Fatimah.
DERMA bagi mangsa gempa bumi di Padang, Sumatera, dan banjir di Filipina terus
mencurah, dengan yang terbaru sebanyak $116,500 daripada jemaah masjid-masjid
di sini.
Ia hasil pungutan Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) di kesemua 69 masjid
Jumaat lalu.
________________________________
Windows 7: Find the right PC for you. Learn more.
--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
.
Posting yg berasal dari Palanta RantauNet ini, jika dipublikasikan ditempat
lain wajib mencantumkan sumbernya: ~dari Palanta r...@ntaunet
http://groups.google.com/group/RantauNet/~
===========================================================
UNTUK DIPERHATIKAN, melanggar akan dimoderasi:
- DILARANG:
1. Email besar dari 200KB;
2. Email attachment, tawarkan disini & kirim melalui jalur pribadi;
3. One Liner.
- Anggota WAJIB mematuhi peraturan serta mengirim biodata! Lihat di:
http://groups.google.com/group/RantauNet/web/peraturan-rantaunet
- Tulis Nama, Umur & Lokasi pada setiap posting
- Hapus footer & seluruh bagian tdk perlu dalam melakukan reply
- Untuk topik/subjek baru buat email baru, tidak dengan mereply email lama
===========================================================
Berhenti, kirim email kosong ke: [email protected]
Untuk melakukan konfigurasi keanggotaan di:
http://groups.google.com/group/RantauNet/subscribe
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---