Lihat juga dari sumber surat kabar Arab: http://www.aawsat.com/english/news.asp?section=1&id=18923 --MakNgah --- In [email protected], "Indra J Piliang" <pi_li...@...> wrote: > > Drainase Jeddah tdk disiapkan utk hadapi banjir. > > IJP > -----Original Message----- > From: "sunny" <am...@...> > Date: Fri, 27 Nov 2009 01:20:54 > To: <Undisclosed-Recipient:;><Invalid address> > Subject: [ppiindia] Banjir di Jeddah ragut 77 nyawa > > http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1127&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm > > Banjir di Jeddah ragut 77 nyawa > > > SEBAHAGIAN jemaah haji yang berpakaian ihram berdoa di Padang Arafah > ketika menunaikan fardu haji. - AP > > -------------------------------------------------------------------------- > > > > JEDDAH 26 Nov. - Hujan lebat dan banjir menyebabkan sekurang- kurangnya 77 > orang maut dan beribu-ribu jemaah haji terkandas di bandar pelabuhan Jeddah > pada permulaan ibadah haji semalam. > > Sesetengah mangsa mati lemas atau terbunuh dalam insiden jambatan runtuh dan > nahas jalan raya, manakala pasukan penyelamat melaporkan, mereka > menyelamatkan 900 orang yang terperangkap dalam banjir. > > Perjalanan sebilangan jemaah haji ke Mekah turut tergendala apabila sebatang > lebuh raya menuju ke kota suci itu ditutup kerana ditenggelami air. > > Hujan lebat luar biasa semalam, menyebabkan jalan-jalan dan bangunan dinaiki > air di Jeddah, pintu masuk utama bagi jemaah haji. > > Kira-kira tiga juta jemaah dari luar negara sudah tiba di Arab Saudi untuk > menunaikan haji tetapi tiada seorang pun daripada mereka dilaporkan menjadi > korban banjir. > > Seorang saksi melaporkan dia melihat beberapa mayat bersebelahan sebuah bas > yang terbalik dalam hujan lebat. > > Kesesakan teruk masih berlaku di jalan-jalan utama malam tadi selepas hujan > berhenti dan air banjir surut. > > Pegawai kerajaan, Jassem al-Yaquout berkata, dua jambatan di lebuh raya ke > Mekah runtuh manakala agensi berita rasmi SPA melaporkan, beberapa kawasan di > Mekah terputus bekalan elektrik. > > Di Mekah, jemaah melakukan tawaf dengan membawa payung yang biasanya > digunakan untuk berlindung daripada panas matahari. > > Sesetengahnya bimbang mereka tidak dapat bermalam di kawasan perkhemahan di > Mina, dalam perjalanan yang pernah dilalui oleh Nabi Muhammad SAW lebih 14 > abad lalu. > > "Kami menginap di dalam khemah buat masa sekarang. Hujan lebat menyebabkan > koridor yang dibentang permaidani merah bertukar menjadi laluan air yang > menghanyutkan tin-tin minuman ringan yang kosong," kata jemaah dari Maghribi, > Zohra Nasef yang mengerjakan haji buat kali kedua. > > Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Mansour Turki berkata, sebilangan jemaah > tidak mendapat tempat di dalam khemah dan pihaknya terpaksa mendirikan khemah > tambahan bagi memenuhi keperluan mereka. - Reuters > > > [Non-text portions of this message have been removed] > > > > >
--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~ . Posting yg berasal dari Palanta RantauNet ini, jika dipublikasikan ditempat lain wajib mencantumkan sumbernya: ~dari Palanta r...@ntaunet http://groups.google.com/group/RantauNet/~ =========================================================== UNTUK DIPERHATIKAN, melanggar akan dimoderasi: - DILARANG: 1. Email besar dari 200KB; 2. Email attachment, tawarkan disini & kirim melalui jalur pribadi; 3. One Liner. - Anggota WAJIB mematuhi peraturan serta mengirim biodata! Lihat di: http://groups.google.com/group/RantauNet/web/peraturan-rantaunet - Tulis Nama, Umur & Lokasi pada setiap posting - Hapus footer & seluruh bagian tdk perlu dalam melakukan reply - Untuk topik/subjek baru buat email baru, tidak dengan mereply email lama =========================================================== Berhenti, kirim email kosong ke: [email protected] Untuk melakukan konfigurasi keanggotaan di: http://groups.google.com/group/RantauNet/subscribe -~----------~----~----~----~------~----~------~--~---
