Rang Dapua,Bundo jo Niniak Mamak dan Dunsanak kasadonyo,
(versi bahaso Melayu bia kanai jo curitnyo)

Kisah ini terjadi dimalam Tahun Baru beberapa tahun yang lepas, tepatnya di 
Stadium Bukit Jalil Kualalumpur sempena ekspo dan bazaar (dah lupa eventnya) 
dan diakhiri dengan bunga api lebih kurang 20 minit. 

"Dah habis dah!" saya bagi tau kat keluarga yang ikut dan hari pun dah 
menunjukkan pukul 00.30 pagi di Tahun Baru Masihi. 
"Ok jom balik!" sahut mereka pula. 
Kamipun menuju ke kereta di tempat letak kereta yang agak jauh dari tempat kami 
berdiri melihat bunga api tadi. 

Sayapun menghidupkan enjin kereta dan mereka berpusu-pusu naik kedalam kereta. 

"Dah naik semua?" tanya saya. 
"Dah!" sahut mereka hampir serentak. 

"Nak kemana lagi?" saya saja bertanya. 
"Dah lewat malam dah!, makan pun dah!, mengantuklah nak tidur!" sahut salah 
sorang dari mereka. 

Sayapun pecut kereta terus balik kerumah, yang jauhnya lebih kurang setengah 
jam perjalanan. 

"Bangun-bangun ! Dah sampai rumah dah!" kata saya agak kuat kerana semua mereka 
dah tertidur. 

Masuk saja kedalam rumah talipon rumah berbunyi. 
"Siapa pulak yang talipon tengah malam buta ni" gumam saya. 
"Ah mungkin ada kecemasan " sangka baik saya pulak. 

Saya terus angkat talipon dan terdengar suara lelaki muda di hujung sana. 

"Assalamualaikum Encik!" bunyi suara itu lagi. 
"Waalaikum salam" sahut saya pula. 
"Encik ada tercicir handphone? Saya call Encik ni bila saya lihat di dalam buku 
talipon yang saya jumpa dekat tempat letak kereta ni ada no 'Rumah', Jadi saya 
cuba hubungi Encik!" sahut suara itu pasti. 

Sayapun tak sedar lagi kalau handphone saya dah tercicir. 

"Sekejap saya lihat dalam poket baju saya!" jawab saya sambil meluru ambik baju 
yang dah tersangkut di penyidai. 

Puas saya membelek-belek semua poket baju melayu , dan memang handphone saya 
dah tiada. 

"Betullah tu , saya dah periksa memang dah tak ada!" sahut saya penuh cemas. 
"Jadi betullah ini henphone Encik, kerana sekarang dan esok hari cuti, Encik 
bolehlah datang ke pejabat saya lusa nanti, sila catit alamat Encik" sambung 
suara pemuda itu lagi. 

Saya pun mencatit alamat yang disebutkannya dan menyimpannya dengan kemas. 

Hari yang dijanjikan, tibalah saya di sebuah pejabat di sekitar Kualalumpur, 
dan menjumpai seorang pemuda yang telah menemukan handphone saya tersebut. 

"Nah ini dia handphone Encik yang saya jumpa haritu!' katanya sambil tersenyum. 
"Alhamdulillah! Terimakasih banyaklah susah awak dibuatnya"kata saya. 
"Takpelah Encik memeang tugas kita sesama Islam saling tolong menolong" katanya 
lagi. 

Sayapun terus menyeluk saku baju saya untuk mengambil duit tigapuluh ringgit 
untuk diberi kepada pemuda tersebut. 
"Nah ambiklah ini sebagai tanda terimakasih saya"kata saya seraya menghulurkan 
wang tersebut kepadanya. 

"Maaf Encik saya tak boleh terima, saya anggap ini amal ibadah saya kepada 
Allah biarlah Allah sahaja yang akan membalasnya nanti" katanya bersahaja. 

Saya terpana dengan ucapannya yang begitu ikhlas. Dan menyimpan kembali uang 
tersebut. 
Pemuda itupun mintak diri untuk kembali ke pejabatnya meninggalkan saya yang 
masih terpesona dengan akhlaknya. 

Sesungguhnya Allah Maha berkuasa atas segala sesuatunya. 
Sayapun beredar pergi sambil mengenang pengajaran yang saya dapat hari itu. 
Sekian 

Alhaqirwalfaqir 
anwar jambak42-,KL


      Get your new Email address!
Grab the Email name you've always wanted before someone else does!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/aa/

-- 
.
Posting yg berasal dari Palanta RantauNet ini, jika dipublikasikan ditempat 
lain wajib mencantumkan sumbernya: ~dari Palanta r...@ntaunet 
http://groups.google.com/group/RantauNet/~
===========================================================
UNTUK DIPERHATIKAN, melanggar akan dimoderasi:
- DILARANG:
  1. Email besar dari 200KB;
  2. Email attachment, tawarkan disini & kirim melalui jalur pribadi; 
  3. One Liner.
- Anggota WAJIB mematuhi peraturan serta mengirim biodata! Lihat di: 
http://groups.google.com/group/RantauNet/web/peraturan-rantaunet
- Tulis Nama, Umur & Lokasi pada setiap posting
- Hapus footer & seluruh bagian tdk perlu dalam melakukan reply
- Untuk topik/subjek baru buat email baru, tidak dengan mereply email lama 
===========================================================
Berhenti, bergabung kembali serta ingin merubah konfigurasi/settingan 
keanggotaan di: http://groups.google.com/group/RantauNet/subscribe

Kirim email ke