Assalamualaikum Adidunsanak sapalanta nan dimuliakan Iko saketek pangalaman nyato dari pihak urang padusi satantang kawin batambuah ko,versi Malaysia:
Masa saya memandu teksi selalu berjumpa dengan pelbagai kalangan manusia dari semua lapisan dan golongan, lelaki dan perempuan, kaya dan miskin, berpangkat dan rakyat biasa.Dan hampir kesemua penumpang yang naik akan saya ajak berbual-bual dan bertukar fikiran dalam topik hangat atau isu semasa untuk mengisi masa perjalanan. Alkisah pada suatu pagi, naiklah seorang wanita separoh baya menaiki teksi saya dan berlakulah perbualan setentang poligami yang tengah hangat masa itu. Bila saya tanya dia tentang poligami langsung saja menjawab,"'akak pun dah bermadu" "Macamana jadi tu Kak?" "Akak dengan abang kau kan selalu sembahyang subuh berjemaah hampir setiap hari dan selepas itu kami masing akan membaca kitab2 agama semisal tafsir, hadis, dll, jadi suatu ketika Akak terbaca suatu hadis yang maksudnya kurang lebih; 'Kalau engkau terasa susah kehidupan selepas berkahwin maka kahwin lah satu lagi' Dan akak agak musykil dengan maksud hadis tsb dan menanyakan dgn Abang artinya tapi abang menjawab sudah terang maksud hadis tsb memang seperti itu. Dalam hati akak berkata ,mungkin ini jawaban dari masalah yg tengah akak hadapi krn akak kan beniaga restoran dan sudah tiga kali tukar kasir kerana masalah duit, jadi mungkin kalau yg jadi kasir di kalangan orang sendiri, semisal madu sendiri/isteri suami, maka masalah kasir ini boleh selesai adanya. ;adi setelah akak fikir2 beberapa hari dan sembahyang istikoroh maka akak mulai yakin diri dan bertanya pada abang apa dia mau berkahwin lagi karena kita tengah susah dlm perniagaan dlm mencari kasir yg boleh dipercaya dan nanti isteri baru itu bolehlah bekerja bersama akak untuk jadi kasir dan akak akan cari sendiri orang yang sesuuai, dan abang menjawab , terpulang kepada awak. Alhamdulillah tak lama akak dah jumpa orang yang sesuai dan pergi meminangkan untuk abang. Dan semuanya berjalan baik dan lancar sahaja, bahkan masa bersanding akak yang uruskan pengantin perempuan tu sampai menyiapkan bilik malam pertama. Dan sekarang akak dengan madu menjalankan restoran denGan baik. Jadi hadis tu memang benar adanya sekarang akak dah senang sikit." "Wah luar biasa kisah akak ni tak pernah saya jumpa" Kamipun sampai di destinasi dan kakak itu pun turun dari teksi selepas membayar tambangnya. +++ Alkisah beberapa tahun kemudian. "Eh bukankah akak yang jumpa dulu yang cerita pasal poligami tu?"Setelah wanita separuh baya menaiki teksi saya. "Betul,eh abang kau dah ada tiga isteri sekarang"jawabnya. "Eh macamana pulak tu Kak?" "Bila akak dah bermadu , akak banyak belajar tentang poligami ni dan akak terjumpa banyak ganjarannya orang atau wanita yang berpoligami ni, diantaranya Allah akan menyediakan mahligai di syurga bagi wanita yang merelakan suaminya berpoligami, jadi akak ingin mendapat peluang ini sebaik2nya dan kalau boleh ingin ganjaran yang sebanyak2nya nanti sebab akak dek sibuk berniaga maka amalan lain masih banyak yg kurang semisal sembahyang sunat puasa sunat dsbnya, jadi kalaulah dgn merelakan suami kahwin lagi akak boleh dapat pahala yg banyak apa salahnya apalagi dek berniaga maka akak kurang masa nak melayan suami. Dan kerana madu akak sama berniaga dengan akak maka kami kurang masa nak melayan suami maka akak berdoa moga Allah member jalan keluarnya. Alhamdulillah tak lama doa akak terjawab akak daPat tahu kalau di pejabat suami di akademik universiti kebangsaan ada seorang wanita yg belum berkahwin dan telah berumur lebih 30 an. Setelah akak bertanya dengan abang dan dia setuju, akak pegi meminang dan alhamdulillah di terima, dan akak dengan madu menguruskan perikahan dan persandingan suami dengan bakal madu yg ketiga itu. Moga Allah melimpahkan ganjaranNya pada kami, begitulah kisahnya dan sekarang abang kau dah beristeri tiga" "Wah hebat sungguh kisah akak ni mudah2 Allah membantu keluarga besar kakak dan kita semuanya" "Terima kasih atas doa awak, jumpa lagi" Jawab nya seraya menghulurkan duit tambang teksi dan berlalu. Anwarjambak42-KL Sent from my BlackBerry® smartphone from Sinyal Bagus XL, Nyambung Teruuusss...! -- . Posting yg berasal dari Palanta RantauNet ini, jika dipublikasikan ditempat lain wajib mencantumkan sumbernya: ~dari Palanta r...@ntaunet http://groups.google.com/group/RantauNet/~ =========================================================== UNTUK DIPERHATIKAN, melanggar akan dimoderasi: - DILARANG: 1. Email besar dari 200KB; 2. Email attachment, tawarkan disini & kirim melalui jalur pribadi; 3. One Liner. - Anggota WAJIB mematuhi peraturan serta mengirim biodata! Lihat di: http://groups.google.com/group/RantauNet/web/peraturan-rantaunet - Tulis Nama, Umur & Lokasi pada setiap posting - Hapus footer & seluruh bagian tdk perlu dalam melakukan reply - Untuk topik/subjek baru buat email baru, tidak dengan mereply email lama =========================================================== Berhenti, bergabung kembali serta ingin merubah konfigurasi/settingan keanggotaan di: http://groups.google.com/group/RantauNet/subscribe
