Dari Bernama Malaysia: 25 Jun, 2011 00:10 AM Isteri Juruterbang Pesawat Ringan Saksikan Sendiri Kejadian Nahas
RAWANG, 24 Jun (Bernama) -- Isteri Allahyarham Kolonel (B) Zakaria Salleh menyaksikan sendiri kejadian pesawat ringan yang dipandu suaminya terhempas semasa mengadakan pertunjukan aerobatik di Minang Aerosport 2011 di Padang, Sumatera Barat, kata salah seorang anak Allahyarham. Nur Ilyani, 29, anak kedua daripada lima beradik, berkata ketika kejadian, ibunya Leila Zurina Ahmad Nordin, 50, yang mengiringi bapanya ke pertunjukan udara itu, melihat pesawat yang dipandu Allahyarham Zakaria terhuyung-hayang, sebelum terhempas. "Bila mama lihat keadaan itu, mama dapat merasakan sesuatu akan berlaku berdasarkan pengalamannya yang pernah melihat kejadian seumpama itu sebelum ini," katanya kepada pemberita di Surau Nur As-Sobirin, Bandar Tasik Puteri, Rawang di sini sebelum jenazah bapanya disembahyang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Country Homes, Rawang, selepas solat Isyak. Zakaria, 57, dari Kelab Penerbangan Diraja Selangor, terbunuh apabila pesawat ringan yang dipandunya dalam pertunjukan aerobatik di Minang Aerosport 2011 jatuh di tanah lapang Kompleks Perundam III Tunggul Hitam, Padang, Sumatera Barat pada 5.24 petang waktu tempatan semalam. Selain Nur Ilyani, Allahyarham turut meninggalkan empat anak iaitu Mohamed Yamen, 30, Hafiedz, 27, Eizat Hakim, 25, dan Farish, 17, serta tiga cucu. Sementara itu, Hafiedz, anak ketiga Allahyarham, berkata kali terakhir beliau bertemu bapanya ialah pada minggu lepas. "Pada minggu lepas, ayah mengajak kami sekeluarga makan di pusat beli-belah The Curve, Damansara sempena Hari Bapa," katanya yang kini menetap di Kedah dan mengetahui kemalangan tersebut beberapa jam selepas itu. Beliau berkata bapanya sering ke luar negara untuk menyertai pertunjukan udara. -- BERNAMA http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=596630 --- In [email protected], "sjamsir_sjarif" <hambociek@...> wrote: > > Tarimo kasih Angku Armen, kompor MakNgah lah dapek mancaliak yutub. > > Iko berita dari Haluan: > http://www.harianhaluan.com/index.php?option=com_content&view=article&id=6099:pilot-malaysia-tewas-&catid=1:haluan-padang&Itemid=70 > > Salam, > --MakNgah > Sjamsir Sjarif > > --- In [email protected], Armen Zulkarnain <emeneschoobie@> wrote: > > > > > > > > Inyiak, iko link terkait dengan barito mantun > > > > http://www.metrotvnews.com/read/newsvideo/2011/06/23/130786/Pesawat-Jatuh-di-Padang-Terekam-Video-Amatir > > > > namun sabalun ambo mintak maaf pabilo kompor inyiak alun juo bisa mancaliak > > flash player, mudah-mudahan alah cegak panyakiknyo. > > > > wasalam > > > > AZ/lk/33th/caniago > > > > > > > > > > ________________________________ > > Dari: sjamsir_sjarif <hambociek@> > > Kepada: [email protected] > > Dikirim: Jumat, 24 Juni 2011 3:40 > > Judul: [R@ntau-Net] Juruterbang Malaysia Meninggal Dalam Nahas Pertunjukan > > Udara Di Padang > > > > Innalillahi wainna ilaihi raajiuun. > > Kita ikut berdukacita dengan peristiwa sedih dalam pertunjukan penerbangan > > di Padang. > > Berita di bawah ini kita baca dari Bernaama. > > Salam, > > Sjamsir Sjarif > > > > > > 23 Jun, 2011 23:50 PM > > > > Juruterbang Malaysia Meninggal Dalam Nahas Pertunjukan Udara Di Padang > > > > JAKARTA, 23 Jun (Bernama) -- Seorang juruterbang Malaysia terbunuh apabila > > pesawat ringan yang dipandunya dalam pertunjukan aerobatik di Minang > > Aerosport 2011 terhempas di tanah lapang Kompleks Perundam III Tunggul > > Hitam, Padang, Sumatera Barat, Khamis. > > > > Juruterbang itu dikenali sebagai Kolonel (B) Zakaria Salleh, 56, dari Kelab > > Penerbangan Diraja Selangor. > > > > Kedutaan Besar Malaysia di sini mengesahkan laporan itu dan usaha sedang > > dilakukan untuk menguruskan penghantaran pulang jenazahnya ke Malaysia. > > > > Konsul General Malaysia di Medan, Norlin Othman berkata pesawat yang > > dipandu Zakaria ialah dari jenis Cristian Eagle dengan nombor pendaftaran > > N21H dan kejadian berlaku pada pukul 5.24 petang waktu tempatan. > > > > Difahamkan bahawa sejumlah lapan pesawat dari Malaysia termasuk pesawat > > malang itu mengambil bahagian dalam pertunjukan udara itu. > > > > Pesawat lain ialah empat buah dari jenis C172, dua pesawat C150 dan satu > > pesawat PA28. > > > > Menurut laporan media tempatan yang memetik seorang saksi, pesawat Eagle > > itu sedang melakukan aksi aerobatik apabila ia tiba-tiba jatuh menjunam ke > > tanah. > > > > Pesawat malang itu juga dilaporkan mengeluarkan asap tebal sebelum menjunam > > ke tanah lapang di Jalan Galaksi. > > > > Sejurus kemudian anggota polis dan Tentera Nasional Indonesia Angkatan > > Udara (TNI AU) mengeluarkan mangsa dan terus membawanya ke Hospital M > > Djamil, Padang. > > > > Polis Padang berkata Zakaria yang cedera parah meninggal dunia di hospital. > > > > Sementara itu di KUALA LUMPUR, seorang rakan mangsa yang enggan dikenali > > berkata Allahyarham Zakaria merupakan bekas anggota Tentera Udara Diraja > > Malaysia (TUDM) dan kini bertugas sebagai juruterbang eksekutif syarikat > > penerbangan Berjaya Air. > > > > Allahyarham berasal dari bandar Country Homes, Rawang, dan telah menyertai > > Berjaya Air sejak empat tahun lepas dan semasa bertugas dengan TUDM, > > Allahyarham merupakan kapten pasukan aerobatik, katanya kepada Bernama > > ketika dihubungi di sini. > > > > Difahamkan isterinya yang hanya dikenali sebagai Laila telah berada di > > Padang, Sumatera sebaik mengetahui kemalangan maut suaminya. > > > > -- BERNAMA > > > > http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=596410 -- . * Posting yg berasal dari Palanta RantauNet, dipublikasikan di tempat lain wajib mencantumkan sumber: ~dari Palanta R@ntauNet http://groups.google.com/group/RantauNet/~ * Isi email, menjadi tanggung jawab pengirim email. =========================================================== UNTUK DIPERHATIKAN, melanggar akan dimoderasi: - DILARANG: 1. E-mail besar dari 200KB; 2. E-mail attachment, tawarkan di sini & kirim melalui jalur pribadi; 3. One Liner. - Anggota WAJIB mematuhi peraturan serta mengirim biodata! Lihat di: http://forum.rantaunet.org/showthread.php?tid=1 - Tulis Nama, Umur & Lokasi disetiap posting - Hapus footer & seluruh bagian tdk perlu dlm melakukan reply - Untuk topik/subjek baru buat email baru, tdk mereply email lama & mengganti subjeknya. =========================================================== Berhenti, bergabung kembali, mengubah konfigurasi/setting keanggotaan di: http://groups.google.com/group/RantauNet/
