"Citik Birik" dalam Bahaso Minang agak jangga kadangarannyo. Namun di Malaysia istilah Cirit Birit ko adoah istilah kedokteran resmi dan elok sebagai pengertian diarhea atau menceret.
Ruponyo di Malaysia ado pulo Padang Terap, mungkin samo atau babalahan jo Padang Tarok, Paayokumbuah, kampuang ayahanda Pak Mohammad Hatta. -- MakNgah Sjamsir Sjarif 24 Murid Sekolah Rendah Di Padang Terap Keracunan Makanan KUALA NERANG, 2 Nov (Bernama) -- Seramai 24 murid Sekolah Kebangsaan Seri Bakti, Padang Terap di sini, yang mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah dipercayai keracunan makanan dikejarkan ke Hospital Kuala Nerang, Rabu. Kejadian membabitkan 16 murid perempuan dan lapan lelaki dari Tahun Dua hingga Tahun Lima yang mengadu mengalami simptom itu selepas minum susu kotak di sekolah mereka pagi ini. Pengarah Pelajaran Kedah Mansor Lat berkata sehingga 1.30 petang, lapan orang iaitu empat lelaki dan empat perempuan masih ditahan di wad, manakala yang lain telah dibenarkan pulang. "Keadaan kelapan-lapan murid itu adalah stabil," katanya ketika dihubungi, di sini. Beliau berkata kejadian mula berlaku kira-kira 9.15 pagi, iaitu selepas sejam setengah murid terbabit meminum susu kotak berkenaan. Jabatan Pelajaran masih menyiasat kejadian itu, manakala susu yang dibekalkan pula masih baru dan belum sampai tarikh luput, katanya. Pengarah Kesihatan Kedah Dr Ismail Abu Taat yang dihubungi, berkata pihaknya telah mengambil sampel susu tersebut untuk ujian. "Kita tidak menolak keracunan dialami pelajar terbabit berpunca dari susu kotak yang mereka minum. Kebanyakan pelajar itu mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah," katanya. http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=624212 -- . * Posting yg berasal dari Palanta RantauNet, dipublikasikan di tempat lain wajib mencantumkan sumber: ~dari Palanta R@ntauNet http://groups.google.com/group/RantauNet/~ * Isi email, menjadi tanggung jawab pengirim email. =========================================================== UNTUK DIPERHATIKAN, melanggar akan dimoderasi: - DILARANG: 1. E-mail besar dari 200KB; 2. E-mail attachment, tawarkan di sini & kirim melalui jalur pribadi; 3. One Liner. - Anggota WAJIB mematuhi peraturan serta mengirim biodata! Lihat di: http://forum.rantaunet.org/showthread.php?tid=1 - Tulis Nama, Umur & Lokasi disetiap posting - Hapus footer & seluruh bagian tdk perlu dlm melakukan reply - Untuk topik/subjek baru buat email baru, tdk mereply email lama & mengganti subjeknya. =========================================================== Berhenti, bergabung kembali, mengubah konfigurasi/setting keanggotaan di: http://groups.google.com/group/RantauNet/
