Harga rendah bukan alasan naik tarif air | | |
Oleh Abu Bakar Rahman
Ketua Dewan Pemuda
PAS Pusat, Salahuddin Ayub mengingatkan perkara itu apabila mengulas kenyataan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Dato' Seri Dr Lim Keng Yaik bahawa kerajaan tidak dapat memberi jaminan bahawa tarif air tidak naik. .
"Harga air sekarang adalah rendah disebabkan bantuan subsidi daripada kerajaan terutama sekali dari segi pinjaman Persekutuan untuk menampung perbelanjaan modal (Capex)," kata Lim ketika menggulung Rang Undang-Undang Industri Perkhidmatan Air 2006 di Dewan Rakyat semalam.
Mengulas lanjut kenyataan Lim itu, Salahuddin berkata, setiap kali kerajaan hendak menaikkan harga, ia bercakap seperti tauke kedai di kampung-kampung yang mendakwa ia harga yang diberikan sebelum ini terlalu murah dan terpaksa dinaikkan.
"Sebelum ini, setiap kali harga minyak dinaikkan, kerajaan berkali-kali menggunakan alasan yang sama iaitu harga minyak di Malaysia lebih murah.
Begitu juga apabila hendak menaikkan tarif elektrik dan baru-baru ini tambang untuk menunaikan haji ke Makkah. Semuanya menggunakan alasan lapuk yang sama, harga kita sebelum ini lebih murah," kata beliau.

Beliau mengingatkan, tidak semua perkara boleh menggunakan alasan harga yang lebih murah kerana kerajaan mempunyai tanggungjawab sosial kepada rakyat.
"Memberi bantuan subsidi untuk mengurangkan bayaran tarif air misalnya adalah tanggungjawab sosial kerajaan untuk kesejahteraan negara keseluruhannya.
Kerajaan mesti sedar bahawa jika ia tidak lagi bersedia menjalankan tanggungjawab sosialnya dengan menarik balik bantuan subsidi misalnya, tindakan itu akan mengakibatkan kenaikan harga yang bertimpa-timpa, kenaikan kadar inflasi dan perkara itu mengancam kesejahteraan sosial," kata beliau.

Dengan kenaikan harga minyak sahaja, kata Salahuddin, kadar inflasi naik setinggi 4.8 peratus Mac lalu,
"Persoalannya, apabila kerajaan hendak menaikkan lagi harga yang mesti dibayar oleh rakyat untuk kemudahan asas, kali ini tarif air selepas harga minyak dan tarif elektrik, sehingga setinggi mana kerajaan hendak membiarkan kadar inflasi meningkat dan seteruk mana rakyat menanggung penderitaan?" tanya beliau.

Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Profesor Emeritus Dr. Mohamed Ariff Abdul Kareem sebelum ini, menyatakan kebimbangan terhadap kadar inflasi yang naik setinggi 4.8 peratus itu dan menyifatkannya sebagai "terlalu tinggi berdasarkan ukuran kami".
Isu Yang Sama, Perspektif Berbeda
wtv8
Saluran Alternatif Anda
di http://wtv8.tv
Setiap Sabtu Jam 9 Malam
Siaran Ulangan Setiap Hari
24 FIFA World Cup tickets to be won with Yahoo! Mail. Learn more
Reformasi-Malaysia: Forum Perbincangan Maya Yang Fokus
Kepada Isu Keadilan, Demokrasi dan Kebenaran.
------------------------------------------------------
Reformasi-Malaysia : A Discussion Forum Focusing on
Issues Related to Justice, Democracy and Truth.
------------------------------------------------------
Untuk diskusi cara langsung, sila berhimpun di:
For real time discussions please join us in:
#ReFORMasi-Malaysia server DALNET
-------------------------------------------------------
Also visit:
http://nyem.hypermart.net
http://selidik.hypermart.net
http://dsreformasi.cjb.net
-------------------------------------------------------
Send a blank e-mail to:
[EMAIL PROTECTED] - to subscribe
[EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe
--------------------------------------------------
If any question or seek for help regarding this list do
not hesitate to send an e-mail to [EMAIL PROTECTED]
SPONSORED LINKS
E government | Us government grants | Conservative politics |
Freedom of _expression_ | Organizational politics | Us government grants for woman |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "reformasi-malaysia" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.