Magic Datuk K, Siti, Mawi dan Ina Source : Roslan SMS Corner Bila Siti dan Datuk K bersanding, Mawi dan Ina pula berdrama, masing-masing secara langsung, KL dikatakan sepi bagaikan Pekan Hantu (Ghost town).
Benarkah demikian? Yang nyata meraih untung adalah RTM dan TV3 yang masing-masing menceduk peluang dari kedua-dua event tersebut. Terlupa KL sebentar tentang kos hidup yang semakin sempit lantaran kenaikkan harga minyak, tarif letrik dan barangan tertentu. Kerana barangkali asyik dibuai keayuan dan kejelitaan Siti (yang tertinggal tudungnya di Masjid Wilayah) maka Najib terlupa sejenak akan sengketanya dengan Tun Dr M walaupun Tun berada di sebelahnya. Barangkali (ini kena rujuk dengan statistik PDRM) kadar jenayah pun menurun semalam kerana perompak dan penyamun juga tidak mahu ketinggalan menonton samada TV1 ataupun TV3 itu. Tak pasti pula samada bilangan jemaah di masjid dan surau-surau juga menurun malam tadi? Demikianlah hebatnya tarikkan penghibur terhadap peradaban dan cara hidup rakyat Malaysia. Demikianlah ketagihnya kita pada hiburan dan yang seronok-seronok. Demi kerananya kita boleh lupa sengketa, kita boleh lupa kesakitan, kita boleh lupa kesengsaraan, demikianlah mabuknya kita semua. Tahniah Datuk K, tahniah Siti. Syabas Mawi, syabas Ina (kerana boleh jadi celebrity lebih hebat dari juara reality show yang terpaksa bersaing untuk menang). Pagi ini rakyat Malaysia masih dibuai keindahan semalam, berebut pula nak mendapatkan akhbar media perdana kerana masing-masing nak tengok pula gambar-gambar Datuk K, Siti, Mawi dan Ina. Kemudian nanti tunggu pula majalah hiburan semua akan meraih untung belaka. Yang jelas akan kayap dan susah adalah kita. Kerana bila dah padam kesan percikkan MAGIC Datuk K, Siti, Mawi dan Ina nanti baru kita kembali merungut, ahhh harga minyak tetap mahal, bil letrik makin mencacak naik, harga barangan tak pernah menjadi murah, gaji tak naik-naik (ada yang dah tak bergaji kerana di VSS kan), apakah kesudahan hidup ini nanti? posted by Roslan SMS __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com Reformasi-Malaysia: Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan, Demokrasi dan Kebenaran. ------------------------------------------------------ Reformasi-Malaysia : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice, Democracy and Truth. ------------------------------------------------------ Untuk diskusi cara langsung, sila berhimpun di: For real time discussions please join us in: #ReFORMasi-Malaysia server DALNET ------------------------------------------------------- Also visit: http://nyem.hypermart.net http://selidik.hypermart.net http://dsreformasi.cjb.net ------------------------------------------------------- Send a blank e-mail to: [EMAIL PROTECTED] - to subscribe [EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe -------------------------------------------------- If any question or seek for help regarding this list do not hesitate to send an e-mail to [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/reformasi-malaysia/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/