Tindakan sekat bantuan khianati mangsa banjir                            
                         
                        
                                       Abu Bakar Rahman      
         Sat | Dec 23, 06 | 03:24:27 PM                        KUALA LUMPUR, 23 
Dis (Hrkh) - Tindakan menyekat bantuan kepada mangsa banjir adalah perbuatan 
terkutuk yang mengkhianati mangsa-mangsa banjir yang menghadapi kesusahan.

 
   
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mahfuz Omar mengutuk tindakan khianat pihak yang 
menyekat bantuan Angkatan Muda Keadilan (AMK) kepada mangsa-mangsa banjir di 
Negeri Sembilan.

 
 "Arahan pihak yang khianat yang tidak membenarkan mana-mana pihak khususnya 
parti politik menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir semata-mata 
untuk menyekat bantuan AMK ternyata berniat jahat kerana Naib Ketua Pemuda 
Umno, Putera dan Puteri Umno boleh pula menghulurkan bantuan," katanya.

 
  
Sepatutnya, kata Mahfuz, semua rakyat Malaysia yang prihatin tanpa mengira 
agama, bangsa dan fahaman politik mempunyai peluang yang saksama untuk membantu 
mangsa-mangsa banjir.

 
  
"Pihak-pihak yang mengkhianati bantuan untuk mangsa-mangsa banjir itu mestilah 
menghentikan dasar apartheid mereka terhadap mana-mana pihak yang mahu 
menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir kerana Exco Johor sendiri 
mengakui bahawa bekalan bahan makanan di pusat pemindahan mangsa banjir tidak 
mencukupi," katanya.

 
  
 Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat 
Johor, Dr Robia Kosai meminta semua pihak, termasuk swasta, agar menghulurkan 
bantuan untuk meringankan masalah yang ditanggung ribuan mangsa.

 
  
"Ia memang tidak dijangka langsung kerana sebelum ini masalah banjir di Johor 
hanya melibatkan kira-kira lima ribu mangsa. Saya hanya mampu berdoa dan 
berdoa. Memanglah ramai yang mengadu dan marah (tidak cukup makanan) tetapi apa 
nak buat, kita berdoalah," Bernama memetik beliau sebagai berkata.

 
  
Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin turut mengakui perkara itu apabila 
berkata, tidak semua bantuan dapat disegerakan.

 
  
 "Kita tahu kekangan yang dihadapi anggota penyelamat dalam keadaan sekarang, 
jadi saya minta mangsa banjir bersabar," Khairy dipetik sebagai berkata oleh 
sebuah akhbar harian.

 
  
Mahfuz meminta pihak yang melakukan pengkhianatan dengan menyekat bantuan 
kepada mangsa-mangsa banjir itu menghentikan segera perbuatan jahat mereka 
kerana ada mangsa banjir yang dilaporkan kelaparan sehingga empat hari.

 
  
"Jangan tutup kegagalan kerajaan (Dato' Seri) Abdullah (Ahmad Badawi) bertindak 
dengan berkesan untuk memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir dengan 
melakukan pengkhinatan terhadap mereka dan menyekat bantuan kepada 
mangsa-mangsa yang serba tidak berdaya dalam kesusahan itu," katanya.

 
  
Dalam kejadian di Negeri Sembilan, kumpulan yang diketuai oleh Pengarah Pusat 
Bantuan Rakyat di bawah AMK Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin telah 
dihalang meneruskan khidmat sukarela mereka, ketika para mangsa ternanti-nanti 
bantuan awal yang belum tiba.

 
  
Tidak cukup dengan itu, pihak polis cawangan khas juga digunakan untuk 
’mengugut’ mangsa banjir dengan merakamkan gambar mereka yang menerima bantuan 
awal daripada AMK.

 
  
Di Felda Sungai Kelamah, AMK juga dihalang memberikan banuan dengan alasan 
arahan telah diberikan supaya tidak membenarkan mana-mana pihak khususnya parti 
politik menghulurkan bantuan kepada mangsa.

 
  
 Ketua kampung di situ telah memohon maaf dan mengaku menerima arahan dari 
Pejabat Daerah dan Polis Daerah untuk menghalang bantuan AMK.

 
  
Bantuan anda diperlukan! PAS menyeru seluruh rakyat Malaysia menghulurkan 
bantuan kepada mangsa banjir melalui Tabung Kebajikan PAS Pusat (no akaun 
Maybank : 564070705537) atau menghubungi Dr Hatta Ramli di talian (019-3398659).

 
  
Setakat ini, pihak Tabung Kemiskinan Harakah (TKH) telah menyerahkan bantuan 
wang ringgit kepada mangsa banjir melalui PAS Johor dan Melaka. 

 Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 

Kirim email ke