Assalammualaikum,

Sudah lama saya tidak menulis. Lebih kurang dua minggu rasanya. Maklumlah
cuti lama. Politeknik pun cuti selama dua minggu. Apa khabar semua? Diharap
sihat-sihat selalu.

Dikesempatan ini saya ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya selama saya
menulis ini ada tersalah kata atau saya terkutuk. Sebab kadang kala isu yang
saya tulis mengaitkan pelbagai pihak.

Sahabat,
Di hari-hari yang mendatang ini, kekadang saya terpikir, Apakah tujuan saya
hidup? Apakah matlamat hidup saya? Apakah yang saya lakukan hari ini adalah
apa yang saya inginkan 10 atau 25 tahun dahulu? Dimanakah saya berada? Apa
target saya 5 tahun akan datang?  Dan bermacam lagi.

Bila kita pikir dan renungkan kembali. Apa yang kita inginkan dan citakan
kebanyakannya tidak tercapai, dan mungkin tercapai juga, tetapi mengambil
masa. Jadi yang perlu ada dalam diri kita hanyalah bersabar.

Di kalangan kita hanya menghadapi satu masalah dalam meneruskan hidup, iaitu
kewangan, tidak kiralah yang kaya mahupun sederhana atau miskin. Bak kata
orang, yang kaya itu memang tetap akan kaya, tetapi untuk pengetahuan anda,
orang kaya sebenarnya hidup dalam keadaan yang tidak tenteram, kerana mereka
sentiasa gusar dengan wang mereka yang banyak. Sebagai contoh, merekalah
yang menjadi mangsa perompak (ini wajib), kalau ada program amal atau
program di tempat tinggal mereka, merekalah juga dicari, mahu ke tidak
mereka terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk menjaga status mereka.
Ini seterusnya akan menjadi sumbangan mereka mungkin tidak ikhlas. Kerana
menderma secara paksa. Bagi golongan yang sederhana, mereka menderma
mengikut kemampuan mereka pada hari yang diperlukan.

Kesimpulannya saudara, saya lebih selesa menjadi golongan yang
sederhana. Banyak sebabnya. Insyaallah saya akan menceritakan tentang hal
ini di penulisan seterusnya. Dalam menangani masalah kewangan kita, banyak
caranya yang kita boleh lakukan. Bagi yang berkemampuan, bolehlah merujuk
masalah anda kepada Financial Planner atau Penasihat Kewangan. Mereka akan
mengajar pelbagai cara dalam menangani masalah anda.

Sebagai contoh, bagaimana anda ingin menggunakan duit pelaburan ASB anda
dalam menjadikan anda seorang Bebas dari masalah kewangan. Ikuti hal ini
dalam penulisan saya akan datang. Insyaallah, jika panjang umur.

Enjoy!

-- 
Silalah lawati website-website saya ini.

http://blogleadertalk.blogspot.com
http://www.SegarNetwork.com/hebat01
http://www.youtube.com/watch?v=obesZRL-_LQ
http://www.maskahwin.com/index.php?ref=BlogLeader
http://tinyurl.com/5w9r3l
http://rm5je.com/?ref=291
http://tinyurl.com/63nngq
http://www.perigiduit.com/?ref=Blew01
http://kuasaduit.webs.com/
http://www.thevideosense.com/user/kuasaduit/

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups 
"resepibanjar" group.
To post to this group, send email to resepibanjar@googlegroups.com
To unsubscribe from this group, send email to [EMAIL PROTECTED]
For more options, visit this group at 
http://groups.google.com/group/resepibanjar?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke