Aku tak minat la benda-benda macam ni... Diantara alasan yang popular
apabila diajak
berusaha atau mencebur diri dalam MLM.. "Aku tak minat..." Saya begitu
kesian kepada
sesetengah diantara mereka yang hidup susah, gaji bulanan paras hidung,
sentiasa
tak cukup setiap bulan, tahun berganti tahun pun tidak berubah...anak ramai
dan bertambah ramai...

Apabila kita datang dengan ikhlas untuk membantu melalui cara berusaha untuk
mengubah
taraf ekonomi melalui MLM..mereka memberi alasan..Aku tidak minat
laaa..benda-benda macam ni...

Sebenarnya bagi saya, MLM lah satu-satunya PELUANG perniagaan bagi
"orang-orang miskin"
untuk mengubah kehidupan mereka.. Kebanyakan orang Islam mengetahui hadis
yang bermaksud
"sembilan persepuluh rezeki adalah dari sumber perniagaan". Memang tidak
dinafikan 90% rezeki
adalah dari sumber perniagaan. Ini terbukti, apabila kita mengambil contoh
orang-orang kaya,
jutawan dan sebagainya..bagaimana mereka boleh menjadi kaya serta
berkehidupan mewah adalah
melalui PERNIAGAAN.

Maka terbuktilah bagi kita, untuk menjadi kaya dan berjaya dari segi
kewangan adalah mesti BERNIAGA...
Persoalannya, perniagaan apa yang nak dilakukan bagi kita yang serba miskin?
(seperti anda dan saya?).
Perniagaan perlu ilmu dan pengalaman, perlu MODAL, perlu kenalan (contact),
perlu juga jadi kroni...
jadi, adakah anda mempunyai semua ini..? Kalau TIDAK ada, lupakan untuk
bersaing di pasaran korporat.

Maka, bagi saya yang miskin dan serba kekurangan, MLM lah satu-satunya
lubang emas, satu-satunya
Lampu Aladdin untuk saya. MLM merupakan PELUANG untuk orang-orang miskin
mengubah nasibnya menjadi
kaya atau menjadi lebih baik dari apa yang kita ada sekarang.

Saya adalah seorang graduan dalam bidang kejuruteraan. Saya adalah
"engineer" di salah sebuah syarikat
terkemuka di Malaysia sebelum ini. Kalau saya masih lagi meneruskan "kerja
makan gaji" di syarikat tersebut,
hari ini upah/gaji bulanan saya sudah mencecah 5 angka setiap bulan.

Kenapa saya sanggup meninggalkan kerjaya profesional saya dan mencebur MLM
yang memang saya tidak minat
dan jauh terpesong dari bidang saya dahulu...??? Kerana saya nampak potensi
MLM...

Saya sebenarnya Langsung TIDAK MINAT dengan kerjaya MLM, tetapi saya memaksa
diri saya untuk melakukannya...
"I forced myself" to do it..!! Apabila saya berjumpa dengan prospek saya
yang bekerja sebagai guru,
dia akan mengatakan, kalau bekerja sebagai guru memang saya MINAT sejak dari
kecil lagi... Kalau yang
bekerja di bidang IT juga akan mengatakan... kalau bidang IT ni... memang
saya MINAT la...
tapi kalau MLM tu tak boleh la.. saya kurang minat.. atau tak minat
langsung....

Persoalannya... setakat manakah Perasaan Minat mereka...? Adakan mereka
faham maksud MINAT itu sendiri..

MINAT - mengikut definasi saya ialah, kita suka kepada sesuatu perkara
tersebut, kita sanggup melakukannya
secara sukarela kerana kita enjoy melakukannya, walaupun tidak mendapat
habuan apa-apa atau dari sesiapa
pun kita tetap minat melakukannya. Sebagai contoh;

Minat mengumpul setem
Mereka sanggup mengumpul dan mencari setem-setem lama tanpa sedikit pun
perasaan untuk mendapat upah.
Mereka sekadar suka buat koleksi pelbagai jenis setem.

Minat bermain bola
Ramai orang atau kanak-kanak di kampung suka bermain bola di padang sekolah
pada waktu petang.
Hampir setiap hari mereka bermain tanpa ada orang suruh atau tanpa ada orang
beri upah tetapi disebabkan
mereka minat maka mereka keluar bermain secara sukarela. Kalau hari hujan
permainan menjadi semakin racak
sebab keadaan padang bola menjadi bertambah licin. Kadang-kadang ada petir
dilangit pun mereka sanggup
bermain dengan leka sebab seronok. Sampai ke waktu maghrib pun mereka terus
bermain. Walaupun berhadapan
dengan risiko petir atau terjatuh disebabkan licin, mereka sanggup bermain
sebab mereka minat...
Sedangkan tidak ada orang yang beri upah atau bayar, tetapi mereka tetap
bermain sebab mereka minat.

Minat memancing
Ramai orang yang minat memancing, mereka sanggup beli rod yang mahal-mahal,
sanggup sewa bot untuk memancing
di laut dalam. Adakah mereka pergi memancing kerana untuk mendapatkan ikan
untuk dijadikan lauk pauk? Atau
adakah mereka pergi memancing kerana mereka minat ..? Saya sangat percaya,
bahawa mereka pergi memancing
adalah kerana mereka minat memancing dan mereka enjoy memancing. Jika tidak
mendapat hasil (tangkapan)
mereka tidak akan kecewa..

Bagi mereka yang berkata saya "MINAT" mengajar (menjadi guru),
atau apa-apa pekerjaan.. tapi MLM saya tak minat..
Cuba fikir sekali lagi... adakah anda faham betul2 maksud MINAT..??

Adakah anda pergi bekerja kerana minat anda kepada pekerjaan itu atau kerana
anda TERPAKSA bekerja
kerana untuk dapat wang..??
Katakanlah majikan anda tidak membayar gaji anda atau majikan secara
suka-suka memotong gaji anda
sebanyak 50% setiap bulan.. apakah perasaan anda..?

Adakah anda memberontak atau anda tak kisah....??[anda sendiri yang jawab]

Jika anda MINAT bekerja disana, maka sudah pasti anda tidak hiraukan sama
ada gaji dibayar ataupun tidak,
sebab anda bekerja bukan kerana gaji tetapi kerana MINAT anda dan anda enjoy
bekerja disana.

Jika anda bekerja kerana untuk mendapat gaji, maka sudah pasti anda
memberontak dan mungkin tidak akan
pergi kerja lagi sekiranya gaji anda tidak dibayar...

Jadi.. anda bekerja kerana MINAT..??? atau kerana terpaksa untuk dapat
Wang..??
Sudah pasti bagi diri saya adalah bekerja kerana terpaksa, semata-mata untuk
mendapatkan wang.
Saya sanggup menghambakan diri saya pada majikan semata-mata untuk mendapat
gaji bulanan.
Saya sanggup jual masa saya serta jual diri saya kepada majikan setiap hari
selama 8 ke 10 jam semata-mata
untuk mendapat wang, walaupun saya tahu bayarannya adalah tidak
setimpal.(itu TIDAK termasuk OT).

Apabila diperkenalkan dengan MLM, maka saya rasa inilah jalan keluar bagi
saya untuk tidak menjual diri saya
kepada majikan lagi.. walaupun saya BENCI MLM dan TAK PERNAH MINAT dengan
MLM. Saya TERPAKSA mengharunginya
walaupun saya tak suka dengan kerja-kerja MLM setelah saya mengkaji POTENSI
yang ada melalui MLM.

Cuba anda kaji faktor-faktor yang mendorong saya seperti dibawah;

1. Tidak perlu modal ringgit yang besar tetapi berpotensi menjana pendapatan
puluhan ribu setiap bulan..
2. Tidak perlu sijil/diploma/ijazah untuk melakukannya...
3. Tidak perlu... macam-macam lagi..

Jadi apa yang anda perlu..??

1. Keinginan yang kuat untuk berjaya - strong desire
2. Sanggup belajar apa-apa ilmu yang diperlukan untuk berjaya di MLM.
3. Bertindak melakukannya dengan prinsip "Never Give UP".

Jadi.. adakah anda bekerja kerana MINAT...??

Tidak... saya melakukannya kerana saya tepaksa demi untuk mendapat wang yang
banyak...
saya tidak boleh hidup dengan hanya bergaji 2 ribu atau 3 ribu atau 10
ribu..
itu sangat kecil...Jangan ego dengan gaji yang sekecil itu..

Saya mempunyai "taste" ialah earning 6 figures monthly... saya ada banyak
komitment...
saya ada banyak tanggungjawab... saya ada AGENDA sendiri...

I Dare to think and I dare to DREAMMMMMMM...
Think Big n Dream BIG...!!!!!!

Khairol:

Daftar Offline http://eneutrimaxb.webs.com
Maklumat RoadShow http://tuandell.blogspot.com
Maklumat Program Perniagaan Ini http://www.al-ishtirak.com.my
Web Rasmi Syarikat http://www.eneutrimax.com

-- 
http://groups.google.com.my/group/al-ishtirak

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups 
"resepibanjar" group.
To post to this group, send email to resepibanjar@googlegroups.com
To unsubscribe from this group, send email to 
resepibanjar+unsubscr...@googlegroups.com
For more options, visit this group at 
http://groups.google.com/group/resepibanjar?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke