Masyarakat dunia perlu pulau matawang Amerika - Dr Mahathir
Ali Bukhari Amir
*
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18646&Itemid=1
*

PUTRAJAYA, 6 Jan (Hrkh) - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed
menggesa masyarakat sedunia agar tidak lagi menggunakan matawang Amerika
dalam sebarang urusan sebagai kaedah menentang Israel. Iklan

"Jangan setakat memulaukan barangan Amerika Syarikat, malah matawang mereka
juga mesti dipulaukan. Jangan guna matawang Amerika Syarikat," katanya pada
satu sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, kelmarin.

"Ini kerana, dollar Amerika tiada apa-apa yang disandarkan nilai kepadanya.
Dan, alasan matawang itu masih digunakan adalah disebabkan orang-ramai masih
menganggapnya sebagai matawang yang bernilai.

"Jika anda berhenti menggunakan matawang Amerika, Amerika tak dapat
berdagang dan tidak dapat banyak duit. Dengan ini, negara itu akan terus
menjadi miskin dan Amerika akhirnya akan menghentikan penghasilan
senjata-senjata," kata beliau.

Tambah beliau, cara ini lebih mudah dan memberikan kesan buruk ke atas
Israel.

Bagaimanapun, menurut Dr Mahathir, usaha memulaukan matawang Amerika ini
menuntut kerjasama seluruh negara di dunia.

"Tindakan ini tidak terbatas kepada Malaysia sahaja. Ini tidak akan
berkesan. Seluruh dunia mesti terlibat. Kerajaan-kerajaan tidak akan
bertindak kerana mereka takut kepada Amerika Syarikat.

"Tetapi, orang-ramai mesti bertindak kerana mereka memiliki kapasiti untuk
berbuat demikian," tambah beliau.

Ketika ditanya adakah bakal Presiden Amerika, Barack Obama mampu mengubah
nasib rakyat Palestin, beliau berkata bakal presiden itu tidak
meyakinkannya.

"Saya tidak fikir Barack Obama boleh. Dia mungkin menarik balik tentera
Amerika Syarikat dari Iraq dan Afghanistan kerana tindakan itu hanya
merugikan negara. Tetapi, dia akan sentiasa menyokong Yahudi dalam serangan
ke atas Palestin."

---

*modal RM10.00 + bonus taja RM244,140.00 + bonus pool RM45,438.00*

*myrm10.com/?ref=1210*

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups 
"resepibanjar" group.
To post to this group, send email to resepibanjar@googlegroups.com
To unsubscribe from this group, send email to 
resepibanjar+unsubscr...@googlegroups.com
For more options, visit this group at 
http://groups.google.com/group/resepibanjar?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke