Siapa Yahudi? Siapa Orang Islam?

SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera
Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel,
nampaknya terlalu berkuasa.

Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan
sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa
sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.

Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah
Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr.
Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai
soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita
semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan,
siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab
surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang
meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).

Begini tulisan beliau:

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta
di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi
ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi
lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman
moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad
ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan
super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl
Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka
berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin
memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat
melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich
menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk
penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai
transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem
endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan
mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald
menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah
Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem
Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga
dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor
rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles
Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel);
Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk
telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren
(Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey
Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna
Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin
Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang
Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright
(bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab
Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov
(bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri
pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin
Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana
Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden
Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes
(Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara
British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas
Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN);
Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald
(Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph
Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New
York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma
AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2
bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah
pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker
adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis,
Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman,
Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas,
Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara
pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron
Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina
(Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over
The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan
Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu
pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal
Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres
meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia
tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di
Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap
lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam,
setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada
beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma
ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga
juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao
Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti
Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang
berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir
90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara
majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus
dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang
sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar
40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2
peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per)
sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh
negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik
per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan
pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus
daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu
pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang
dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama
ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara
nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah
2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah
di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan
perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8
trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman
menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500
bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai
lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya
pelajaran.

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=1534

*---*
**
hantar 10,000 emel dengan sekali klik + bonus taja RM244,140 + bonus pool
RM45,438

*myrm10.com/?ref=1210*

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups 
"resepibanjar" group.
To post to this group, send email to resepibanjar@googlegroups.com
To unsubscribe from this group, send email to 
resepibanjar+unsubscr...@googlegroups.com
For more options, visit this group at 
http://groups.google.com/group/resepibanjar?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke