Palestin: Antara Emosi dan
Realiti<http://kadirjasin.blogspot.com/2009/01/palestin-antara-emosi-dan-realiti.html>
*A Kadir Jasin*

*RAMAI* daripada kita sudah bersembahyang hajat, menunjuk perasaan,
menderma, menulis puisi dan membuat deklarasi.

Semuanya atas nama kemanusiaan dan simpati dengan rakyat Palestin yang
dibom, ditembak dan diletupkan. Berlinang dan bercurahanlah air mata kita.

Jadi pastinyalah kita marah kalau saya unjurkan bahawa perjuangan Palestin
adalah perjuangan sia-sia, perjuangan yang kecewa dan perjuangan yang penuh
pura-pura.

Pedih dan menyakitkan hati. Tetapi itulah realitinya sejak penubuhan negara
Israel - Medinat Yisra'el - melalui rampasan ke atas British Mandated
Palestine oleh pengganas Yahudi pada 14 Mei, 1948.

Sejak itu jugalah jentera propaganda dan peperangan Yahudi bekerja lebih
masa mencuba menghalalkan rampasan mereka ke atas Palestin.

Pada mulanya mereka mendakwa kononnya mereka membebaskan bumi Palestin
daripada penjajahan Inggeris dan Liga Bangsa-Bangsa.

Izinkan saya sedikit ruang dan masa untuk mengemukakan fakta-fakta berikut
untuk pertimbangan pembaca sekalian:

1. Negara-Negara Arab yang berjiran dengan Israel serta merta melanggar
negara itu dan mengulanginya beberapa kali dengan mengalami kekalahan teruk;

2. Akhirnya semakin banyak negara Arab sama ada mengiktiraf Israel dan
menandatangani perjanjian damai dengannya atau tidak lagi memberi keutamaan
kepada isu Palestin;

3. Melalui perang psikologi, Israel dan penyokong Yahudinya dari seluruh
dunia menyusup masuk dan menguasai politik, ekonomi serta media massa
Amerika Syarikat (AS);

4. Israel dan gerakan Yahudi antarabangsa berjaya menjadikan Amerika boneka,
pelindung dan pembiayanya;

5. Menurut John J. Mearsheimer dan Stephen M. Waltdalam tulisan mereka
berjudul "*The Israel Lobby and U. S. Foreign Policy*" (Lobi Israel dan
Dasar Luar Amerika Syarikat), Israel menerima bantuan langsung bernilai AS$3
bilion (RM10.62 bilion) setiap tahun atau 20 peratus daripada bantuan luar
AS;

6. Setiap orang penduduk Israel menerima subsidi daripada AS bernilai AS$500
(RM1,770) setahun walaupun Israel adalah negara perindustrian yang sama
pendapatan per kapitanya dengan Korea Selatan dan Sepanyol;

7. Menurut Perkhidmatan Penyelidikan Kongres Amerika, bantuan kepada Israel
bagi tahun 2007 berjumlah tidak kurang daripada AS$2.5 bilion (RM8.85
bilion). Ini tidak termasuk AS$138 juta (488.5 juta) bagi projek pertahanan
bersama peluru berpandu dan jaminan hutang sebanyak AS$$1.4 bilion (RM4.95
bilion);

8. Purata AS memberikan AS$6.8 juta (RM24 juta) kepada Israel setiap hari
berbanding AS$300,000 (RM1.06 juta) kepada Palestin pada tahun 2007;

9. Janji Amerika membantu Palestin adalah janji kosong sejak daripada
tertubuhnya Medinat Yisra'el pada tahun 1948;
10. President Truman dalam ucapannya pada 28 Oktober, 1948 - lima bulan
selepas rampasan bumi Palestin oleh Yahudi -- antara lain, berkata: "Adalah
tanggungjawab saya memastikan dasar kita di Israel menepati dasar kita di
seluruh dunia; kedua adalah hasrat saya membantu membina negara Palestin
yang kuat, makmur, bebas, merdeka dan demokratik. Ia perlu cukup luas, cukup
bebas dan cukup kuat untuk membolehkan rakyatnya berdikari dan selamat."

*[ "It is my responsibility to see that our policy in Israel fits in with
our policy throughout the world; second, it is my desire to help build in
Palestine a strong, prosperous, free and independent democratic state. It
must be large enough, free enough, and strong enough to make its people
self-supporting and secure."]*

11. Dan bolehkah Barack Obama diharap untuk mengatasi pembohongan AS selama
ini? Pertimbangkan kenyataan beliau ketika kempen pilihan raya Presiden baru
lalu yang berbunyi: "Kita jangan sekali-kali mencuba mengatakan apa yang
terbaik untuk orang Israel dan keselamatan mereka dan tidak seorang pun
Perdana Menteri Israel yang patut diseret ke meja perundingan..."

*[We should never seek to dictate what is best for the Israelis and their
security interests" and that no Israeli prime minister should ever feel
"dragged" to the negotiating table.*..*]*;

12. Yahudi mempunyai perwakilan yang kuat dalam politik nasional AS. Pada
bulan Jun tahun lalu (2008), 7.8 peratus Ahli Kongres adalah Yahudi walaupun
penganut agama Yahudi di AS dianggarkan hanya 1.4 peratus daripada
penduduknya;

13. Kalau AS menjadi boneka, pelindung dan pembiaya Israel, banyak negara
Islam, khasnya negara-negara Arab, menjadi boneka dan pak turut AS;

14. Dari mula lagi banyak negara Arab tidak mahu Hamas berjaya di Palestin.
Hamas adalah singkatan kepada *Harakat al-Muqāwamat al-Islāmiyyah* atau
Pergerakan Penentangan Islam yang terdiri daripada pengikut Sunnah. Ia
ditubuhkan pada tahun 1987 oleh Sheikh Ahmed Yassin, Abdel Aziz al-Rantisi
dan Mohammad Taha yang berupa penggiat Ikhwanul Muslimin cawangan Palestin
pada permulaan gerakan Intifadah pertama;

15. Oleh sebab Hamas diasaskan atas landasan Ikhwanul Muslimin maka ia
dicurigai dan ditolak oleh banyak negara Arab. Ikhwanul Muslimin diharamkan
atau dikawal kegiatannya di banyak negara Arab;

16. Ikhwanul Muslimin atau Persaudaraan Muslim adalah organisasi Muslim yang
diasaskan oleh Hassan al Banna di Mesir pada tahun 1928 berikutan keruntuhan
Empayar Ottoman;

17. Pada mulanya Ikhwanul Muslimin menyokong kerajaan sekular Presiden Gamal
Abdel Nasser tetapi apabila seorang anggotanya dituduh membunuh Perdana
Menteri Mesir, Mahmud Fahmi Nokrashi, pada 28 Dis. 1948, pertubuhan itu
diharamkan dan Al Banna sendiri dibubuh oleh agen-agen perisik kerajaan pada
bulan Februari tahun berikutnya;

18. Majoriti negara-negara Arab tidak demokratik. Mereka bimbang jika
kerajaan Hamas berjaya di Palestin mereka akan menghadapi tekanan daripada
rakyat jelata mereka sendiri agar memperkenalkan demokrasi;

19. Negara-negara Arab sendiri terus bercakaran dan serentak itu menjadi
tali barut kepada hegemoni AS di Asia Barat seperti yang terserlah dengan
sokongan mereka terhadap serangan dan penaklukan AS ke atas Iraq;

20. Akhir sekali, politik Palestin sendiri kucar-kacir akibat
ketidaksepaduan sokongan negara-negara Arab dan persengketaan di kalangan
pelbagai kelompok agama di Asia Barat, khasnya pergeseran antara pengikut
Sunnah dan Syiah.

Bukan tujuan saya melemahkan semangat juang, sokongan dan simpati kita
kepada rakyat Palestin. Tetapi fakta-fakta di atas tidak memberikan
keyakinan bahawa masalah negara dan rakyat Palestin boleh diselesaikan
dengan mudah dan segera.

Untuk mencapai persetujuan mengenai gencatan senjata pun susah. Bayangkan
untuk mencapai keamanan yang berkekalan.

Malah, setiap kali bom Israel membunuh orang Palestin dan pengebom berani
mati Hamas membunuh orang Yahudi, setiap kali itu jugalah satu generasi baru
pejuang di lahirkan

---
hantar 10,000 emel dengan sekali klik + bonus taja RM244,140 + bonus pool
RM45,438 *myrm10.com/?ref=1210*

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups 
"resepibanjar" group.
To post to this group, send email to resepibanjar@googlegroups.com
To unsubscribe from this group, send email to 
resepibanjar+unsubscr...@googlegroups.com
For more options, visit this group at 
http://groups.google.com/group/resepibanjar?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke