1 Apa i-CHARGE?
i-CHARGE merupakan suatu produk elektronik istimewa yang meliputi 3 sistem, 
iaitu, Sistem Pemantap Voltan (VSS), Sistem Doktor Bateri (BDS) dan Sistem 
Pengurangan Gangguan (IRS).

2Bagaimana i-CHARGE meningkatkan keberkesanannya? Apakah kelebihan-kelebihan 
yang boleh kita nikmati selepas i-CHAGRE dipasang?
Pemantap Voltan i-CHARGE akan membantu kereta anda sentiasa berkeadaan optimum. 
Sistem Pemantap Voltan (VSS) i-CHARGE khas direka cipta untuk melindungi semua 
litar dan kelengkapan elektronik dalam kereta, supaya ia memiliki bekalan kuasa 
voltan yang stabil. Apabila kereta terpaksa menampung muatan yang lebih, 
seperti memecut kereta atau memasang alat penyaman udara, kuasa voltan daripada 
sistem elektronik yang lain akan disalurkan kepada sistem ini demi menggerakkan 
sistem elektronik yang baru ini. i-CHARGE berfungsi untuk mengelakkan bekalan 
kuasa voltan itu menjadi lemah secara tiba-tiba. Ini kerana ia berupaya untuk 
menyimpan, membebaskan tenaga dan menstabilkan litar elektronik pada masa yang 
sesuai. Dengan itu, ia dapat memastikan semua kelengkapan elektronik kereta 
beroperasi dengan lancar. Reka bentuk i-CHARGE kedua pula tentang Sistem Doktor 
Bateri (BDS) yang membantu anda memeriksa dan mengesan kuasa voltan bateri. Apa 
yang anda perlu buat, cuma tekan satu lampu LE!
 D (MERAH) yang direka khas pada papan i-CHARGE, tanpa membuka hud enjin 
kereta. Apatah pemandu wanita juga mampu mengendalikannya dan memahami keadaan 
bateri secara mudah. Reka bentuk i-CHARGE ketiga, Sistem Pengurangan Gangguan 
(IRS) yang berfungsi untuk mengurangkan gangguan bunyi bising yang dihasilkan 
oleh komponen elektronik kereta. Ia juga mengelakkan isyarat elektronik 
daripada terganggu dan berlakunya kesilapan. Kini, kereta menggunakan pelbagai 
jenis komponen elektronik, seperti badan manusia. Ia bukan saja mengandungi 
reseptor (seperti saraf tunjang tangan), reflektor (seperti sistem saraf 
motor), isyarat maklumat yang diterima oleh penggerak (seperti penderia 
gegaran) dan dihantar kepada Unit Penyelenggaraan Pusat (CPU) kereta untuk 
pemprosesan. Kemudian, maklumat baru akan dihantar kembali kepada reflektor 
(seperti palam pencucuh) untuk proses pembetulan kesilapan. Gangguan bunyi 
bising akan menjejaskan ketepatan CPU kereta untuk bergerak balas. IRS 
berperanan u!
 ntuk menapiskan semua isyarat bunyi bising dan membolehkan ker!
 eta bero
perasi dalam keadaan yang berisyarat bunyi rendah, sehingga pemindahan isyarat 
di antara reseptor dan reflektor dalam kereta boleh berlaku dengan lebih tepat 
dan berkesan.

3Bagaimana i-CHARGE dipasang dan diguna?
Cara penggunaan i-CHARGE semudah membaca ABC. Ia boleh digunakan serta-merta 
selepas anda memasang soket i-CHARGE pada suis pencucuh.

4Berapa lama jangka hayat i-CHARGE?
Biasanya, jangka hayat purata untuk produk elektronik bertahan selama 5 tahun, 
begitu juga dengan ramalan jangka hayat i-CHARGE. Namun, jika anda 
menggunakannya dengan cermat, ia boleh bertahan lebih lama, kira-kira 10 tahun.

5Bagaimana anda tahu i-CHARGE tak berfungsi lagi?
Secara teorinya, i-CHARGE akan beroperasi sepanjang masa, kecuali ia rosak. 
Anda boleh tekan Butang Doktor Bateri untuk memeriksa sama ada lampu LED HIJAU 
masih menyala. Kalau ya, ini bererti i-CHARGE berkeadaan baik. Jika lampu LED 
terpadam, ini juga tidak bererti i-CHARGE bermasalah. Namun, kami menasihatkan 
anda agar memulangkannya kepada syarikat untuk pemeriksaan. Jika ia masih dalam 
waranti, syarikat akan membaiki atau menggantikannya dengan i-CHARGE yang baru 
secara percuma.

6Ketika anda tekan Butang Doktor Bateri, lampu LED MERAH atau LED HIJAU 
menyala, apa maksud tanda-tanda ini?
Ini reka bentuk i-CHARGE yang khas diciptakan untuk bateri kereta. Kedua-dua 
situasi ini memaklumkan anda :
a) Lampu LED HIJAU menyala  : Kuasa voltan normal, bateri berkeadaan baik.
b) Lampu LED RED menyala : Kuasa voltan abnormal, periksa bateri sama ada ia 
perlu digantikan.

7Bila i-CHARGE mula beroperasi?
Biasanya, i-CHARGE akan mula beroperasi selepas suis pencucuh kereta dipasang 
untuk beberapa saat.

8Adakah i-CHARGE akan merosakkan kereta jika berlaku kerosakan?
Tidak, sebab i-CHARGE hanya satu kelengkapan tambahan yang disambungkan kepada 
bateri kereta menerusi suis pencucuh. Ia bertindak sebagai pengawal kereta 
saja. Apabila ia berhenti berfungsi, kereta tetap akan beroperasi seperti 
keadaan biasa semula, tanpa mendatangkan apa-apa kesan kepada kereta. Sudah 
tentu, anda tidak dapat menikmati kelebihan-kelebihan yang ada pada i-CHARGE 
lagi. Namun, anda boleh menikmati kelebihan i-CHARGE semula dengan membelinya 
daripada pengedar yang terdekat jika anda rasa perlu.

9Adakah fungsi i-CHARGE akan terjejas jika ia selalu ditukar alih?
Biasanya, fungsi i-CHARGE tidak akan terjejas selagi ia digunakan secara 
cermat. Tapi, kami mengesyorkan, lebih baik 1 unit i-CHARGE dipasang untuk 
sebuah kereta, sebab tindakan mengalih i-CHARGE yang berulang kali mungkin akan 
merosakkan suis pencucuh kereta dan soketnya. Jika anda fikir i-CHARGE, suatu 
produk yang baik, anda harus memasang setiap i-CHARGE pada kereta yang 
berlainan. Jangan selalu mengalihkannya dari sebuah kereta kepada kereta yang 
lain, kerana tindakan ini akan menyingkatkan jangka hayatnya.

10Adakah kereta akan rosak jika i-CHARGE tidak digunakan buat seketika dan 
kemudian digunakan semula?
Tidak, sebab ketika anda berhenti menggunakan i-CHARGE, kereta akan beroperasi 
seperti keadaan biasa semula. Selagi anda menggunakannya semula, awak akan 
berpeluang menikmati segala kelebihan yang diperuntukkan oleh i-CHARGE semula.

11Adakah i-CHARGE selamat digunakan?
Ya, ia amat selamat digunakan, sebab daya gerak i-CHARGE disalurkan oleh arus 
elektrik terus (DC) bateri kereta, yang tiada sinaran radioaktif dan gelombang 
magnetik. Ia hanya akan memudaratkan badan manusia apabila ia menggunakan arus 
elektrik ulang-alik (AC) seperti peralatan elektronik rumah kerana ia 
membebaskan gelombang magnetik elektrik. Selain itu, pemasangan i-CHARGE tidak 
perlu mengubahsuai sebarang alat-alat kelengkapan kereta dan tidak akan 
merosakkan kereta anda.

12Bolehkah i-CHARGE dipasang untuk motosikal?
Boleh, keberkesanannya adalah sama dengan pemasangan kereta. Tetapi, kebanyakan 
motosikal tiada suis pencucuh. Anda perlu mencari pakar untuk memasang sistem 
wayar dan soket suis pencucuh di luar, supaya i-CHARGE boleh dipasang. Anda 
juga boleh mendapat khidmat nasihat daripada syarikat.

13Bagaimana i-CHARGE menjimatkan penggunaan petrol kereta?
Penjimatan petrol banyak bergantung kepada penyalaan enjin kereta. Penyalaan 
ini pula dipengaruhi oleh kuasa voltan pencucuh. Para mekanik atau pakar kereta 
memang jelas bahawa kuasa voltan pencucuh adalah di antara 12000-14000 volt. 
Mustahil mereka memasangkan pencawang elektrik yang berkuasa tinggi di dalam 
kereta. Dengan itu, pakar kereta pun bijak menyalurkan arus aruhan daripada 
bateri yang berkuasa 12V untuk menghasilkan kuasa voltan pencucuh yang lebih 
tinggi, supaya bekalan arus menjadi lebih rendah dan selamat digunakan. Tetapi, 
ada satu masalah yang akan timbul. Jika arus aruhannya diperkuatkan sebanyak 
1000 kali ganda (12V akan menjadi 12000V), ini bererti, perubahan arus sebanyak 
0.1V dalam bateri akan meningkatkan kuasa palam pencucuh sebanyak 100V, yang 
mengakibatkan proses pembakaran petrol enjin tidak lengkap dan membazirkan 
petrol. i-CHARGE berfungsi untuk menstabilkan kuasa voltan bateri. Apabila ia 
mengesani ada perubahan arus elektrik, ia akan menyimpan d!
 an membebaskan tenaga pada masa yang sesuai, supaya kuasa voltan bateri dan 
suis pencucuh dikekalkan. Dengan itu, proses pembakaran petrol yang lebih 
sempurna akan berlaku dan kos petrol boleh dikurangkan secara berkesan.

14Adakah i-CHARGE akan menyingkatkan jangka hayat bateri kereta?
Mungkin anda rasa musykil, jika i-CHARGE boleh menyimpan dan menyalur tenaga 
daripada bateri kereta, pasti penggunaan kuasa voltan bateri bertambah 
berbanding dengan masa sebelum ia dipasang. Padahal, keadaan sebaliknya pula 
berlaku, kerana i-CHARGE berfungsi sebagai bateri kereta yang kedua. Ia bukan 
saja membantu alat-alat kelengkapan elektronik kereta berjalan lancar, malah 
mengurangkan bebanan dan kuasa voltan bateri yang tinggi, dan seterusnya 
memanjangkan jangka hayat bateri. Selain itu, Sistem Doktor Bateri juga 
membolehkan anda memeriksa kuasa voltan bateri dengan lebih mudah. Oleh itu, 
i-CHARGE hanya memanjangkan jangka hayat bateri, sepertimana kita menjalani 
pemeriksaan kesihatan badan secara tetap.

15Adakah tenaga bateri akan kehausan jika i-CHARGE masih dipasang selepas enjin 
kereta dimatikan?
Selepas enjin kereta dimatikan, i-CHARGE tidak akan merosakkan bateri kereta 
jika ia masih dipasang. Ini kerana kebanyakan kereta memiliki reka bentuk yang 
tersendiri. Suis pencucuh akan berhenti beroperasi (mengelakkan ia terbakar 
sendiri) selepas enjin dimatikan. Lantaran pemutusan litar elektrik, kuasa 
voltan bateri tidak akan kehausan. Lagipun, i-CHARGE hanya memerlukan kuasa 
voltan yang kecil untuk beroperasi, berbanding dengan kapasiti bateri yang 
besar. Namun, kami ingin mengesyorkan, jika anda tidak menggunakan i-CHARGE 
untuk beberapa minggu atau bulan, lebih baik litar elektrik bateri diputuskan, 
sebab kelengkapan elektronik kereta akan menghauskan kuasa bateri lebih cepat 
daripada i-CHARGE tanpa mengira ia digunakan atau tidak. Bagi pemilik motosikal 
pula, anda dinasihatkan agar mencabut i-CHARGE keluar demi mengelakkan sebarang 
kecurian dan kehausan bateri berlaku. Ini kerana kapasiti bateri motosikal 
adalah jauh lebih kecil daripada kereta, jadi, kuasa voltan bat!
 erinya lebih cepat menjadi kehausan. Justeru itu, baik i-CHARGE dicabut 
selepas enjin motosikal dimatikan.

16Siapa sasaran utama dalam penggunaan i-CHARGE?
Jangan anda ingat, i-CHARGE hanya direka cipta khas untuk para pemilik kereta 
yang cenderung untuk mengubahsuai atau menghiasi kereta mereka. Sebenarnya, ia 
dihasilkan untuk setiap pemilik kereta, terutamanya kereta lama atau alat-alat 
elektronik yang berkuasa voltan lemah. Namun, segala kecacatan tersebut boleh 
diatasi dengan pemasangan i-CHARGE kerana ia bukan saja mudah dipasang, apatah 
menyalurkan kuasa voltan yang stabil kepada semua alat elektronik supaya 
berfungsi dengan lebih cekap. Lebih-lebih lagi pada masa harga petrol yang kian 
melambung tinggi ini, ia banyak menjimatkan kos penggunaan petrol enjin anda. 
Jadi, belilah i-CHARGE, satu tindakan yang bijak bagi anda! Selain itu,   
i-CHARGE juga sesuai digunakan untuk semua jenis kenderaan, misalnya kereta 
peribadi, limusin, kereta RV, lori, bas dan sebagainya tanpa mengira ia 
mengguna petrol, diesel, petrol plumbum atau bukan plumbum. 

17Apakah perbezaan di antara i-CHARGE dengan produk-produk berjenama lain?
i-CHARGE boleh menjadi unik dalam pasaran produk, kerana ia berasaskan "Sistem 
3 Dalam 1", dikemukakan oleh syarikat Jepun ZERO-MAX yang berpengalaman dan 
menggunakan teknik yang mahir dalam penghasilan produk kereta buat 
berpuluh-puluh tahun. Mereka juga sentiasa meningkatkan teknologi untuk 
menghasilkan produk yang berkualiti tinggi demi memanfaatkan para pengguna. 
Sesungguhnya, i-CHARGE menggunakan komponen-komponen elektronik yang berkualiti 
tinggi dan bahan aloi aluminium yang lebih tahan terhadap kepanasan dan gegaran 
yang kuat berbanding dengan produk-produk berjenama lain. Dengan bersadur aloi 
aluminium sebagai pembalut, i-CHARGE berupaya mengatasi perubahan cuaca dan 
kelembapan yang melampau demi melindungi sistem litar elektrik i-CHARGE. Selain 
itu, ia juga merupakan satu-satunya pemantap voltan elektrik yang dicipta dalam 
pasaran dengan menyambungkan soketnya kepada suis pencucuh dalam kereta secara 
langsung. Produk yang berjenama lain pula perlu dipasang ke dalam!
  petak enjin kereta yang mungkin terdedah kepada suhu panas yang tinggi, 
bahan-bahan kimia dan gegaran. Pasti anda boleh bayangkan, sama ada i-CHARGE 
yang dipasang di dalam kereta atau produk lain yang dipasang di dalam petak 
enjin mempunyai jangka hayat yang lebih panjang, lebih-lebih lagi di bawah 
bahangan matahari yang terik seperti di Malaysia?

18Mengapa i-CHARGE tidak boleh dipasang atau dicabut daripada suis pencucuh 
semasa kereta dipandu?
Anda tidak digalakkan untuk berbuat sedemikian memandangkan tindakan tersebut 
akan memudaratkan Unit Penyelenggaraan Pusat (CPU) atau sistem perlindungan 
litar elektrik (misalnya fius) akan terbakar. Semasa i-CHARGE beroperasi, kadar 
aliran arus elektrik negatif akan menjadi lebih tinggi dan stabil. Jadi, VSS 
memerlukan kuasa voltan yang lebih tinggi untuk mengawal kestabilan voltan yang 
disalurkan kepada alat-alat elektonik dalam kereta. Jika anda tiba-tiba 
mencabut soket i-CHARGE keluar, ia akan mengakibatkan CPU mudah menjadi rosak. 
Tindakan ini sama seperti anda mencabut soket komputer daripada sumber arus 
elektrik dan menyebabkan formula program komputer terganggu. Dalam hal ini, 
i-CHARGE dilengkapi 2 pelindung fius dalam soket dan litar elektrik supaya 
keselamatan anda dijaga. Selain itu, syarikat juga memberi satu tambahan fius 
untuk soket bagi setiap pembelian i-CHARGE supaya pengguna boleh menukarnya 
jika kemalangan berlaku. Namun, anda dinasihatkan agar menghantar !
 i-CHARGE kepada syarikat untuk pemeriksaan. Jika perubahan kuasa voltan bukan 
ketara sangat, i-CHARGE masih mampu menyesuaikannya dalam masa yang cukup dan 
tidak akan menjadi masalah jika anda mencabutnya secara tidak sengaja. Sama ada 
produk itu i-CHARGE atau produk elektronik yang lain, anda tetap dinasihatkan 
supaya jangan mencabut i-CHARGE sesuka hati ketika kereta dipandu demi menjaga 
jangka hayatnya.

Terima kasih
-- 
Inovasi Terkini Penjagaan kereta
I-charge: http://i-charge.net 
Maklumat lagi sila tengok
http://niagaonline.biz/i_charge.htm 

Berminat? Sms 0129250789

kami mencari rakan niaga yg berminat utk menjadi wakil kawasan anda. 
(malaysia/indonesia/singapura/brunei)

wassalam

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups 
"resepibanjar" group.
To post to this group, send email to resepibanjar@googlegroups.com
To unsubscribe from this group, send email to 
resepibanjar+unsubscr...@googlegroups.com
For more options, visit this group at 
http://groups.google.com/group/resepibanjar?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke