Dedah laporan pencapaian murid merosot

KUALA LUMPUR 9 Feb. - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
kesal dengan tindakan Kementerian Pelajaran tidak mendedahkan laporan Trends
in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007) yang menunjukkan
kemerosotan pencapaian murid negara ini dalam Matematik dan Sains.

Setiausaha Agung PKPIM, Khairul Anwar Shazali mendakwa hasil kajian anjuran
International Association for the Evaluation of Educational Achievement
(IEA) itu juga mendapati, majoriti negara yang menduduki tangga teratas
dalam kajian itu menggunakan bahasa kebangsaan masing-masing sebagai bahasa
pengantar dalam pembelajaran kedua-dua subjek berkenaan.

"Laporan TIMSS 2007 yang diiktiraf di peringkat antarabangsa itu seharusnya
menjadi kayu ukur letak duduk pelajar Malaysia di arena antarabangsa. Ia
turut menggambarkan betapa program Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah merudumkan prestasi pelajar
Malaysia dalam Matematik dan Sains," katanya dalam satu kenyataan di sini.

TIMSS 2007 adalah kajian perbandingan antarabangsa yang mengkaji pelaksanaan
dan keberkesanan kurikulum Sains dan Matematik dan Malaysia telah terlibat
di dalam kajian ini sebanyak tiga kitaran iaitu pada 1998 hingga 2000, 2001
hingga 2004 dan 2005 hingga 2008.

Seramai 4,466 pelajar tingkatan dua, 150 guru Matematik dan 150 guru Sains
yang mengajar pelajar tingkatan dua daripada 150 sekolah seluruh negara
telah mengambil bahagian dalam kajian itu.

"Perlu diberi perhatian bahawa murid Tingkatan Dua yang menjadi responden
kajian ini adalah generasi pelajar Malaysia yang melalui program PPSMI, jadi
dapatan TIMSS 2007 ini turut memberi gambaran akan keberkesanan PPSMI," kata
Khairul Anwar.

Beliau berkata kedudukan Malaysia daripada 49 buah negara yang mengambil
bahagian di dalam TIMSS 2007 bagi mata pelajaran Matematik berbanding 46
buah negara dalam TIMSS 2003, telah merosot daripada kedudukan tempat ke-10
kepada tempat yang ke-20.

"Skor purata murid Malaysia bagi mata pelajaran Matematik ialah 474
berbanding skor purata antarabangsa iaitu 500. Skor ini juga telah merosot
sebanyak 34 mata pada 2007 berbanding 508 pada TIMSS 2003.

"Negara-negara yang mempunyai skor purata yang lebih tinggi dan perbezaanya
adalah signifikan berbanding Malaysia ialah China Taipei (598), Korea (597),
Singapura (593), Hong Kong (572), Jepun (570), Hungary (517) dan Rusia
(512)," katanya.

Katanya, kedudukan Malaysia bagi mata pelajaran Sains juga telah merosot
daripada kedudukan tempat ke-20 (TIMSS 2003) kepada tempat ke-21 pada TIMSS
2007.

"Skor purata Malaysia (Sains) juga telah merosot sebanyak 29 kepada 471
(TIMSS 2007) berbanding Singapura (567), China Taipei (561), Jepun (554),
Korea (553), England (542), Hungary (539), Australia (515) dan Sweden
(511)," katanya.

Khairul Anwar juga mengulangi pendirian PKPIM yang menolak dan membantah
pelaksanaan PPSMI. - BERNAMA

*
<http://dajjal.wordpress.com/2008/06/12/rahsia-misi-dajjal-di-timur-tengah/>
*
---
hantar 10,000 emel dengan sekali klik + bonus taja RM244,140 + bonus pool
RM45,438
** <http://myrm10.com/3618>*myrm10.com/?ref=1210*

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups 
"resepibanjar" group.
To post to this group, send email to resepibanjar@googlegroups.com
To unsubscribe from this group, send email to 
resepibanjar+unsubscr...@googlegroups.com
For more options, visit this group at 
http://groups.google.com/group/resepibanjar?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke