Budaya Hari Kekasih bercanggah syariat Islam
Oleh Hasliza Hassan
hasl...@bharian.com.my


Sambutan 14 Februari sebenarnya banyak berkaitan amalan ritual penganut
Kristian

TIBANYA 14 Februari tidak lengkap tanpa peringatan supaya umat Islam tidak
menyambut Hari Kekasih atau Valentine's Day yang sudah menjadi sebahagian
budaya masyarakat khususnya generasi muda sekarang.

Ada berpendapat usah dibangkitkan isu itu kerana hanya akan menjadi pencetus
kepada amalan bercanggah dengan syariat Islam. Namun, ada baiknya
dibincangkan perkara ini sebagai peringatan kepada mereka yang sudah
memasang niat untuk meraikannya.

Malah, ia sebagai penjelasan kerana ada yang cuba menghalalkan sambutan Hari
Kekasih ini supaya perancangan meraikannya tidak dipandang serong dengan
pendapat, ia adalah hari untuk menterjemahkan perasaan kasih sayang bukan
saja kepada kekasih, malah juga keluarga serta sahabat handai.

Hakikatnya, apa juga alasan diberikan untuk membolehkan Hari Kekasih
disambut terutama oleh golongan muda Islam, Panel Kajian Aqidah (PKA) dan
Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
memutuskan bahawa amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan
bertentangan dengan ajaran Islam.

Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia
kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan:
"Bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan Islam. Roh
perayaan itu mempunyai unsur Kristian, amalannya yang bercampur dengan
perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan
meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam."

Buku Elak Sambut Valentine's Day terbitan Jakim membincangkan secara lanjut
alasan mengapa umat Islam dinasihatkan supaya tidak meraikan hari yang
mengambil sempena nama paderi besar Kristian Saint Valentine.

Berdasarkan fakta dalam buku itu, bagi merungkaikan isu kenapa umat Islam
perlu elak menyambut Hari Kekasih, ialah dengan mendalami dan memahami
apakah maksud Valentine itu sendiri serta asal usul ia menjadi sebuah
perayaan.

Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah
berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang
juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud: kuat, aktif,
sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology dand History
of First Name).

Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang
paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol
iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang berjaya menumpaskan kerajaan Islam
di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 masihi begitu bermakna bagi Ratu
Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri.

Justeru, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi
merayakan kemenangan itu dengan dinamakan hari Valentine.

Ada tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine. Pertama, Hari Valentine
bermula ketika pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari
sebagai hari cuti orang Juno, ratu kepada dewa dan dewi Rom.

Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan
tradisional masyarakat Rom iaitu mana pada malam pesta berkenaan, nama gadis
Rom ditulis atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan
mencabut nama dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi
pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 masihi, St Valentine
dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh
Raja Claudius II (268-270 masihi). Pada waktu itu Raja Claudius membatalkan
semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terbabit dalam
peperangan.

Menyedari hakikat itu, St Valentine dan St Marius mengahwinkan orang
Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan itu, St
Valentine ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga
mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari tahun 270 masihi.

Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan
dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari
memperingati kematian St Valentine sebagai upacara keagamaan.

Pendapat ketiga pula menyatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang
paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari
Sepanyol iaitu St Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua
tertinggi selepas Pope.

Apabila St Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya
dari pengamal Protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan
kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St Valentine adalah
paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan,
lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.

Tindakan St Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya
itu menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat
sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St
Valentine sendiri.

Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine adalah perayaan
keagamaan yang disambut orang Kristian. Malah jika merujuk kepada kenyataan
pihak Kristian hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu
ritual dalam agama Kristian.

Laman web Spiritrestoration,org : The Premier, Ecumenical Christian Website.
A Resource For Mature Christians and Scholars di bawah tajuk Pengertian
Hari-Hari Suci Keagamaan – indeks Saint Valentine's Day menyebut: Perayaan
Kristian terhadap kecintaan kepada Tuhan, dipersembahkan buat Jesus dan di
kalangan penganut Kristian. St Valentine adalah syahid abad ketiga. Hari ini
dilihat begitu meluas sekali dirayakan di Amerika Syarikat sebagai perayaan
cinta di zaman sekular.

Termaktub dalam laman web Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa walau
dalam apa juga versi berkenaan dengan St Valentine, kesemua mereka dianggap
sebagai syahid. Petikan menyebut: 'sekurang-kurangnya ada tiga orang St
Valentine yang berbeza, semua mereka adalah syahid, ia disebut sebagai
golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari.'

Berdasarkan fakta itu, jelas sekali Hari Valentine adalah perayaan yang
menjadi amalan ritual agama Kristian. Ini sekali gus bercanggah dengan
prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup
agama lain lebih-lebih lagi dalam soal membabitkan akidah Islam.

Islam sangat prihatin serta menginginkan supaya umatnya mempunyai identiti
tersendiri dan berbeza dengan umat lain. Kerana itu penghayatan akidah
Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi yang ada pada
umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain.

Dalam erti kata lain, umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan
amalan ibadat agamanya dengan akidah dan ibadat agama lain.

Firman Allah yang bermaksud:*
"Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa
yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah.
Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu
beribadat dan secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku
agamaku."
(Surah al-Kafirun, ayat 1-6) *

Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat
lain dalam hal bersifat individu seperti dalam hal berpakaian, minuman,
hiasan rumah, gaya hidup, penampilan yang dikhuatiri bercanggah dengan
identiti dan syariat Islam.

Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya
dan cara hidup orang bukan Islam berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud: "Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami
maka ia akan ditolak." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

*
<http://dajjal.wordpress.com/2008/06/12/rahsia-misi-dajjal-di-timur-tengah/>
*
---
hantar 10,000 emel dengan sekali klik + bonus taja RM244,140 + bonus pool
RM45,438
** <http://myrm10.com/3618>*myrm10.com/?ref=1210*

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups 
"resepibanjar" group.
To post to this group, send email to resepibanjar@googlegroups.com
To unsubscribe from this group, send email to 
resepibanjar+unsubscr...@googlegroups.com
For more options, visit this group at 
http://groups.google.com/group/resepibanjar?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke