Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Salman Hamat
a...@hmetro.com.my
http://www.hmetro.com.my/Monday/BeritaUtama/20090223083644/Article

KUALA LUMPUR: Pelbagai jenis ilmu pembomohan dijualnya, bahkan berunsur
jahat semata-mata untuk mendapatkan wang.

Dengan hanya membayar RM30, sesiapa saja boleh mempelajari ilmu seperti
perangsang, (membangkit berahi wanita), menghilangkan diri, pelaris, membuat
minyak pengasih, penunduk, tarik duit, cinta berahi dan memikat suami yang
ditawarkan sebuah laman web ilmu pengasih.

Laman web itu bagaimanapun mencampur adukkan ayat suci al-Quran dengan
pelbagai mentera yang dianggap menyeleweng daripada ajaran Islam.

Ini seolah-olah memperdagangkan ayat suci al-Quran untuk kegiatan ke arah
kesesatan.



Ilmu pembomohan itu tidak ubah seakan tuisyen gaya pos yang popular satu
masa dulu apabila individu boleh mempelajari sendiri ilmu berkenaan selepas
menerima panduan dikirim menggunakan e-mel pelanggan.

Bagi mengumpan pelanggan, pengendali laman web terbabit turut mendakwa ilmu
ditawarkan bukan saja laris di pasaran tempatan tetapi juga luar negara.

Antara pelanggan luar yang dikatakan menempah ilmu terbabit dari New
Zealand, Australia dan Amerika Syarikat, Britain serta beberapa lagi negara
Eropah.

Dakwa pengendali itu lagi, ada pelanggan dari luar negara yang taksub
mempelajari ilmunya sanggup berbual melalui telefon berjam-jam untuk
mendapatkan petua, keberkatan serta menjamin kemujaraban ilmu dipelajari
daripadanya.

Bukan itu saja, dia yang mendakwa sudah berkahwin menceritakan kisah
hidupnya sebelum ini yang dipenuhi peristiwa duka.

Tetapi, kini, kehidupannya berubah selepas dia mengamalkan pelbagai ilmu
berkenaan daripada seorang guru.

Apabila merasakan hidupnya mulai senang, dia mengambil keputusan untuk
berkongsi amalan terbabit dengan menjualnya kepada umum melalui online.

Bagi individu berminat melanggan produknya, mereka diperlukan membuat
bayaran menggunakan akaun bank atau kad kredit.

Curiga dengan laman web terbabit, wartawan Harian Metro cuba menghubungi
pengendali laman web berkenaan menggunakan telefon bimbit tertera.

Namun, panggilan tidak dijawab dan sengaja diputuskan.

Sementara itu, pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, ketika diminta
mengulas kewujudan laman web aneh itu, berkata teknik pembelajaran
sedemikian tidak digalakkan agama berikutan boleh mengakibatkan akidah umat
Islam disongsangkan.

Katanya, doa daripada ayat suci al-Quran serta mentera yang diragui
maksudnya boleh menyesatkan umat Islam.

"Ia dicurigai menyeru makhluk lain jika diamalkan tanpa meminta nasihat
daripada pakar agama.

"Lebih merisaukan mengikut hadis Rasulullah, teknik pembelajaran tanpa
berguru boleh diibarat seperti berguru dengan syaitan, khasnya jika
diamalkan golongan muda yang masih mentah serta kadang-kadang terlalu
ghairah mempelajari ilmu seperti itu.

"Berikutan itu, bagi mereka yang ingin mendalami ilmu agama hendaklah
berguru agar kesilapan atau sebarang perkara tidak jelas boleh dirujuk terus
pada guru masing-masing," katanya yang menjelaskan aktiviti jual beli ayat
suci al-Quran adalah ditegah.

Menurutnya, beliau sendiri hampir terjerat dengan ilmu pembomohan apabila
diminta menghuraikan maksud mentera dalam bahasa jawa dicampur aduk dengan
ayat Kursi dan Al-Fatihah kononnya untuk menghalau jin oleh seorang wanita.

"Ketika mula dibaca, saya merasakan ia gabungan ayat yang mantap,
bagaimanapun selepas dikaji mentera terbabit, didapati mengarut kerana turut
memuja makhluk halus bagi membantu menghalau makhluk halus mengganggu
manusia," katanya.

Berikutan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak terlalu taksub
dengan tawaran mendapatkan ilmu dengan harga serendah RM30, sebaliknya
merujuk pada pakar agama.

---
hantar 10,000 emel dengan sekali klik + bonus taja RM244,140 + bonus pool
RM45,438
*myrm10.com/?ref=1210*

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups 
"resepibanjar" group.
To post to this group, send email to resepibanjar@googlegroups.com
To unsubscribe from this group, send email to 
resepibanjar+unsubscr...@googlegroups.com
For more options, visit this group at 
http://groups.google.com/group/resepibanjar?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke