Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazl...@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
mendedahkan hampir 78,000 peminjamnya dilarang keluar negara bukan berniat
untuk menakut-nakutkan peminjam.

Sebaliknya, Ketua Eksekutif PTPTN, Yunos Abd Ghani berkata, ia lebih kepada
niat menyedarkan mereka supaya menunaikan tanggungjawab membayar hutang
pinjaman pendidikan masing-masing yang kini tertunggak sebanyak RM1 bilion.

Menurutnya, PTPTN mempunyai rasional terhadap sekatan keluar negara kepada
golongan ingkar itu.
"Bila orang keluar negara biasanya ada dua sebab iaitu pertama atas urusan
kerja dan mereka ini pula penjawat yang sudah lama bekerja atau senior.

"Kedua, keluar negara untuk bercuti. Jadi kesimpulannya, kedua-dua kumpulan
ini ada wang dan tidak ada sebab mereka sukar membayar balik pinjaman,''
ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Jabatan Imigresen
baru-baru ini mengenai 300,000 rakyat negara ini dilarang keluar negara
termasuk peminjam PTPTN.

Kata Yunos, jika ada peminjam menghadapi masalah membayar pinjaman
disebabkan berada dalam garis kemiskinan yang serius, pihaknya sedia
membantu mereka.

Ketika ditanya kriteria utama yang boleh menyebabkan seseorang peminjam
disenaraihitamkan untuk keluar negara, jelasnya:
"Pertama, mereka langsung tak bayar pinjaman dan kedua pula langsung tidak
memberi maklum balas terhadap notis-notis yang kita keluarkan.

Tambah Yunos, PTPTN juga dalam proses mengenal pasti peminjam-peminjam lain
yang mungkin akan menerima nasib untuk tidak layak keluar negara.

Untuk itu, katanya, semua peminjam diminta menyemak status masing-masing di
laman web PTPTN atau Imigresen.



---



kedudukan SPAMMER paling rajin hantar emel kepada saya:
1. maz_lan...@yahoo.com 019-6316813 <maz_lan...@yahoo.com>
2. rm1po...@yahoo.com.my
3. mindakel...@yahoo.com.my
4. deason...@gmail.com
5. missnariza...@gmail.com
6. azriroze...@yahoo.com
7. cb2ulimal...@gmail.com
8. aso...@hotmail.com


---
hantar 10,000 emel dengan sekali klik + bonus taja RM244,140 + bonus pool
RM45,438
*myrm10.com/?ref=1210*

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups 
"resepibanjar" group.
To post to this group, send email to resepibanjar@googlegroups.com
To unsubscribe from this group, send email to 
resepibanjar+unsubscr...@googlegroups.com
For more options, visit this group at 
http://groups.google.com/group/resepibanjar?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke