Dividen KWSP bagi 2008 hanya 4.5 peratus?
Mar 14, 09 7:23pm
Berita kurang baik untuk pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) -
kadar dividen bagi tahun 2008 dijangka serendah 4.5 peratus.

Berita itulah yang dimaklumkan oleh kesatuan sekerja kepada ahli-ahli
mereka, dakwa sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Menurut mereka, kadar itu terlalu rendah walaupun prestasi KWSP adalah baik
dalam tempoh sembilan bulan pertama 2008 sepertimana dalam pengumuman
keputusan prestasinya bagi suku ketiga tahun lalu.

Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE), J Solomon berkata,
pencarum mengharapkan kadar dividen yang lebih baik kerana KWSP mendakwa
pihaknya telah melabur dengan bijaksana dalam sekuriti jangka panjang.

"KWSP patut berkongsi keuntungannya dengan membayar kadar dividen yang lebih
tinggi kerana kemelesetan ekonomi telah mengakibatkan ribuan orang hilang
pekerjaan," tambahnya.

Anggota Majlis Eksekutif Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), A
Sivananthan juga berkata, beliau mendapat tahu bahawa dividen KWSP bagi 2008
adalah 4.5 peratus.

Ekoran itu, beliau berkata KWSP sepatutnya menukar para penasihat
pelaburannya kerana kadar dividen tersebut, hanyalah separuh daripada
dividen yang dibayar oleh Permodanan Nasional Berhad (PNB)

---
bonus taja RM84,108 + bonus pool RM27, 993** <http://goog_1236819696194/>* *
*http://nextcash.biz/341*

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups 
"resepibanjar" group.
To post to this group, send email to resepibanjar@googlegroups.com
To unsubscribe from this group, send email to 
resepibanjar+unsubscr...@googlegroups.com
For more options, visit this group at 
http://groups.google.com/group/resepibanjar?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke