Hampir tukar agama kerana jiran Oleh HAFIZ ABBAS
mohdhafiz.ab...@kosmo.com.my

ZAKARIA memeluk erat Nik Ibrahim (tengah) setelah diberi kesedaran mengenai
niatnya untuk bertukar agama sambil diperhatikan Pengurus Pusat Kutipan
Zakat Kuantan, Halidan Md. Daud di Kuantan semalam.
------------------------------

KUANTAN - Sebuah keluarga miskin di sini hampir nekad menukar agama kerana
mendakwa tertekan dengan kerenah jiran dan dibelenggu masalah bekalan air.

Tindakan mereka itu bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh Majlis Ugama
Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang bergegas menemui keluarga
berkenaan semalam sebaik sahaja mengetahui mengenai berita tersebut.

Terdahulu pasangan terlibat, Zakaria Deraman, 42, dan isterinya, Nurhamiza
Mat Jusoh, 32, bersama sembilan anak mereka berusia antara enam hingga 14
tahun dikatakan bercadang menemui seorang paderi di sebuah gereja untuk
mendapatkan pandangan.

Menceritakan bagaimana mereka boleh bertindak demikian, Nurhamiza mendakwa,
segalanya bermula apabila dia sekeluarga tidak tahan menerima tekanan ketika
menetap di rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sejak dua tahun
lalu.

"Kehadiran kami sekeluarga di sini tidak disenangi oleh jiran-jiran dan kami
dilayan seperti pendatang. Petang kelmarin, rumah kami dibaling dengan objek
keras sehingga cermin tingkap pecah menyebabkan kami hidup dalam ketakutan,"
ceritanya ketika ditemui di sini semalam.

Tambah Nurhamiza, bekalan air di rumahnya yang hanya diperoleh dari surau
berdekatan juga telah diputuskan oleh pihak tertentu.

Dia mendakwa, anak-anaknya turut ketakutan setiap kali ke surau untuk
membuka paip air kerana sering diganggu setiap kali melintasi rumah jiran.

Ditanya kenapa beliau tidak memohon bekalan air terus ke rumah mereka
suaminya, Zakaria memberitahu, dia telah beberapa kali meminta kemudahan itu
melalui penghulu kampung tetapi sehingga sekarang tidak menerima jawapan.

Dalam pada itu, walaupun terpaksa kais pagi makan pagi sebagai pencari besi
buruk, Zakaria mengakui dia masih mampu menyara keluarga dan menyekolahkan
empat anaknya.

Pasangan berasal dari Terengganu itu juga mengakui ada menerima bantuan
daripada kerajaan termasuk rumah PPRT yang dihuni selepas beberapa tahun
tinggal di pondok usang berhampiran sebuah lombong berdekatan.
 *
*
---
bonus taja RM84,108 + bonus pool RM27, 993** <http://goog_1236819696194/>* *
*http://nextcash.biz/341*

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups 
"resepibanjar" group.
To post to this group, send email to resepibanjar@googlegroups.com
To unsubscribe from this group, send email to 
resepibanjar+unsubscr...@googlegroups.com
For more options, visit this group at 
http://groups.google.com/group/resepibanjar?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke