Kilang DVD cetak rompak terbesar Lembah Klang




KUALA LUMPUR: Gelagat aneh seorang lelaki warga Nepal yang kerap dilihat
menjadi ‘penunggu’ sepanjang hari di hadapan sebuah kilang perabot di Sungai
Buloh di sini akhirnya membongkar kewujudan sebuah kilang memproses cakera
video digital (DVD) cetak rompak terbesar di Lembah Klang.

Dalam serbuan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
(KPDNHEP) itu, sebanyak tiga mesin mencetak DVD cetak rompak bernilai hampir
RM5 juta dirampas.

Siasatan mendapati sindiket dipercayai sengaja meletakkan lelaki Nepal
berkenaan sebagai ‘jaga’ selain seekor anjing garang spesies Rottweiler
untuk mengawasi sekitar kawasan kilang perabot itu.

Sumber KPDNHEP berkata, pegawainya yang menjalankan risikan bertindak
menyerbu premis berkenaan sekitar jam 11 pagi semalam sebelum menahan lelaki
Nepal itu.







“Pemeriksaan awal pada bahagian dalam premis mendapati hanya terdapat
deretan kayu dan perabot yang seolah-olah sengaja ditimbun untuk mengaburi
kegiatan sulit dilakukan.


“Pegawai KPDNHEP kemudian melakukan pemeriksaan rapi di setiap dinding
premis berkenaan sebelum menemui petunjuk aneh di sebuah bilik yang
disiasat,” katanya.

Menurutnya, pegawai bertugas yang percaya terdapat ‘sesuatu’ yang
disembunyikan di sebalik dinding itu berusaha mengalihkan almari kayu yang
diletakkan di tepi dinding.

“Sebaik almari itu dialihkan, pegawai KPDNHEP menemui satu pintu rahsia yang
dibina khas sindiket sebagai jalan keluar masuk utama ke kilang DVD cetak
rompak berkenaan.

“Kami turut menahan dua lagi lelaki dalam kilang itu,” katanya.

Menurutnya, seorang lelaki tempatan yang ditahan itu dipercayai bekerja
sebagai juruteknik manakala seorang lelaki warga asing lagi bekerja sebagai
pembantu.

“Kilang ini didapati mengeluarkan secara besar-besaran DVD cetak rompak
menggunakan tiga mesin pemprosesan, dipercayai diseludup dari luar negara.
Setiap mesin mampu mengeluarkan 60,000 keping cakera sehari dengan purata
1.8 juta keping cakera sebulan.

“Kita percaya kilang ini sudah mengeluarkan berjuta keping DVD cetak rompak
sejak mula beroperasi, khusus bagi pasaran Lembah Klang.

“Selain tiga mesin pemprosesan itu, turut dirampas mesin membuat salinan,
mesin pewarna dan beberapa ribu keping DVD cetak rompak yang siap dicetak
dan menunggu masa sesuai untuk diedarkan ke pasaran,” katanya.
*
*
---
bonus taja RM84,108 + bonus pool RM27, 993** <http://goog_1236819696194/>* *
*http://nextcash.biz/341*

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups 
"resepibanjar" group.
To post to this group, send email to resepibanjar@googlegroups.com
To unsubscribe from this group, send email to 
resepibanjar+unsubscr...@googlegroups.com
For more options, visit this group at 
http://groups.google.com/group/resepibanjar?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke