Nik Aziz suka Nga kenali Islam
Apr 10, 09 2:50pm
Mursyidul am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan exco kerajaan
Pakatan Rakyat di Perak, Nga Kor Ming membaca ayat al-Quran semasa
berceramah dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang minggu lalu sebagai
percubaan mengenali Islam melalui pembacaan  kitab suci itu.

Sehubungan itu, kata menteri besar Kelantan, beliau terharu dengan keluhan
Nga yang juga ahli parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis, yang amat kesal
"kerana apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan al-Quran
melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang".

Sebelum ini beberapa laporan polis dibuat terhadap Nga, termasuk Badan
Bertindak Perpaduan Melayu, kerana didakwa mempersendakan Islam apabila
setiausaha DAP Perak itu menggunakan ayat al-Quran dalam ceramahnya sewaktu
kempen dalam pilihanraya kecil kerusi parlimen tersebut.

Dalam laporannya itu, presiden NGO Osman Abu Bakar mendakwa Nga
mempersendakan Islam dengan menyebut ayat al-Quran daripada surah Al-A'raf
untuk tujuan kempen dan menyebut kalimah tersebut secara tidak betul.

Beliau mendakwa Nga menyebut Surah Al-A'raf sebagai Al-Aurah dalam ceramah
tersebut.

"Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati
Yang Berhormat (Nga)," tegas Nik Aziz dalam surat terbukanya berhubung isu
tersebut.

"Mudah-mudahan dengan sikap 'tidak mesra Umno' dan pemimpin Umno tentang
kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan
meningkatkan lagi kesedaran bukan Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan
mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas,"
tambahnya.

Nik Aziz juga berkata beliau mempunyai impian bahawa dalam tempoh tidak
berapa lama lagi.

"Mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat
Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi qari, ustaz,
khatib dan imam di seluruh negara," tegasnya.

Menurutnya, Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul memusnahkan tamadun
Islam di Kota Baghdad tetapi kerosakan tersebut sempat ditebus semula
melalui cucunya Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India
kemudiannya.

Maka Nik Aziz mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali
gemilang di negara ini melalui kaedah dan insiden yang hampir sama.

'Mudah-mudahan YB-lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke
arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

"Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui
seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana.

"Tajuk-tajuk seperti 'di mana tak kenanya Islam' atau 'apa mesej al-Quran
kepada orang bukan Islam' bolehlah difikirkan," katanya.

Manakala anggota panel, tambahnya, boleh dipilih daripada tokoh-tokoh PAS,
Umno, DAP, PKR dan juga pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas.

"Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di
masjid, surau, kuil, dewan-dewan perhimpunan, di universiti- universiti,
baik di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) atau institusi pengajian
tinggi awam (IPTA).

"Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah SWT di atas kekuatan dan
keberanian yang ada pada YB (Nga). Terus tekun dan beristiqamahlah dalam
mengharungi ujian-ujian ini.

"Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya
di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana," tambah  tokoh PAS itu.
---
bonus taja RM84,108 + bonus pool RM27, 993 ** <http://goog_1236819696194/>*
**http://nextcash.biz/341*

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups 
"resepibanjar" group.
To post to this group, send email to resepibanjar@googlegroups.com
To unsubscribe from this group, send email to 
resepibanjar+unsubscr...@googlegroups.com
For more options, visit this group at 
http://groups.google.com/group/resepibanjar?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke