http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0415&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm

Berlakon filem lucah sehingga umur 80

TOKUDA berlatih dalam salah satu adegan filem lucah dengan seorang
pelakon wanita di Ichikawa, Jepun kelmarin.



ICHIKAWA - Pelakon lucah paling tua di Jepun, Shigeo Tokuda, 75,
menjalani proses penggambaran filem lucah terbarunya bersama seorang
gadis yang jauh lebih muda.

Pengarah filem itu, Gaichi Kono berkata, tujuan penggambaran itu
dilakukan adalah untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa
kehangatan seks tidak berakhir walaupun di peringkat usia yang sudah
lanjut.

Dalam penggambaran kelmarin, Tokuda menggunakan alat penggetar, cemeti
dan lilin untuk melakonkan watak pakar seks bagi memuaskan nafsu
seorang pelakon wanita berumur 36 tahun.

Filem terbaru itu akan dijual di Internet, rumah jagaan orang tua dan
dieksport.

Sepanjang penglibatannya selama 16 tahun dalam industri lucah Jepun,
dia sudah beraksi dengan pelbagai wanita semuda 20 tahun hingga sebaya
umurnya.

"Saya memulakan kerjaya lucah ketika berumur 59 tahun dan sudah
berlakon lebih 200 filem lucah," dakwanya yang berazam berlakon
sehingga berumur 80 tahun.

Dia terlibat dalam industri itu setelah tidak berpuas hati terhadap
jalan cerita filem lucah yang ditontonnya.

Kata Tokuda, isteri dan anak perempuannya berlakon seperti tidak
pernah mengetahui kerjayanya itu. - Reuters


---
bonus taja RM84,108 + bonus pool RM27, 993 ** <http://goog_1236819696194/>*
**http://nextcash.biz/341*

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups 
"resepibanjar" group.
To post to this group, send email to resepibanjar@googlegroups.com
To unsubscribe from this group, send email to 
resepibanjar+unsubscr...@googlegroups.com
For more options, visit this group at 
http://groups.google.com/group/resepibanjar?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke