Suspek rogol lari bogel

KUALA LUMPUR 19 April - Seorang lelaki yang dikehendaki polis kerana
pelbagai kesalahan jenayah termasuk rogol sanggup berlari dalam keadaan
bogel setelah bilik hotelnya di Sentul, di sini diserbu, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata,
suspek berusia 28 tahun itu bertindak nekad terjun dari tingkap bilik dan
memasuki sebuah restoran.

Katanya, suspek berjaya ditahan ketika bersembunyi dalam belukar selepas
berlari sejauh 200 meter.

“Suspek terpaksa ditembak di bahagian kakinya setelah dia mengacukan parang
ke arah polis,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Chin Wah, suspek dan rakannya yang turut diberkas pernah terlibat
dalam kes berkaitan samun, rogol, curi kereta mewah dan dadah.

Katanya, siasatan mendapati suspek pernah ditembak di bahagian perut ketika
melakukan samun di sebuah kedai makan pada Disember 2007.



---
bonus taja RM84,108 + bonus pool RM27, 993 ** <http://goog_1236819696194/>*
**http://nextcash.biz/341*

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups 
"resepibanjar" group.
To post to this group, send email to resepibanjar@googlegroups.com
To unsubscribe from this group, send email to 
resepibanjar+unsubscr...@googlegroups.com
For more options, visit this group at 
http://groups.google.com/group/resepibanjar?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke