Bomoh larikan gadis selepas keluarga tolak pinangan Oleh Hamid Salleh KUALA TERENGGANU: Seorang gadis dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Teluk Menara, Manir di sini sejak dua bulan lalu, dipercayai dilarikan bomoh selepas pinangannya ditolak keluarga mangsa.
Kehilangan Nur Kartini Mamat, 24, disedari keluarganya pada jam 9 malam 21 Februari lalu, sehari selepas bomoh itu menyatakan hajat meminang mangsa. Keluarga mangsa membuat laporan di Balai Polis Manir selepas gagal mencarinya pada malam itu. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin, berkata polis sudah menjalankan gerakan mencari Nur Kartini, tetapi sehingga kini mangsa dan bomoh itu tidak dapat dikesan. Beliau meminta sesiapa yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Balai Polis Daerah Kuala Terengganu di talian 09-6246222. Nur Kartini mempunyai wajah bulat, kulit cerah dan rambut paras bahu dengan ketinggian sekitar 1.5 meter. Ibu mangsa, Semek Awang, 61, berkata bomoh yang mendakwa bekerja sebagai kerani di sini, mengenali Nur Kartini ketika mangsa menjalani rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana menghadapi tekanan jiwa. "Dia juga menyatakan hajat meminang Nur Kartini, tetapi kami tidak setuju kerana Nur Kartini belum sihat sepenuhnya," katanya. --- bonus taja RM84,108 + bonus pool RM27, 993 ** <http://goog_1236819696194/>* **http://nextcash.biz/341* --~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~ You received this message because you are subscribed to the Google Groups "resepibanjar" group. To post to this group, send email to resepibanjar@googlegroups.com To unsubscribe from this group, send email to resepibanjar+unsubscr...@googlegroups.com For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/resepibanjar?hl=en -~----------~----~----~----~------~----~------~--~---