LONDON - Bilangan penduduk gemuk yang semakin meningkat menjadi penyumbang
kepada pemanasan global, lapor sebuah akhbar semalam.

Beberapa saintis menyatakan peningkatan bilangan penduduk gemuk akan
menyebabkan pengeluaran makanan perlu ditingkatkan sekali gus mengakibatkan
pelepasan gas karbon dioksida ke udara.

Penduduk yang gemuk lebih suka memandu kereta sekali gus menjejaskan alam
sekitar.

Seorang saintis dari Sekolah Kebersihan dan Tropika London Dr. Phil Edward
berkata: "Pergerakan individu yang gemuk adalah seperti memandu dengan
menggunakan minyak yang banyak."

Setiap individu yang gemuk bertanggungjawab melepaskan satu tan atau lebih
gas karbon dioksida setiap tahun berbanding penduduk yang kurus.
Perangkaan itu menunjukkan tambahan satu bilion tan gas karbon dioksida
setahun dilepaskan, menurut anggaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
terhadap penduduk yang gemuk. - Agensi



---
bonus taja RM84,108 + bonus pool RM27, 993 ** <http://goog_1236819696194/>*
**http://nextcash.biz/341*

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups 
"resepibanjar" group.
To post to this group, send email to resepibanjar@googlegroups.com
To unsubscribe from this group, send email to 
resepibanjar+unsubscr...@googlegroups.com
For more options, visit this group at 
http://groups.google.com/group/resepibanjar?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke