---------------------------------
 
 Real people. Real questions. Real answers. Share what you know.
Title: Pembentukkan Yang di Kehendaki






Pembentukkan Yang dikehendaki:

Penulis: Haajim


 

006. Dialah yang membentuk kamu dalam rahim sebagaimana dikehendaki-Nya. Tak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Ali-Imran.

Menurut fitrahNya yang sempurna.Diciptakan keturunan Adam tidak kira rupa ataupun bangsa, semuanya didalam pembentukkan yang dikehendakiNya. Ia itu ' Tak ada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana '.

Keistimewaan akan pembentukkan itu, tidak terdapat pada mahluk2Nya yang lain. Ianya mengandungi hikmah dan ilmu pelajaran yang amat tersirat  untuk ummat manusia memahami.Tidak ada hikmah dan ilmu pelajaran yang serupa diberikan kepada mahluk2Nya yang lain. Walaupun diperintahkan kepada  mahluk2 'jin' untuk beribadah kepadaNya juga.

Kehalusan akan kalimat tersebut ' Dialah yang membentuk kamu dalam rahim sebagaimana dikehendaki-Nya..' bukanlah sekadar pembentukan lahiriah atau ' fisik ' manusia itu. Malah ianya menyentuh lebih dari itu.Apa yang paling utama pada ayat tersebut adalah memberitahu kepada manusia bahawaseNya, Allah jua yang awal2 telah membimbing manusia '...sebagaimana dikehendaki-Nya..' Maka itu, sesuailah disusuli dengan ayat yang berbunyi; ' Tak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.'

Menyempurnakan kembali kalimat; ' ' Tak ada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana ' adalah awal permulaan bimbingan dari Tuhan kepada manusia.Tidak boleh tidak iaitu, mesti ditunaikan. Apabila manusia  keluar dari rahim ibunya, kalimat Tauhid merupakan suara yang pertama yang di-dengarkan. Hal itu banyak yang dianjurkan bagi masyarakat kaum mulimin.Namun apabila manusia itu meningkat usianya saat demi saat, hari demi hari, hinggalah kepada usia yang sempurna menurut Islam. Mereka lupa akan hal yang mulia yang pernah diajarkan. Allah berfirman didalam Al-quran suratul 'Alaa, yang berbunyi;

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

 001. Sucikanlah nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi, 002. yang menciptakan dan menyempurnakan (penciptaan-Nya), 003. dan yang menentukan kadar (masing-masing) dan memberi petunjuk, 004. dan yang menumbuhkan rumput-rumputan, 005. lalu dijadikan-Nya rumput-rumput itu kering kehitam-hitaman. 006. Kami akan membacakan  kepadamu (Muhammad) maka kamu tidak akan lupa, 007. kecuali kalau Allah menghendaki. Sesungguhnya Dia mengetahui yang terang dan yang tersembunyi. 008. Dan Kami akan memberi kamu taufik kepada jalan yang mudah, 009. oleh sebab itu berikanlah peringatan karena peringatan itu bermanfa'at, 010. orang yang takut (kepada Allah) akan mendapat pelajaran, 011. orang-orang yang celaka (kafir) akan menjauhinya. Al-A'laa

Yang pentingnya pada surah tersebut, bukanlah hendak diceritakan lagi atau semata2 menujukan ayat didalam suratul A'laa ini hanya untuk Nabi Muhammad saw, yang sudah wafat.Baginda dari keturunan bani Hasyhim kaum qureish 'arab sememangnya yang menerima wahyu tersebut.Ini adalah benar!. Apa yang penting pada surah teresbut adalah, ' mendapat pelajaran bagi orang yang takut '. Maksudnya disini ' Takut ' dengan erti 'pendidikkan.' ' Takut ' jika tidak ada ' pendidikkan ' atau ' bimbingan ' yang tepat, itu bukan ' Takut ' namanya. Berbalik pada kita ummat2nya yang sering membaca kitab Al-quran, sempena surah tersebut, Apakah hikmahnya yang boleh mendidik kita agar tidak lupa?

Dalam hal inilah, yang mana ummat2nya mesti memahami untuk mencari ilmunya Nabi dan rasul pada menepati akan kehendak surah tersebut. Misalnya; pada permulaan surah tersebut yang berbunyi;  ' Sucikanlah nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi, ' Ini adalah satu tuntutan yang amat berat dari sudut pengetahuan aqidah. Maksudnya adalah, bagaimanakah kita hendak mensucikan nama ' ALLAH  ' itu tadi dalam ber'amal ibadah  kepada nya. Bukankah dalam ayat itu memerintahkan kita membuatnya. Kerana apa. Supaya janganlah kita salah ' pembentukkan ' bila membunyikan namaNya ' ALLAH ' itu.

Pernah suatu ketika hal ini diberitahu kepada beberapa teman2. Lalu mereka pun bertanya dengan saya. " Apakah kita tidak boleh menyebut2 nama ' ALLAH  ' itu, bukankah itu suatu perbuatan yang baik? " Bukan begitu maksudnya. Sememangnya baik menyebut2 namaNya.Didalam berdoa, membaca kitab Al-quran, dan dalam sholat semuanya ada kita menyebut2 namaNya iaitu ' ALLAH  '. Terus tanya saya kepada mereka2 semua, " Kalau baik kita menyebut2 namaNya,...apakah hukum nya ?. Bukankah dari awal surah itu memerintahkan kepada kita ' Sucikanlah nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi, '.

NamaNya saja sudah diperintahkan untuk disucikan, apatah lagi DiaNya.Hal yang mana jika tidak difahami dengan sebenar2nya mengikut dasar2 yang ada didalam ilmu pengetahuan Tauhid, maka menjadilah satu pembinaan kepada ' Tauhid cakap ' diatas diri kita. Dengan demikian, apa jua yang kita ' bina ' pada masa sekarang ini,...maka, itulah nanti yang akan kita ' bentuk '. " Ada yang dikira ' Tauhid dunia '.Ada yang dikira ' Tauhid cakap '.Yang dikatakan ' Tauhid dunia '. Mereka selalu pecah amanah. ' Tauhid cakap '. Bukan Kalimah berkerja. Tauhid yang dikehendaki. ' Tauhidul Makrifat '.

Ini bukanlah seperti mana, condonggnya hati seseorang itu untuk mengikuti ayat2 yang ' mutasyabihat '. Akan tetapi, ini adalah bagi mereka2 yang ' waras ' lagi ' mendalam ilmu pengetahuannya ' , yang mana mereka beriman bahawasenya itu tadi adalah dari Tuhan mereka. ( Mengenai ilmu pengetahuan yang diberikan perihal ' pembentukkan ' waktu didalam rahim ibu.). Tidak akan dapat  mengambil pelajaran,...melainkan orang2 yang ' waras  'akalnya '. Seperti apa yang difirman Allah didalam surah Ali-Imran: ayat; 7. yang berbunyi;

007:"...Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebagian ayat-ayat yang mutasyabihat untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari ta'wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta'wilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyabihat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami." Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal." Ali-Imran.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh.

 

Revised: 06/26/07.

Kirim email ke