---------------------------------
Real people. Real questions. Real answers. Share what you know.Title: DARIPADA APA YANG MEREKA SIFATKASyariat yang Awal
Penulis: HaaJim
A'uzubillahi minas syaitan nirrajim.
Bismillah hirrahman nirrahim
Allahumma salli 'ala Muhammad. Allahumma salli'ala sai'idina Muhammad. Allahumma sallai'ala sai'idina wamaulana Muhammad
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Jika sekiranya, diantara langit dan bumi mempunyai dua tuhan selain Allah, nescaya akan bentroklah kedua2 tuhan tadi. Masing2 hendak berkuasa diantara satu dengan yang lain.Malah, bukan itu saja.Diantara pengikut2 tuhan tadi, tidak akan pernah aman dan damai.Masing2 akan cuba mengatasi diantara satu dengan yang lain.Sudah pastilah antara langit dan bumi tidak akan ada keamanan.
Kepastian kepada undang2 ataupun ' syariat yang awal ' iaitu ' Tiada tuhan melainkan Allah ' bukan hanya setelah langit dan bumi dijadikan. Akan tetapi kepastian kepada ' syariat yang awal ' tersebut telah lebeh awal diperintahkan sebelum penciptaan langit dan bumi serta apa2 yang berada diantara kedua2nya.Namun kebanyakkan dari manusia tidak mengetahui akan hal ini.
' Syariat yang awal ' inilah yang difahamkan oleh ulama2 islam salaf sebagai ' awal agama '. Dukungan akan hal tersebut dapat ditinjau secara kajian pada sebuah hadiths yang berbunyi;
' Awalludin marifatullah ' ertinya; ' Awal agama mengenal Allah '.
Pengertian lanjut akan hal tersebut banyak penelitian serta kajian yang telah dimulakan oleh ulama2 salaf hinggalah kepada ulama2 masa kini. Namun pada hakikatnya berapa ramaikah ummat2 islam itu sendiri mengerti akan ilmu pengetahuan nya. ' Syariat yang awal ' ini juga adalah sebagai dasar aqidah serta sebagai satu kaedah 'periksa' untuk memastikan kemurnian didalam ilmu pengetahuan tauhid. Maka itu setiap nabi2 dan rasul2 yang diutus Allah memperjuangkan dengan membawa bersama mereka satu kalimat yang tidak ada perbedaan diantara mereka dalam menepati akan kehendak kalimat ' Laa ilaha illallah '.
Sebagai satu kaedah ' periksa ' bagi memastikan kemurnian ketauhidan seorang muslim itu terpelihara. Misalnya untuk mereka2 yang melakukan sholat. Dalam hal ini, terutama sekali untuk memastikan jangan ada unsur2 kesyirikkan bagi seorang muslim itu dalam ber'amal ibadat kepada Allah dan rasulNya. Dengan mengunakan kaedah ' periksa ' tersebut, kesilapan2 yang sering berlaku amatlah jelas sekali dapat dilihat. Apatah lagi bagi mereka2 yang langsung tidak sholat!
Punca dari keretakan serta berpeca belah antara muslim hinggalah kemasa kini, disebabkan tiada mengetahui dalam menepati akan kehendak atau pun undang2 didalam kalimat tauhid tersebut.Yang mana itu adalah hal yang sangat penting mesti difahami. Jika diteliti dengan cermat, hal2 itulah yang tidak ditepati oleh kebanyakkan orang2 muslim semasa melakukan sholat.Malah kebanyakkan dari ummat2 islam pada masa kini terikut hawa nafsu. Sebagai iktibar, lihat firman Allah yang berbunyi;
(18). Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui. ( Al-Jatsiyah )
Perkara2 yang boleh membinasakan islam pada seorang muslim itu memanglah banyak jika dikajikan. Didalam kebanyakkan tersebut telah disepakati oleh ijma' ulama' iaitu; Berbuat sesuatu perbuatan yang tidak diketahuinya ertinya apabila seseorang muslim yang beramal ibadah kepada Allah dan rasulNya, tanpa ilmu pengetahuan yang mencukupi boleh terkena ' binasa islam ' pada dirinya. Dengan sendirinya tanpa disadari 'amal ibadahnya telah dikuasai oleh hawa nafsunya.Pada membicarakan untuk menepati pada ' syariat yang awal ' tadi jika tidak terlaksana, maka dikuathiri boleh menjerumuskan 'amal ibadah seorang muslim itu lawan kepada ' wahdahu laasyarikalahu '. Firman Allah yang berbunyi;
(40). Kamu tidak menyembah yang selain Allah kecuali hanya (menyembah) nama-nama yang kamu dan nenek moyangmu membuat-buatnya. Allah tidak menurunkan suatu keteranganpun tentang nama-nama itu. Keputusan itu hanyalah kepunyaan Allah. Dia telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. ( Yusof )
(48). Untuk tiap-tiap umat di antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu,... ( Al-Maaidah )
(17). Dan Kami berikan kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata tentang urusan (agama); maka mereka tidak berselisih melainkan sesudah datang kepada mereka pengetahuan karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. Sesungguhnya Tuhanmu akan memutuskan antara mereka pada hari kiamat terhadap apa yang mereka selalu berselisih padanya.( Al-Jatsiyah )
Mudah2an mendapat pencerahan. Amein...amein....Ya Rabbul'alamein.
Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassallamu 'alaikum Warohmatullahi Wabarohkatuh.
Revised: 07/07/07.
