KENAPA SYIAH SESAT??

Kita perlu melihat bahawa perbezaan yang besar terjadi
dengan golongan syi'ah ialah akibat berbezanya kita
dalam menilai sumber.  Kebanyakan nas yang mereka
dijadikan alasan oleh golongan syi'ah bagi membina
mazhab atau pegangan mereka lahir dari sumber yang
jelas tidak kukuh, tidak sahih berdasarkan kacamata
kita.  Perbezaan sumber dan pendekatan sumber membawa
kepada world-view dan bentuk amalan yang berbeza.

Dari segi kaedah pengambilan hukum, golongan Syiah
menggunakan kaedah songsang.  Mereka bermula dengan
membina satu kerangka pandangan, pemikiran dan aliran
yang diasaskan di atas motif dan sumber-sumber mereka
sendiri.   Kemudian mereka memilih  hujjah yang sesuai
dari kitab sahih kita untuk `justify' pegangan mereka.


Misalnya mereka melihat imam-imam mereka sebagai
ma'sum, himpunan 'hadis-hadis' oleh ulama mereka
sebagai lebih tinggi martabatnya daripada himpunan
hadis-hadis sahih yang berenam (sihah sittah) dan
sebahagian sahabah yang meriwayatkan hadis dalam
Kitab-kitab sihah sittah  sebagai 'menyeleweng' dan
`kafir' (astaghfirullah).  Pandangan mereka yang
sedemikian lantas menjadikan hadis yang diriwayatkan
oleh sahabat-sahabat besar ini sebagai tidak sah dalam
sistem usul fiqh mereka.

        Dari fahaman politik mereka, mereka membenci beberapa
orang sahabat, semuanya dengan motif politik; Aishah
(r.a), Abu Hurairah (r.a), Abu Bakar (r.a) dan Umar
(r.a) mempunyai kedudukan yang terkutuk di sisi
mereka, dengan sebab-sebab yang kita boleh fahami.

Oleh itu, mereka mengumpulkan himpunan `hadis' lain
yang dijadikan sumber rujukan utama yang boleh
menegakkan motif politik mereka.  Himpunan kata-kata
oleh (kononnya)  Saidina Ali (r.a.) dan imam-imam
mereka yang lain diletakkan sebagai sumber rujukan
sekunder yang penting dalam pegangan mereka.

Himpunan-himpunan ini tidak menepati kriteria `sahih'
yang dipersetujui oleh ulama-ulama hadis dari kalangan
ahlus-sunnah.  Sumber sedemikian bercanggah dengan
prinsip-prinsip 'kekukuhan sumber' yang telah saya
utarakan dalam bab-bab sebelum ini dalam siri ini.

Nah, daripada sumber-sumber inilah mereka membina
aliran, mazhab atau kerangka pemikiran mereka.  Dari
situ lahir  cerita-ceriti sejarah yang pelik,
kisah-kisah umpama hikayat penglipur-lara.  Bagi kita
yang mementingkan kesahihan sumber, kisah sebegini
hanya layak dibakul-sampahkan!

Tetapi Syiah mengutip kisah-kisah ini, menokok-tambah
apa yang perlu dan kemudian memberikan kredibiliti
dengan memberikan nama-nama kitab yang sedap disebut,
memberikan title dan gelaran yang hebat-hebat kepada
penglipur-lara berkenaan.

Daripada sumber-sumber karut ini lahirlah pandangan
mengenai sejarah awal kehidupan para sahabah yang
berbeza daripada apa yang kita biasa fahami daripada
kitab-kitab hadis sahih kita.  Dari himpunan `hadis'
mereka perjalanan hidup beberapa sahabah bertukar
menjadi 180 darjah!

Berdasarkan kerangka pemikiran ini, mereka ini datang
melihat pula apa yang ada di dalam kitab-kitab hadis
sahih kita dan mengutip HANYA hadis-hadis yang boleh
dijadikan hujjah untuk fahaman karut mereka.
Hadis-hadis ini mungkin tidak sampai 1% daripada
himpunan hadis sihah sittah.

Mereka tinggalkan lebih 99% hadis sahih lain yang
memberi gambaran  positif tentang Aishah (r.a), Abu
Hurairah (r.a), Abu Bakar (r.a) dan Umar (r.a).
Mereka tinggalkan lebih 99% hadis yang memberikan
hujjah yang kuat tentang kelebihan para sahabat
berkenaan, tentang pandangan Nabi terhadap mereka
secar peribadi, tentang kelayakan Abu Bakar dan Umar
terhadap kekhalifahan dan seumpamanya.

Sebaliknya mereka kutip, putar belit dan mengambil
hujjah secara out-of-context beberapa hadis sahih kita
yang walaupun qat'i dari segi thubut (kekukuhannya)
tetapi dhanni (kabur) dari segi dilalahnya.  Hujjah
yang inilah yang digunakan untuk menegakkan, justify,
fahaman karut yang telah mereka bina berasaskan
kitab- kitab karut-marut mereka.

Di sini jelaslah bahawa kita dan mereka bertitik-tolak
dari sumber yang berbeza.  Maka akan berbezalah juga
struktur kefahaman, pegangan dan amalan yang terbina
di atasnya.

Saya berkeyakinan kita tidak akan dapat mencapai titik
pertemuan jika berdebat dengan mereka kerana mereka
bermula dari lain, sedangkan kita bermula dari yang
lain pula. Kita Bermula Di Sini, mereka bermula di
Sana.

Oleh itu, selayaknya kita ucapkan.. Lakum Deenakum wa
Li yadeen.

Baca lagi di sini:

http://www.freewebs.com/omar61/khasmengenaisyiah.htm


--- In SahabatInteraktif@yahoogroups.com, NOR AZLAN NORDIN <a7302...@...> wrote:
>
> Salam
> Kamu tunjukan dimana kesesatan Syiah itu. kamu pergi ke link dibawah ini dan 
> kaji satu persatu Hukum Islam yang dipaparkan dan tunjukan dimana 
> kesesatanya.Saya terbuka pada kritikan dan pandangan.
> http://www.sistani.org/local.php?modules=nav&nid=2&bid=59
>
>
>
> --- On Wed, 5/8/09, msa.ksa. <blackci...@...> wrote:
>
> From: msa.ksa. <blackci...@...>
> Subject: Re: [sim] PERINGATAN : Ringan-Ringan Sebelum Kahwin
> To: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
> Date: Wednesday, 5 August, 2009, 12:30 PM
>
>
>
>
>
>
>  
>
>
>
>
>
>                   Masya'ALLah ada pengamal mazhab Syiah disini 
> nauzubiLLahiminzali k....ya ALLah jauhkan kami dari kesesatan yang nyata dan 
> terang-terang membawa kami ke nerakaMu amiiin nauzubiLLahiminzali k...
>
>
> 2009/8/5 NOR AZLAN NORDIN <a7302...@yahoo. com>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
> Hadis Laki Laki Dayus itu Hadis DAIF. Itu Sebab Allah tidak LARANG Nikah 
> Mutaah.Hanya puak Sunnah aje yang mengharamkannya. Apabila Yakin akan 
> HALALnya Nikah Mutaah  kita tak kisah puna nak buat perkara tak senonoh sebab 
> Keyakinan kita kepada HALALnya Nikah Mutaah. Manusia akan condong melakukan 
> kalau terdapat sekatan dan larangan seperti Poligami dan sekatan berkawin.
>
>
> Jaangan Belajar FEQAH dari satu Sudut Mahzab sahaja  atau Belajar Hadis Dari 
> Bukahri Muslim Sahaja, Cari hadis hadis Imam Ahlul Bait.dan beberapa Hadis 
> Syiah yang lain
> Nescaya anda ketahui Isalam itu MUDAH DAN RINGKAS
>
>
> --- On Tue, 4/8/09, NoorAzlin.Untong@ ing.com.my <NoorAzlin.Untong@ 
> ing.com.my> wrote:
>
>
> From: NoorAzlin.Untong@ ing.com.my <NoorAzlin.Untong@ ing.com.my>
>
> Subject: [sim] PERINGATAN : Ringan-Ringan Sebelum Kahwin
> To: "SIM" <SahabatInteraktif@ yahoogroups. com>
> Date: Tuesday, 4 August, 2009, 1:58 PM
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
> Assalamualaikum
> w.b.t
>
> 'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin
>
>
>
> Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak dan membiarkannya, ia dayus.
> Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau
> 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika
>
> bercinta, tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah.
> Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan
> terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan
>
> orang lain pula.
>
>
>
> Hanya dengan taubat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari
> melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada
> anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan'
>
> dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!
>
>
>
> Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri
> mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat
> anda.
>
>
>
> Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan
> lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang
> ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi
>
> sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua. Saya tahu, pasti
> akan ada wanita yang kata.
>
>
>
> "habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"
>
>
>
> Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung
> jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.
>
>
>
> Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah 
> dan
> kehormatan isteri dan anak-anaknya.
>
>
>
> Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi
>
>
>
> قَالَ سَعÙ'دُ بÙ'نُ عُبَادَةَ : لَوÙ' 
> رَأَيÙ'تُ رَجُلاً مَعَ امÙ'رَأَتِي
> لَضَرَبÙ'تُهُ بِالسÙ`يÙ'فِ غَيÙ'رُ مُصÙ'فِحٍ 
> عَنÙ'هُ ،
>
>
>
> فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللÙ`هِ صلى الله 
> عليه على آله وسلم فَقَالَ :
> أَتَعÙ'جَبُونَ مِنÙ' غَيÙ'رَةِ سَعÙ'دٍ ؟
>
>
>
>
>
> فَوَ الله لأَنَا أَغÙ'يَرُ مِنÙ'هُ ، وَالله 
> أَغÙ'يَرُ مِنÙ`ي ، مِنÙ' أَجÙ'لِ غَيÙ'رَةِ
> الله حَرÙ`مَ الÙ'فَوَاحِشَ مَا
>
>
>
> ظَهَرَ مِنÙ'هَا وَمَا بَطَن.
>
>
>
> Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang
> sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka
> disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi,
>
> lalu nabi memberi respon : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk
> agama) yang dipunyai oleh Sa'ad?, Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil
> endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah
>
> Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan
> setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi. . " ( Riwayat
> Al-Bukhari & Muslim )
>
>
>
> Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat
> protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan
> mungkar, khasnya zina.
>
>
>
> BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
>
>
>
> Secara mudahnya cuba
> kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
>
>
>
> 1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki
> lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah..
>
>
>
> 2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama
> dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa 
> yang
> menghantar.
>
>
>
> 3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat
> (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang
> menyebabkan aurat terlihat.
>
>
>
> 4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki
> bukan mahramnya.
>
>
>
> 5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya
> ibu bapa 'spoting' yang memahami.
>
>
>
> 6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri 
> memakai
> pakaian yang seksi di luar rumah.
>
>
>
> 7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasial, mentor, gang starz
> dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan
> manusia bukan mahram.
>
>
>
> 8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan
> lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa
> berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?.
>
> Tidak sekali-sekali.
>
>
>
> 9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan
> sempurna.
>
>
>
> 10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab
> yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang
> sepertinya.
>
>
>
> 11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa
> terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
>
>
>
> 12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki
> sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
>
>
>
> 13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat 
> tanpa
> sebarang cemburu.
>
>
>
> 14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa
> sebarang pemerhatian.
>
>
>
> Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan
> sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya
> secara terbuka dan diketahui olehnya,
>
> adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak
> sabit 'dayus' kepada dirinya.
>
>
>
> Mungkin kita akan berkata dalam hati :- " Jika demikian, ramainya lelaki
> dayus di kelilingku"
>
>
>
> Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah
> satu yang disebut tadi.
>
>
>
> Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa
> besar ini.
>
>
>
> Wahai
> para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda,
> janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk 
> ke
> syurga Allah SWT.
>
>
>
> Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api
> neraka.
>
>
>
> Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu
> walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :
>
>
>
> من قتل دون أهله فهو شهيد
>
>
>
> Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli
> keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut
> Syeikh Syuaib Arnout)
>
>
>
> Sekian
>
>
>
> p/s : Marilah kita sama-sama bertaubat meminta pengampunan daripada Nya Allah
> Yang Maha Pengampun lg Maha Penyayang agar diberi hidayah dan kekuatan dalam
> memahami agama ini seperti yang dikehendakiNya bukan seperti yang kita fahami.
>
>
>
>
>
>
>
> Regards,
>
>
>
> Nurhana Norshamsudin
>
>
>
> Kumang Cluster Development Project
>
> Petronas Carigali Sdn Bhd
>
> C/o Sime Darby Engineering Sdn
> Bhd
>
> Pasir Gudang, Johor.
>
> Direct line: +607-253 8479 [Ext:
> 8479]
>
> Fax: +607-255 4788
>
> E-mail: Nurhana.Norshamsudi n...@kumangmltb. com.my
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
> Selamat dlm
> talian.
>
> Tingkatkan kpd Internet
> Explorer 8 cepat,selamat, terbaik utk Yahoo! agar fikiran aman. Percuma. 
> Dapatkan
> IE8 di sini!
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
> The information in this Internet email is confidential and may be legally 
> privileged. It is intended solely for the addressee. Access to this Internet 
> email by anyone else is unauthorised. If you are not the intended recipient, 
> any disclosure, copying, distribution or any action taken or omitted to be 
> taken in reliance on it, is prohibited and may be unlawful. When addressed to 
> our clients any opinions or advice contained in this Internet email are 
> subject to the terms and conditions expressed in any applicable governing ING 
> Insurance Bhd terms of business or client engagement letter.
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>         Get your preferred Email name!
>
> Now you can @ymail.com and @rocketmail.com.
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>       New Email names for you!
> Get the Email name you&#39;ve always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
> Hurry before someone else does!
> http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/aa/
>


Kirim email ke