http://mufti.perak.gov.my/




PENJELASAN DARIPADA JABATAN MUFTI PERAK MENGENAI PERNIAGAAN MATAWANG (FOREIGN 
EXCHANGE) 
Jabatan Mufti Negeri Perak TIDAK PERNAH mengeluarkan apa-apa sijil mengatakan 
Forex dibolehkan oleh syariah kepada mana-mana syarikat . Jawatankuasa Syariah 
Negeri Perak pernah mengeluarkan keputusan bahawa forex yang dibenarkan dalam 
syariah ialah perniagaan pertukaran matawang yang berlaku (taqabudh) serah 
menyerah semasa transaksi berlaku seperti pertukaran wang asing semasa keluar 
negeri kerana ia merupakan keperluan untuk berurusniaga di negara 
berkenaan.Jika tidak berlaku serah menyerah pada waktu yang sama seperti 
serahan bertangguh maka transaksi itu adalah tidak dibenarkan dalam syarak 
berdasar kepada hadith Rasululullah SAW yang bermaksud 
Emas dengan Emas ( ditukar atau diniagakan) , perak dengan perak, gandum dengan 
gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam mestilah sama timbangan dan 
sukatannya, dan ditukar secara terus ( pada satu masa) dan sekiranya berlainan 
jenis, maka berjual-belilah kamu sebagaimana yang disukai" ( HR Muslim) 
Jika ada syarikat atau individu yang mendakwa Jabatan ini mengeluarkan apa-apa 
sijil kebenaran perniagaan matawang , maka dakwaan berkenaan adalah tidak benar 
. 
Semoga dengan penjelasan ini umat Islam berhati-hati dengan pihak –pihak yang 
berkepentingan dengan memutarbelitkan kenyataan demi mencari keuntungan 
perniagaan khususnya bentuk perniagaan pelaburan matawang di internet. 
Bahagian Fatwa 
Jabatan Mufti Negeri Perak. 



Food fight? Enjoy some healthy debate
in the Yahoo! Answers Food & Drink Q&A.





Food fight? Enjoy some healthy debate
in the Yahoo! Answers Food & Drink Q&A.


 
____________________________________________________________________________________
Bored stiff? Loosen up... 
Download and play hundreds of games for free on Yahoo! Games.
http://games.yahoo.com/games/front

Kirim email ke