Petikan dari utusan 23 April 2007 ... Fikirlah kepada yang suka melatah cepat. Kepada keluarga Yin jangan cakap tak serupa bikin..... Pasangan Myanmar tolak ganjaran
KUALA LUMPUR 23 April – “Saya tak nak duit (ganjaran) itu, tak nak jumpa Yin lagi. Saya ikhlas... saya ikhlas bantu dan jaga dia seperti anak kandung saya, tapi pelbagai tuduhan dan cacian dilemparkan ke atas kami sekeluarga.” Itulah luahan wanita Myanmar, Noor Shida Nur Islam ketika ditemui di pejabat peguamnya di Sentul di sini hari ini dan diajukan soalan mengenai ganjaran yang patut diterimanya setelah memulangkan Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin pada 14 April lalu. Beliau membuat kenyataan itu kurang sejam selepas dipertemukan semula dengan lima anaknya yang sebelum ini ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras, sebuah pusat perlindungan kanak-kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Mereka berpisah dengan ibu mereka kerana Noor Shida, 27, ditahan reman selama empat hari mulai 15 April lalu kerana dipercayai menculik dan memperalatkan Yin sebagai pengemis sebelum dibebaskan dengan jaminan polis 19 April lalu. Sidang akhbar bersama peguam Pritam Singh Doal itu turut dihadiri suami Noor Shida, Mohd. Abdul Rahman Ali Rahman, 37, serta kelima-lima anak mereka. Selain itu, abang Noor Shida, Ismail Nur Islam, 32, juga hadir sama. Ditanya alasan mengapa beliau tidak mahu berjumpa Yin atau keluarganya lagi, Noor Shida berkata: “Cukuplah apa yang saya alami setakat hari ini. Syukur kepada Allah, akhirnya saya dapat bertemu anak-anak saya dan mereka dalam keadaan sihat.” __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com
