inilah cerita lawak yang paling lawak PDRM....
Apa Ertinya Semua Ini Kalau Bukan Niat Jahat?
MAHKAMAH Sesyen Klang hari ini telah membebaskan tiga orang pemimpin Hindu
Rights ActionForce (Hindraf) daripada tuduhan dibawah Akta Hasutan 1948. Mereka
ialah P Uthayakumar, P Waythamoorthy dan V Ganapathy Rao.
Mereka dihadap ke mahkamah itu atas tuduhan di bawah akta hasutan kerana
dikatakan menyampaikan ucapan berupa hasutan di Kuala Selangor beberapa hari
menjelangnya perhimpunan 10,000 masyarakat India di hadapan Kedutaan British
Ahad lalu.
Hakim Mahkamah Sesyen Zunaidah Mohd Idris memerintah mereka dibebaskan tanpa
dilepas kerana pendakwaan gagal mengemukakan terjemahan di dalam bahasa Tamil
mengenai dakwaan kononnya mereka berucap menghasut orang ramai.
Walaupun ketiga pemimpin Hindraf itu tidak dilepaskan dan boleh didakwa pada
bila-bila masa. Namun pembebasan itu memberi tamparan hebat kepada pihak polis
dan sekaligus menyerlahkan kelemahan pihak pendakwaan.
Apa yang dapat disimpulkan dengan perintah mahkamah itu bahawa penangkapan dan
pendakwaan ke atas ketiga pemimpin Hindraf itu dibuat secara suka-suka dengan
tujuan menyusahkan mereka.
Ia juga semakain jelas dan nyata pendakwaan itu dibuat bertujuan untuk
menakut-nakutkan masyarakat India daripada terus berhimpun kerana ketiga mereka
adalah orang penting disebalik perancangan itu. Ketiga mereka juga mulai Ahad
lalu dikenali sebagai hero baru kaum India.
Apa yang berlaku itu dakwaan pembangkang sejak kesekian lama bahawa polis
sering bertindak diluar batas, menyalahgunakan kuasa dan menjadi perkakas
kepada pihak tertentu ada benar dan tepat. Seolah-olah polis hari ini bukan
mengawal dan menjaga keselamatan rakyat sebalik menyusah dan menghura-harakan
rakyat.
Sekiranya pihak polis dan pendakwaan bertindak atas tangungjawab sebenar,
mereka tidak akan buat tindakan melulu dan menyusahkan orang ramai sebaliknya
akan bertindak ke atas apa-apa yang boleh memberi kesenangan kepada rakyat.
Mahkamah atau pendakwaan pula tidak akan mudah untuk gagal mengemukakan bukti
di mahkamah kalau mereka serius untuk menegakkan keadilan.
Apabila sesuatu bukti atau pendakwaan ditolak secara mentah-mentah begitu
nyatalah pendakwaan ke atas mereka bertiga itu dibuat kerana arahan pihak
tertentu dan bukan bertindak atas landasan undang-undang sebenarnya. Tepatnya
pendakwaan itu untuk menyusahkan mereka saja.
Polis di dalam kes ini jelas sekali telah menjadi alat dan perkakas buruk
kepada pihak berkenaan. Mengenangkan ini polis jangan merasa marah kalau ada
orang mengatakan bahawa mereka kini bukan lagi menjaga keselamatan negara,
mengawal kententeraman awam, sebaliknya tanggungjawab dan tugas utama mereka
kini ialah menjaga pihak tertentu terutamanya parti yang sedang memerintah.
Kita tidak tahu apakah tujuan dan akta polis diwujud di parlimen dulu termaktub
di dalamnya antara tugas dan tanggungjawabnya ialah untuk menjaga keselamatan
dan keutuhan kekuasaan parti pemerintah, khususnya Umno. Kalaulah benar dakwaan
ini maka kehadiran polis kini tidak ada gunanya lagi dan eloklah dibubarkan
sahaja!
____________________________________________________________________________________
Be a better pen pal.
Text or chat with friends inside Yahoo! Mail. See how.
http://overview.mail.yahoo.com/