KEMBALI KEPADA TUHAN
16/07/2006   
  Utusan,15 julai; 
30% Banduan Tak Serik 

KAJANG – Sebanyak 30 peratus daripada 128,000 pesalah yang dimasukkan ke 
penjara-penjara seluruh Malaysia tahun lalu merupakan bekas banduan, kata 
Timbalan Pengarah Penjara Kajang, Senior Asisten Komisioner, Mat Rasid Jahlil. 

Menurutnya, sebahagian besar daripada mereka pula terdiri daripada bekas 
penagih dadah yang kembali menagih selepas dibebaskan. 

‘‘Antara faktor kemasukan mereka semula di sini (penjara) ialah kerana fizikal 
dan mental mereka tidak kuat dan ini terbukti apabila 48 peratus daripada 
jumlah penghuni penjara merupakan mereka yang terlibat dengan gejala dadah,’’ 
katanya pada sidang akhbar selepas Sambutan Hari Bapa Kompleks Penjara Kajang, 
di sini hari ini. 

Beliau berkata, majoriti bekas penagih dadah sukar membuang tabiat keji itu 
kerana kesan dadah itu sudah sebati dalam jiwa mereka dan amat sukar dipulihkan 
sepenuhnya berbanding bekas banduan jenayah lain seperti merompak. 

‘‘Mereka (bekas penagih dadah) akan kembali menagih jika bertemu kembali dengan 
rakan-rakan mereka yang masih menjadi penagih,’’ katanya. 

Dalam pada itu, Mat Rasid berkata, masyarakat tidak seharusnya meminggirkan 
bekas banduan, sebaliknya harus menyokong mereka untuk terus menikmati hidup 
seperti manusia lain. 

‘‘Ia sepatutnya bermula dari ahli keluarga bekas banduan itu sendiri. Jika 
mereka tidak menyokong dan meminggirkan mereka (bekas banduan), maka musnahlah 
harapan dan impian mereka untuk meneruskan hidup,’’ tegasnya. 

Beliau juga berasa kesal dengan sesetengah keluarga yang tidak mahu lagi 
dikaitkan dengan ahli keluarga mereka yang menjadi penghuni penjara dengan 
menganggap mereka sudah meninggal dunia. 

Sementara itu, sambutan Hari Bapa Kompleks Penjara Kajang yang bertemakan 
‘Kasih Keluarga, Bahagia Berkekalan’ menyaksikan 12 banduan terpilih dan diberi 
peluang beramah mesra serta merapatkan kembali hubungan kekeluargaan dengan 
ahli keluarga mereka. 

Mereka yang terpilih merupakan banduan yang mempunyai rekod bersih, akan 
dibebas dalam tempoh satu hingga dua tahun lagi dan dimasukkan ke penjara bukan 
kerana kesalahan jenayah berat. 

Setiap penyakit ada ubatnya kecuali tua dan mati. Namun ubat bagi setiap 
penyakit itu perlu tepat. Kalau tidak penyakit tidak akan sembuh. Lebih malang 
lagi, kalau silap ubat, penyakit boleh menjadi lebih teruk dan lebih 
kronik.Disamping ubat, tabibnya juga perlu tepat. Dia mestilah orang yang 
betul-betul faham tentang penyakit dan puncanya.Kalau tidak, cara berubat 
mungkin salah. Dosnya mungkin tidak kena. Kalau tidak cukup dos, ubat tidak 
berkesan. Kalau terlebih dos, ada pula kesan sampingan yang boleh merosakkan. 

Gejala penyalah gunaan dan penagihan dadah ini nampak seperti tidak ada 
penghujung dan tidak ada penyelesaiannya.Ia seperti satu hukuman dari Tuhan 
terhadap segala kesalahan dan kecuaian kita sebagai individu, masyarakat dan 
negara.Benarlah, apabila manusia lupakan Tuhan, Dia akan datangkan 
berbagai-bagai masalah dan bala bencana sebagai peringatan supaya manusia 
kembali kepada Tuhan. Jelas bahawa,untuk menyelesaikan masalah dadah ini, 
manusia tidak mampu. Manusia tidak ada daya upaya. Apapun yang manusia lakukan, 
masalah ini akan bertambah buruk dan bertambah kronik. 

Jalan penyelesaian hanya tinggal satu, iaitu kembali kepada Tuhan dan kaedah 
yang telah Tuhan tetapkan. Samalah juga dengan masalah penyalah gunaan dadah 
ini.Selama ini ubat yang kita beri kepada penagih adalah salah.Tabibnya juga 
orang yang salah. Itu sebab, penyakit ini tidak sembuh-sembuh dan tidak 
selesai-selesai. Bahkan, ia bertambah rumit dan bertambah kronik. 

Penagihan dadah itu adalah “sympton” atau gejala penyakit.Ia bukan penyakit 
yang sebenar. Kalau diubat penagihan,kita hanya membuang gejalanya. Penyakit 
sebenarnya tidak juga akan sembuh. Gejala atau sympton nya itu tetap akan 
muncul kembali. 

Para penagih pula adalah orang-orang yang keliru dan yang hilang pedoman. 
Mereka bertindak mengikut kemahuan dan nafsu mereka sahaja. Sebab mengapa 
mereka berkemahuan sebegitu, mereka sendiri pun tidak tahu. Mereka tidak kenal 
diri mereka sendiri. Mereka tidak tahu dan tidak faham tentang pergolakan yang 
berlaku dalam diri dan jiwa mereka.Mereka tidak faham tentang penyakit rohani 
dan masalah spiritual yang mereka hadapi. Oleh itu, kalau mereka ditanya kenapa 
mereka menagih dadah, mereka akan jawab sekadar mana yang mereka faham, iaitu 
yang lahir-lahir sahaja. 

Sampailah masanya semua pihak akur dan mengaku bahawa punca masalah 
penyalahgunaan dan penagihan dadah ini bukan keseluruhannya berpunca dari 
perkara-perkara lahir atau fizikal semata-mata. Itu hanya sebab-sebab tambahan. 
Ia sebenarnya disebabkan oleh perkara yang lebih kompleks,lebih halus dan lebih 
seni dari itu yang tidak mudah difaham oleh pemikiran biasa. Ia perlu pandangan 
dan kupasan yang lebih berbentuk kejiwaan dan kerohanian. Lagi cepat hakikat 
ini dapat diterima bersama lebih baik 

Jawapan yang sebenarnya terkandung di dalam wahyu seperti yang Rasulullah SAW 
telah disabdakan iaitu segala penyakit masyarakat berpunca dari cinta dunia. 
Cintakan dunia adalah ibu segala kesalahan. Cintakan dunia itu adalah pokoknya, 
puncanya dan sumbernya. Tidak kiralah sama ada cinta dunia itu cinta pada 
duitkah, cinta hartakah, cinta namakah, cinta glamourkah, cinta pangkatkah, 
cinta kuasakah, cinta perempuankah dan bermacam-macam lagi bentuk cinta 
dunia.Yang penting ia bukan cintakan Allah dan Rasul. 

Cinta dunia inilah pokok bagi segala kesalahan yang melahirkan berbagai-bagai 
gejala, maksiat dan jenayah.Rasulullah SAW bersabda cinta dunia itu ibu segala 
kesalahan.Baginda tidak kata ibu segala jenayah atau maksiat. 

Kesalahan itu maksudnya sudah global, sudah merata. Ia termasuklah segala macam 
kejahatan, jenayah dan maksiat. Untuk mengubatinya dan untuk membalikkan semula 
keadaan, kita hanya perlu terbalikkan sahaja apa yang Rasulullah telah sabdakan 
iaitu: “Cintakan Tuhan ibu adalah segala kebaikan”. 

Manusia perlu kepada Tuhan. Manusia perlu rasa bertuhan. Tuhan adalah 
segala-galanya. Kekuatan jiwa manusia adalah setakat mana dia rasa bertuhan. 
Kurang rasa bertuhannya, maka kuranglah kekuatan jiwanya. Kuat rasa bertuhannya 
maka kuatlah jiwanya. Kalau seseorang itu tidak langsung mempunyai hubungan 
dengan Tuhan, percaya pun tidak, kenal pun tidak, maka jiwanya akan menjadi 
lemah dan rosak,dan akan dihinggapi penyakit. Akan timbullah rasa kosong,risau, 
rimas dan runsing. Akan hilang ketenangan jiwa. 

Allah ada berfirman: Maksudnya: “Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu, 
hati akan menjadi tenang.” (Raad: 28)
Inilah perkara yang mesti kita buat. Promosikan Tuhan dan bawa manusia kepada 
Tuhan hingga Tuhan itu dicintai dan menjadi idola dan pujaan semua manusia. 
Hasilnya nanti akan melimpah-ruahlah kebaikan dan kasih sayang. Tuhanlah yang 
akan membela, menyelamatkan dan melindung kita. 

Rasulullah SAW juga ada menyebut lagi bahawa lemahnya umat Islam hari ini 
berpunca dari penyakit Al Wahan iaitu cintakan dunia dan takut mati kerana 
Allah. Yang sanggup mati kerana perempuan, kerana wang, kerana pangkat, kerana 
kerja dunia ramai. Tetapi yang sanggup mati kerana Allah, ini kurang. 

Rasulullah menyebut tentang dua perkara ini sebelum ianya berlaku dan sebelum 
ianya terjadi. Rasulullah sebut tentang dua perkara ini di kala mana masyarakat 
Islam sedang bersih dan sedang dalam keadaan baik. Kalau Rasulullah berkata 
setelah ianya terjadi, mungkin orang akan terkeliru. Di waktu itu, Rasulullah 
bersabda apabila umat Islam telah mencapai puncak kejayaan, akan berlaku nanti 
kerosakan dan akan lahir segala bentuk gejala sosial bersebabkan dari dua pokok 
atau punca iaitu cinta dunia dan Al Wahan. 

Pokok atau punca yang disebut oleh Rasulullah itu bukan bersifat maddi atau 
material tetapi bersifat rohaniah. Dari pokok atau punca rohaniah atau batin 
inilah timbulnya berbagai-bagai gejala dan penyakit yang berbentuk lahiriah 
seperti penagihan dadah, gejala sosial dan penyakit masyarakat seperti yang 
kita lihat hari ini. Inilah buah-buah yang masam, pahit dan kelat yang sedang 
kita rasakan. 

Penyakit pokoknya ialah penyakit rohani. Oleh itu, pakar untuk meneliti dan 
mengkajinya mestilah orang rohani. Hendak mengubatnya pula perlulah orang 
rohani, atau setidak-tidaknya orang yang faham tentang hal perjalanan hati dan 
rohani manusia. Cara mengubatnya juga perlulah dengan cara dan kaedah rohani


  Thank you,
  
  Best Regards,
   
  Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 

         

    
---------------------------------
  Want to be your own boss? Learn how on Yahoo! Small Business. 

                
---------------------------------
Yahoo! Messenger with Voice. Make PC-to-Phone Calls to the US (and 30+ 
countries) for 2¢/min or less.

[Non-text portions of this message have been removed]



Donasi Dana untuk Sarikata.com :

No Rek : 145-118-2990
Atas Nama : Yudhi Aprianto
BCA KCP : Gatot Subroto Jkt

Kami ucapkan terima kasih yang sebesar-besarnya atas donasi yang telah Anda 
berikan demi kelangsungan Sarikata.com di dunia maya ini.

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/sarikata/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke