oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada 
beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk 
Dr. Haji Fadzilah Kamsah. 

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a 
- Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut 
katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur, 
-Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping
dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan 
mencetuskan semua perkara kebaikan. 

3) Solat taubat 
-Selain daripada memohon keampunan, dapat
mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran 
-Selain dapat mencuci hati juga
menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah 
"Qulhu-allah" sebanyak 3X. 

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari 
-Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif 
-Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan 
diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok-elok belaka) 

7) Program minda/cuci minda 
- Paling baik pada waktu malam
sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak
aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, 
aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum
tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -
CUBALAH!!

8) Berpuasa 
- Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan. 

9) Cuba ingat tentang mati 
(Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang 
akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah 

12) Belanja orang makan. 

13) Jaga makanan 
- jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera 
(mata, telinga, mulut...dsb) , jangan dengar orang mengumpat. 
  =================================================XXX
 


  ................................................ 
  Your Articles Resources,
  
   
  Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 

         

 __________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke