http://nurizspace.blogspot.com
Dalam Surah AN Nur ayat 40: Atau seperti gelap gelita di lautan yg dalamnya 
dilihat oleh ombak, yg diatasnya ombak pula, di atasnya lagi awan, gelap gelita 
yg bertindih tindih, apabila ia mengeluarkan tangannya, tidaklah dia melihat 
dan barangsiapa yg tiada diberi cahaya(petunjuk)oleh Allah tiadalha dia 
mempunyai cahaya sedikit pun.

Semalam dalam rancangan HAlaqah di tv9 ada ahli panel Dr Daniel membicarakan 
ayat di atas dan mengupas maksud di sebalik ayat ini..iaitu betapa ajaibnya 
ciptaan Allah iaitu laut.

Cahaya ada 7 warna mcm yg cikgu ajar di sekolah salah satunya warna merah. 
Apabila kita menyelam sejauh 10m- 15m ke dalam laut, warna merah itu akan 
hilang, jika kita menyelam lagi lebih dalam maka hampir semua warna tidak 
kelihatan..begitulah ajaibnya ciptaan tuhan.

Penyelam yang menyelam lebih dalam lagi akan berdarah tetapi tidak menyedari yg 
kulit mereka sudah berdarah kerana warna merah dah lenyap di 
pandangan..begitulah maksud ayat di atas jika dikaitkan dgn sains.

Dulu Dr Daniel tu ada jugak menyebut tentang sempadan di laut yg memisahkan dua 
bahagian laut tu dengan rasa air laut yang berbeza :satu bahagian tawar dan 
satu bahagian lagi tawar.Walaupaun tanpa dinding dan batas yang menghalaginya( 
secara kasar yg kita tak nampak).

Surah Al Furqaan: Ayat 53: Dan Dialah yg membiarkan dua laut mengalir 
berdampingan, yg ini tawar lg segar dan yg lain masin lagi pahit, dan Dia 
jadikan antara keduanya dinding dan batas menghalanginya.

Kirim email ke