Tangisan malang
Melihat bumi menangis hiba
di ruangan yang terbatas
mencari tempat yang tinggi untuk menghindari tangisan hiba itu
namun hati masih lagi meraung raung
berteriak teriak
dengan hentakkan kaki
"kembalikan segala yang musnah!!"
"kerana aku ini manusia yang miskin
kini tidak punya apa apa"
bukan sahaja kehilangan harta juga nyawa
yang hanya sehelai pinggang yang berbalut di tubuh
teriak dan tangisan itu tidak terhenti
dan terus meraung hiba
terus
merintih
dan
akhirnya tertidur di untaian
yang hanya bertikar daun nipah.
salbiah sirat
"Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Ibn majah,
Rasulullaah menyatakan jika cinta disandarkan kepada
harta boleh menyebabkan sombong diri,
jika disebabkan kedudukan ataupun kemuliaan yang sementara,
Allah akan memberikan kehinaan di pertengahan dan jika cantik yang menjadi
sandaran boleh mendatangkan kecelakaan".
(salbiah sirat)
http://sarqina.multiply.com
http://groups.msn.com/JurnalKesusasteraanSemasa
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
[Non-text portions of this message have been removed]