Wanita yang diuji ( Al Mumtahanah )
Surah 60
WANITA YANG DIUJI
(13 ayat)
Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
60:1: Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mengambil musuh-Ku dan musuh
kamu untuk wali (sahabat), dengan menyampaikan kasih sayang kepada mereka,
walaupun mereka tidak percaya kepada yang benar yang datang kepada kamu, dengan
mengusir rasul dan kamu kerana kamu mempercayai Allah, Pemelihara kamu. Jika
kamu keluar untuk berjuang di jalan-Ku dan menginginkan kepuasan hati-Ku,
dengan merahsiakan kasih sayang kepada mereka, dan Aku sangat mengetahui apa
yang kamu menyembunyikan dan apa yang kamu menyiarkan; dan sesiapa antara kamu
yang berbuat demikian itu, dia sesat daripada jalan yang betul.
60:2. Jika mereka menjumpai kamu, mereka akan menjadi musuh kamu, dan
menjulurkan kepada kamu tangan-tangan mereka dan lidah-lidah mereka, untuk
membuat kejahatan kepada kamu, dan mereka menginginkan supaya kamu tidak
percaya.
60:3. Tidaklah kerabat kamu daripada pertalian darah, dan tidak juga
anak-anak kamu bermanfaat kepada kamu pada Hari Kiamat; Dia akan membezakan
antara kamu. Dan Allah melihat apa yang kamu buat.
60:4. Kamu ada teladan yang baik pada Ibrahim, dan orang-orang yang bersama
dia, apabila mereka berkata kepada kaum mereka, Kami berlepas diri daripada
kamu dan apa yang kamu sembah selain daripada Allah. Kami tidak percaya kepada
kamu, dan antara kami dan kamu, permusuhan adalah nyata, dan kebencian
selama-lamanya, sehingga kamu mempercayai Allah satu-satunya. Melainkan apa
yang Ibrahim mengucapkan kepada bapanya, Sungguh, aku akan meminta ampun bagi
kamu; tetapi aku tidak ada kuasa untuk melakukan sesuatu bagi kamu terhadap
Allah. Wahai Pemelihara kami, kepada Engkau kami mempercayakan; kepada Engkau
kami berkesesalan; kepada Engkau kepulangan.
60:5. Wahai Pemelihara kami, janganlah membuat kami satu ujian bagi
orang-orang yang tidak percaya; dan ampunilah kami. Wahai Pemelihara kami,
sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana.
60:6. Kamu ada teladan yang baik pada mereka bagi sesiapa yang mengharapkan
Allah dan Hari Akhir. Dan sesiapa berpaling, maka sesungguhnya Allah, Dia Yang
Kaya, Yang Terpuji.
60:7. Mudah-mudahan Allah membuatkan, antara kamu dan orang-orang antara
mereka yang kamu bermusuhan, rasa kasih sayang. Allah berkuasa; Allah
Pengampun, Pengasih.
60:8. Allah tidak melarang kamu terhadap orang-orang yang tidak memerangi
kamu dalam agama, dan tidak juga mengusir kamu daripada tempat tinggal kamu,
supaya kamu berbuat baik kepada mereka, dan berlaku adil terhadap mereka;
sesungguhnya Allah menyukai orang yang adil.
60:9. Allah hanya melarang kamu terhadap orang-orang yang memerangi kamu
dalam agama, dan mengusir kamu daripada tempat tinggal kamu, dan menyokong
dalam pengusiran kamu, untuk kamu menjadikan mereka sahabat-sahabat. Dan
sesiapa yang menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabat, maka mereka itu,
merekalah orang-orang yang zalim.
60:10. Wahai orang-orang yang percaya, apabila wanita-wanita mukmin datang
kepada kamu sebagai penghijrah, ujilah mereka. Allah sangat mengetahui keimanan
mereka. Kemudian, jika kamu mengetahui bahawa mereka adalah wanita-wanita
mukmin, janganlah kembalikan mereka kepada orang-orang yang tidak percaya.
Mereka adalah tidak halal bagi orang-orang yang tidak percaya, dan tidak juga
orang-orang yang tidak percaya halal bagi mereka. Berilah orang-orang yang
tidak percaya apa yang mereka telah menafkahkan (membelanjakan); dan tiada
kesalahan ke atas kamu untuk mengahwini mereka, apabila kamu memberi mereka
upah mereka. Janganlah kamu berpegang pada ikatan dengan wanita-wanita yang
tidak percaya, dan mintalah apa yang kamu telah menafkahkan, dan biarlah mereka
meminta apa yang mereka telah menafkahkan. Itulah putusan Allah; Dia
menghakimkan antara kamu; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
60:11. Dan jika seseorang daripada isteri-isteri kamu lari daripada kamu
kepada orang-orang yang tidak percaya, dan kemudian kamu membalas, maka berilah
orang-orang yang isteri-isteri mereka telah pergi, yang serupa dengan apa yang
mereka telah menafkahkan. Dan takutilah Allah, yang kepada-Nya kamu mukmin.
60:12. Wahai Nabi, apabila wanita-wanita mukmin datang kepada kamu, dengan
berjanji setia kepada kamu, bahawa mereka tidak akan menyekutukan Allah dengan
sesuatu, dan tidak akan mencuri, dan tidak melakukan zina, dan tidak membunuh
anak-anak mereka, dan tidak mendatangkan umpatan yang mereka mengada-adakan
antara tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka, dan tidak juga mengingkari
kamu pada apa yang baik, maka terimalah janji setia mereka, dan mintalah ampun
kepada Allah untuk mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
60:13. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah menjadikan sahabat suatu
kaum yang terhadap mereka Allah memurkai, dan yang berputus asa daripada
akhirat, sebagaimana orang-orang yang tidak percaya berputus asa, daripada
orang-orang kubur.
http://www.e-bacaan.com/bacaan060.htm
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Benar kata dalam ayat ini. wanita sering diuji. Subhanallah maha suci Allah.
Berikan kami kaum wanita kekuatan menjalani kehidupan ini. Tunjukkan kami jalan
yang benar dan di redhai. Allahu akbar!
Janganlah anggap wanita ini sebagai barang mainan yang bisa jatuh dan lemah
atas pujuk rayuan, dan kaum wanita bukalah hati, minda dan matamu bisa melihat
mana yang baik dan buruknya.
Menjanai kehidupan ini jagalah maruah, peribadi akhlak, kecantikan dan jangan
ada fitnah juga umpat keji kerana keburukan sikap dan tingkah laku kita.
Banyakanlah mendekati diri padaNya dan jangan sekali kali melakukan maksiat
sewenang wenangnya.
Tanamkan citra kasih sayang dalam jiwamu dan jangan pula begitu senang
membahagi cinta jika tiada kejujuran. Nah! jadilah wanita mithali ( wanita
contoh ) yang bisa memberi cahaya untuk keturunan kita yang mengikut
perumpamaan yang kita lakukan yang baik.. insyaallah mereka akan mengikut jejak
kita dan jadikan sebagai contoh untuk mendidik diri.
Jadilah wanita bijak dalam mencari ilmu, mendekati ilmu dan mempraktikan ilmu
juga sentiasa tersenyum dan ikhlas dalam setiap pekerjaan, merendah diri,
jangan sombong dengan kecantikan yang ada dan menutup aurat.
P.s memang benar semakin kuat kita mencari, semakin banyak dugaan yang kita
hadapi. dan jangan sekali menyerah kalah dalam hal yang melemahkan diri kita.
buatlah satu kebangkitan untuk terus penghijrahan dan banyakkan muhasabah diri
juga membaiki diri.
yang ikhlas
salbiah sirat
"Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Ibn majah,
Rasulullaah menyatakan jika cinta disandarkan kepada
harta boleh menyebabkan sombong diri,
jika disebabkan kedudukan ataupun kemuliaan yang sementara,
Allah akan memberikan kehinaan di pertengahan dan jika cantik yang menjadi
sandaran boleh mendatangkan kecelakaan".
(salbiah sirat)
http://sarqina.multiply.com
http://groups.msn.com/JurnalKesusasteraanSemasa
---------------------------------
Don't pick lemons.
See all the new 2007 cars at Yahoo! Autos.
[Non-text portions of this message have been removed]