Masalah Tidur

-------------------------------------
http://www.mahsuri.com.my/analisis <http://www.mahsuri.com.my/analisis>
-------------------------------------


Masalah tidur merujuk kepada keadaan apabila seseorang itu sukar untuk
tidur, tidak dapat tidur nyenyak pada waktu malam, sentiasa merasa
mengantuk walaupun tidur selama 8 jam atau lebih, sering terjaga terlalu
awal, sering tersenguk-senguk walaupun dikhayalak ramai, dan tidak dapat
menumpukan perhatian ketika melakukan sesuatu pekerjaan. Masalah ini
akan menyebabkan anda berhadapan dengan keadaan yang berikut :-


-Mempunyai mata yang bengkak disebabkan kekurangan tidur.

-Sering merasa letih dan tertekan pada waktu pagi dan malam.

-Sering tertidur ketika berada dikhayalak ramai.

-Kurang aktif dan kurang mempunyai hubungan sosial.

-Sukar untuk menumpukan kepada isu yang dibincangkan dan fikiran sering
merawang kepada pekara lain.

-Sering mendapat masalah kesihatan seperti kejang otot, sakit perut,
pening, dan lain-lain.

-Sukar tidur, sering terjaga malam, atau terjaga terlalu awal.

-Takut waktu tidur kerana risau susah tidur.

-Mudah tersinggung.

-Mengambil ubat-ubatan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

-Sering menggunakan rokok, alkohol, ubat untuk menenangkan diri sebelum
tidur.

-Ketagihan kepada ubat penenang.

-Jenis-jenis masalah tidur.

-------------------------------------
http://www.mahsuri.com.my/analisis <http://www.mahsuri.com.my/analisis>
-------------------------------------


Jenis-jenis masalah tidur yang biasa didapati adalah seperti berikut :-

-Insomnia
-Berdengkur dan Apnea
-Narcolepsy
-Sindrom Kaki Resah (Restless Leg Syndrome (RLS))
-Masalah Pergerakan Anggota Berkala (Periodic Limb Movement Disorder
(PLMD))


Akibat kurang tidur

Walaupun selama ini masalah tidur tidak dianggap sebagai masalah yang
besar, kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa masalah tidur boleh
membawa kepada masalah jantung. Dalam satu kajian dari tempoh 1996
sehingga 1998, dan diterbitkan dalam journal "Occupational and
Environmental Medicine" keluaran Julai, terdapat bukti bahawa risiko
mengalami serangan jantung berganda bagi mereka yang bekerja lebih
daripada 60 jam seminggu dan tidak tidur seperti normal. Kajian itu
membabitkan 260 lelaki berusia antara 40 - 79 tahun yang dimasukkan
kedalam hospital disebabkan serangan jantung kali pertama. Kajian
tersebut turut membabitkan kumpulan kawalan seramai 445 orang seusia
tanpa penyakit jantung.


Oleh itu adalah penting bagi anda untuk menjaga tidur anda. Pastikan
anda mendapatkan tidur yang mencukupi setiap malam.  Sekiranya anda
mengalami masalah tidur yang berpanjangan, sila rujuk kepada doktor
untuk mendapatkan rawatan.

-------------------------------------
http://www.mahsuri.com.my/analisis <http://www.mahsuri.com.my/analisis>
-------------------------------------





[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke