Sepertimana yang dipetik daripada blog http://tintarona.blogspot.com



Sayembara Fiksyen Sains
PELUANG TERBAIK BUAT PENGKARYA TANAH AIR


JEMPUTAN MENYERTAI SAYEMBARA FIKSYEN SAINS DAN TEKNOLOGI ANJURAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA – KUMPULAN UTUSAN

HADIAH YANG DITAWARKAN:

Pemenang Pertama : Wang tunai RM 15,000.00 watikah dan trofi
Tempat kedua : Wang tunai RM 7,500.00 watikah dan trofi
Tempat ketiga : Wang tunai RM 5,000.00 watikah dan trofi
Saguhati ( 5 pemenang) Wang tunai RM 2,500.00 watikah dan trofi

Syarat-syarat Penyertaan

Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia. (Kecuali
sekretariat/urusetia sayembara adalah tidak dibenarkan).

Karya mestilah asli, bukan saduran, hasil karya sendiri dan ditulis dalam
bahasa Melayu.

Penyertaan terbuka kepada individu atau berkumpulan. Sesebuah kumpulan
yang dibenarkan hendaklah tidak melebihi 3 orang ahli kumpulan.

Karya mestilah belum pernah disiarkan atau diterbitkan oleh mana-mana
penerbitan.

Karya haruslah menepati ciri-ciri genre novel cereka sains dan teknologi.

Peserta boleh menghantar seberapa banyak karya. Tiada had penyertaan sama
ada bagi peserta individu atau berkumpulan.

Peserta dikehendaki memberikan maklumat dan butiran diri dengan mengisi
borang penyertaan yang boleh dimuat turun daripada laman web .... atau
diakhbar rasmi. Tidak dibenarkan mencatat sebarang maklumat, sama ada
ditulis atau dicetak, pada mana-mana halaman manuskrip.

Peserta hendaklah menyertakan 2 keping gambar berukuran passpot bersama
penyertaan.

Karya haruslah ditaip kemas, langkau 2 baris dengan font jenis Garamond
bersaiz 14 poin diatas kertas putih bersaiz A4. Kepanjangan karya mestilah
tidak kurang daripada 150 halaman.

Manuskrip mestilah dijilid dengan kemas, menggunakan jilid sikat dan
diberi kulit plastik, depan dan belakang. Judul yang jelas mestilah
dicetak pada halaman pertama manuskrip. Manuskrip yang telah diterima
untuk bertanding tidak akan dipulangkan kepada penulis.

Karya yang menyertai sayembara ini, tidak dibenarkan menyertai mana-mana
sayembara yang seumpamanya sehingga keputusan penuh pemenang diumumkan
secara rasmi.

Karya yang telah menyertai sayembara ini tidak dibenarkan diterbitkan oleh
mana-mana pihak sebelum keputusan penuh pemenang diumumkan secara rasmi.

Keputusan panel hakim adalah muktamad.

Penganjur mempunyai hak pertama untuk menerbitkan karya yang terpilih.

Sebarang penyertaan hendaklah diterima oleh penganjur sebelum atau pada 30
November 2008. Semua penyertaan akan diberi tanda terima.

Penyertaan yang tidak memenuhi atau melanggar syarat sayembara akan ditolak.

Manuskrip lengkap berserta borang penyertaan yang sudah diisi hendaklah
dikirim ke alamt yang berikut:

Sekretariat
Sayembara Novel Cereka Fiksyen Sains & Teknologi
Penerbit UTM
34 – 38 Jalan Kebudayaan 1
81300 Skudai
Johor Darul Takzim
U/P : En. Yosman Mohd. Bain
e-mel : [EMAIL PROTECTED]




Kirim email ke